aa

aa

Tuesday 19 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-3

  (Curiosity)

              Kuliah berlangsung seperti biasa pada keesokan harinya. Aku seperti hari-hari biasa tersangkut dalam kesesakan manusia yang tak terhingga dalam bas di kolej ku. Bas terakhir pagi ini dan aku masih belum Berjaya menembusi perut bas. Hmm…aku patut cakap aku benci naik bas yang macam sardin ni. Tapi aku nak cakap nanti aku balik yang kena sembur. Aku bukan ada pilihan lain. Setelah aku berkuak lentang kuak senget dicelah-celah orang ramai akhirnya aku gagal. Pakcik bas dah sound.
              “Dah cukup-cukuplah tu. Kang meletup tayar bas ni. Yang baki kat pintu tu tunggu bas belakang datang balik yer.” Pintu bas ditutup. Hampeh… sekali lagi aku akan lewat kekelas IRON LADY. Mesti kena duduk luar ni. Benci betullah. Habis tiang perhentian bas tu aku tampar-tampar.
              Tiba-tiba aku dengar satu hon panjang. Sekali lagi pemandu berlagak tu hon lagi. Tahulah naik kereta tak yah lah hon-hon. Hati aku dah berapi je ni. Sambil memeluk tiang aku buat muka tanda protes kat pemandu tadi tu. Tetapi tiba-tiba ada seseornag cuit aku.
              “Kak, ada orang panggil akak.” Seorang budak yang agak junor dari aku mencuit bahu aku. Aku terkesima. La…hon tu panggil aku ke. Siapa pulak baik hati nak tupangkan aku ni. TOYOTA INNOVA …Alamak…Abang Man punya kereta ni.
              Dengan sopan sesopan wanita melayu terakhir abad ini aku pun bagilah salam.
              “Assalamualaikum..En. Azman.” Muka aku control sweet.
              “Waalaikumsalam…Amy tak lewat ke ni?” soalan Abang Man menyebabkan aku semakin cuak. 15 minit lagi kuliag IRON LADY…alahai aku xnak duduk luar.
              “Lewat juga. Pagi ni kelas Prof Ana.” Agaknya Abang Man ni kenal kot Prof Ana. Yelah satu Fakulti. Tak kenal melampau lah tu.
              “Oh…sebenarnya Abang Man call Ann tadi. Dia dan Pae cakap mereka dah pergi. Tiba-tiba dari jauh nampak Amy. Tu Abang Man terkejut. Ann cakap Prof Ana punctual. Amy naiklah dulu Abang Man tumpangkan.” Abang Man ni tahu-tahu jer aku mengharapkan bantuan dia.
              “Eh tak susahkan ke?” Aku dah buka pintu kereta pun. Sama ada jawapan dia tak atau yer dia wajib menghantar aku.
              “Taklah. Abang Man pun on the way.” Abang Man terus meluncur laju. Kami tiba di fakulti lima minit sebelum kelas. Selepas aku mengucapkan terima kasih aku cepat-cepat melangkah ke dewan. Nasib aku memang sangat baik sebab aku dua saat lebih awal dari IRON LADY. Abang Man pula menjadi penyelamat. Dia bertegur sapa dengan Prof Ana sehingga wanita itu lewat memasuki kelas.
              “Amy…kau sempat masuk awal sikit jer dari IRON LADY.” Tegur Pae.
              “Abang Man cover aku kat luar tadi.” Bisik aku. Kelas yang sudah berakhir membuatkan segenap ruang riuh rendah
              “Nasib baik ada dia. Kau tumpang dia ke?” Ann pula bersoal jawab.
              “Yerlah Emergency. Dia cari korang. Tapi sebab korang awal dia terserempak ngan aku. Nanti kau say thanks kat dia yer.” Aku berjalan beriringan bersama Ann dan Pae. Pae dah nampak mee goreng di meja hidang. Kami bersarapan sekadar mengalas perut. Sekejap lagi ada kelas lain pula.
              “Amy…kau rasakan Apis tu o.k ker?” Pae teragak-agak bersuara. Ann dah menepis Pae yang kemudiannya mengaduh sakit.
              “O.k lah..kenapa” Aku malas nak besar-besarkan cerita. Apis memang dah melampau. Sejak makan malam bersama kawan-kawan aku dia lagi liat nak berhubung dengan aku. Ada sahaja alasan dia. Badminton lah, memancing lah.
              “Kau betul-betul tak ada problem dengan dia ke?” Pae menyoal lagi.
              “Aku o.k je dengan dia. Cuma dia dah lost contact dengan aku. Aku paham apa kau nak sampaikan Pae. Cuma masanya belum tiba lagi. Aku tak ada bukti. Kalau dia nak kantoi biar dia kantoi depan mata aku. Aku kena adil bab ni.” Ann mengusap jemari aku. Kawan-kawan aku ni memang terbaik. Sentiasa menyenangkan.
              “Kau nampak dia dengan budak pompuan kolej dia ke?” Aku saja menunjukkan aku marah. Saja nak main-main.
              “Alah Amy, aku pun tak sure itu dia. Aku terserempak dengan dia minggu lepas dekat Mid Valley. Rasanya junior. Kau siasat lah dulu yer. Jangan dengar cakap aku je.” Pae dah kerisauan
              “ Jangan risaulah. Aku o.k. Kan aku cakap kalau dia nak kantoi, biar dia kantoi depan aku, senang sikit urusan aku.” Aku senyum lebar. Dalam hati panas sangat. Apis ni memang dasar laki buaya.
              Dah…jom habiskan makanan. Kita nak kena pergi kuliah cepat. Aku bosan asyik kena soal je dengan Prof One. Prof One tu pun nak mengorat terus terang jerlah. Aku berseloroh. Korang mesti tak tahu. Prof One tu pakcik Ann tau. Ganu mari. Itu yang kau berani sengat-sangat tu. Tapi rahsia tu kami berempat sahaja yang tahu. Aku, Ann, Pae, Abang Man. Prof One cakap kalau orang lain tahu takut dikatakan dia berat sebelah.






No comments:

Post a Comment