aa

aa

Thursday 21 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-8

(I am sorry, I don’t love u)

              Sejak kebelakangan ni kami lihat perangai Pae macam pelik sikit. Kadang-kadang senyum, kadang-kadang moody. Aku cuba juga merisik khabar dari Ann tapi nampaknya kami kena tunggu Pae buka rahsianya sendiri.
                   Suatu hari yang indah semasa kami berjoging ditaman, Pae mendekati kami berdua dan meminta maaf. Macam nak menangis je suara dia.
              “Ann…Amy..,” Pae macam teragak-agak nak bagi tahu.
              “Korang…aku suka Abang Man, korang maafkan aku yer.” Pae beria-ria genggam tangan kami membuatkan aku dan Ann terpinga-pinga. Setelah Berjaya memproses kata-kata Pae aku terasa teruja. Tapi aku tak tahulah Ann. Sebab abang sepupu dia. Mungkin dia suka abang sepupu dia kan. Sapa tahu.
              “Aku dah lama tahu.” Jawab Ann macam tak berperasaan. Terkejut aku dan Pae. Ann ni berlakon ke apa.
              “Kau macam tak suka saja Ann, kalau kau tak suka tak apalah. Aku pun belum cakap dengan Abang Man.” Pae menarik tangannya.
              “Sapa cakap…aku sukalah. Aku geram. Lama sangat kau simpan dah dekat nak dua tahun. Kenapa tak cakap awal-awal.” Ann kembali menceriakan suasanana.
              “Nak aku tolong bagi tahu Abang Man ke?” soal Ann. Aku senyum meleret. Tak sangka Pae suka Abang Man.
              “Janganlah dulu. Aku malulah. Aku akan bagi tahu dia sendiri.” Pae kembali senyum. Dia gembira. Segembira Ann yang dilamar Joe Jambul Remos beberapa minggu lepas. Jangan tak sangka JJR tu suka Ann. Aku ni pun terkejut. Rupanya JJR tu ada hati dengan Ann. Maklumlah dah nak hujung kuliah ni semua buat confession. He like her, she like him. Aku saja yang no feeling at all.
              Aku nampak Ann memandang kearah aku. Mukanya berkerut. Macam berahsia. Bila Pae jauh dari kami  buat seketika Ann datang dan berterus terang pada aku.
              “Amy… susah pada aku. Korang berdua kawan aku. Pae suka Abang Man, tapi dia suka kau.” Ann menyudahkan ayatnya. Aku betul-betul terkejut. Cinta tiga segi.
              “Ann, kau tahukan aku tak ada apa-apa perasaan pun dengan Abang Man. Dia macam abang aku. Korang macam adik beradik aku. Aku tak nak Pae terluka. Kau pun cakap yang pae dah lama simpan perasaan dia.” Aku menggelabah. Aku tak  nak kehilangan sesiapa. Baik Abang Man atau pae atau Ann.
              “ Aku cadangkan kau bincang dengan Abang Man, but I hope u don’t hurt her. Hati dia rapuh.” Ann terus tersenyum bila memandang Pae yang berjalan kearah mereka dari jauh.
              “Joe tahu?” soal aku.
              “Tahu. Pasal Joe aku settle. Tapi pasal Abang Man it’s your job” Ann terus berlari kearah Pae yang membawa bersama aiskrim ditangan.
              Malam itu aku terus menghubungi Abang Man. Kami mencari tempat yang susah hendak di jumpai Pae. Awal-awal aku dah inform Ann untuk cover aku jika Pae tanya. Dimulakan dengan Bismillahirrahmannirrahim aku bertanya pada Abang Man.
              “Abang Man, Amy Tanya Abang Man jangan fikir bukan-bukan ya. Abang Man ada perasaan dengan Amy ke?” Soalku membuatkan Abang Man berubah wajah menjadi serius.
              “Ada. Abang Man suka Amy masa mula-mula Amy kenal Abang Man. Mula-mula Abang Man ingat Abang Man suka Amy sebagai adik. Tapi lama-lama abang jatuh cinta. Macam rasa kena panah. Hati aku mula rasa serba salah.
              “ Terima kasih sukakan Amy. Tapi Amy tak ada balasan untuk perasaan abang.” Jawab aku menukar air muka Abang Man.
              It’s ok. I don’t expect any return. Enough if you know that I love you.” Abang Man nampaknya cuba menampal plaster di hatinya. Dengan berat hati aku terpaksa melepaskan kata-kata kejam ini.
              I am sorry…I don’t love you…ada insan lain yang lebih sayang dan sukakan abang. She’s always make you smile. Make you calm. Maybe abang tak nampak sebab abang tak betul-betul buka mata hati untuk tengok. But she’s the one that I know will love you in every situation. Aku cuba membuka mata Abang Man. Dia masih memandang lantai. Mungkin mencari kekuatan.
              “Amy tetap adik abang. Hati Amy ada orang lain dan Amy tahu dia tengah menunggu Amy.” Aku bermadah. Siapa pulak yang menunggu aku. Reka cerita betul.
              Sepanjang pulang Abang Man hanya mendiamkan diri. Bila aku mahu keluar kereta dia menarik tanganku.
              I am glad to have u as my sister. Abang faham dan terima hal ni jadi macam ni tapi ingat, abang masih abang Amy, Ann dan Pae. You all bertiga dah macam adik-adik abang.” Aku tersenyum. He healing his painfull hurt with smile.
              Aku menghubungi Ann bila tiba di bilik. Mengkhabarkan berita gembira ini kepadanya. Tapi gembirakah berita ini. Aku macam sedikit terkesan juga. Ann ada Joe, Pae tak lama lagi ada Abang Man. Tapi aku, hanya seoarang diri.
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

             

Kisah Dongeng

Stacy

No comments:

Post a Comment