aa

aa

Tuesday 19 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-2

 (It’s begin)

              Aku menapak dari kolej kediaman kami ke perhentian bas di hadapan kolej. Apis awal-awal lagi sudah menunggu dengan muka mencuka. Macam jeruk. Orang nak belanja dia pun dia boleh menjeruk macam tu. Aku buat tak kisah jer. Lantaklah dia dia nak cuka ke dia nak asam ke. Kami dress ala kadar Jer. “Ann cakap asal ko berbaju sudahlah Amy…” Maka dengan itu aku pun berpakaian ala kadar jer. Baju T-shirt warna kuning putih, Seluar Jeans LEVIS, tudung selendang biru laut beropol yang aku lilit macam sarung nangka.
              “Amy, jom. Ajak Ann bila melihat kereta abang sepupunya berhenti di bahu jalan. Apis serta-merta menjeling kearah aku. Mesti dia terkejut. Aku memang tak bagi tahu pada dia pun yang kami akan naik kereta Abang Man. Ann menyuruh Apis duduk di bahagian depan bersama Abang Man. Aku terus berebut ak duduk belakang. Saja nak rasa duduk space belakang TOYOTA INNOVA.
              “Mujurlah Apis pandai bawa diri dengan suasana baru. Kira dia boleh onn lah juga dengan Abang Man. Banyak pulak tu story dia. Kami menuju ke Cheras. Korang kenal Nieyl Montor? Haaa…. Jangan jelos En. Azman bawa kami ker Restoran Cerana Cheras. Punyalah cantik tempat tu. Ada tasik buatan. Ada life band. Huh… Hujung minggu tempat ni memang pack. Aku dengan sopan santun ala-ala perempuan melayu kedua akhir menapaklah ke dalam restoran tadi. Selepas kami menyinggahkan punggung ke kerusi kelihatan seorang budak comel rasanya baru habis sekolah ni, datang mengambil pesanan.
              Abang Man terus buka menu. Dia pilih menu dan minta kami add apa nak makan lagi. Si Pae model iklan makanan terkemuka tu angkat tangan. Dia nak tambah kangkung goring belacan. Menggaru aku jap lagi siap dia. Skema betul angkat tangan.
              Oleh kerana aku ni selalu keluar pergi function aku lebih kenal makanan (lagipun aku suka makanan). Ann dan Pae cepat-cepat minta aku pilih menu. Tekak aku ni tiba-tiba teringin nak try udang masak stim dan ketam masak kari kering….huyoooo sedapnya.
              Setelah dengan tak malumya aku mengoder aku pandang muka Cikgu baru aku. “Budak Hingusan.” Haaa…. Baru kau tahu aku kuat makan.
              “Ann, jom pilih ikan.” Pelawa Abang Man. Aku dan Pae sama-sama ketawa. Ann nak tengok ikan. Ajaib tu. Dia bukan penggeli ke? Selalunya kalau ada function aku dengan Amy yang pilih barang basah. Ann semuanya geli.
              “Kenapa?” Abang Man dan Apis tercengang.
              “Abang Man, ajak Amy sajalah. Karang ada pulak orang buat drama swasta menjerit-jerit kat depan tu”. Ann monyok jer. Dia tak boleh cakap banyak. Memang itulah yang akan berlaku.
              ”Ann fobia lagi ker? Abang Man ingat fobia ikan belacak tu dah tak ada lagi.” Abang Man terus ketawa. Aku membontoti Abang Man. Mata Apis mengekor jer.
              “Kak Amy pilihlah saya ambil sotong dan udang.” Nak kena abang Man ni. Sesuka hati dia jer panggil aku KAK. Jatuh saham aku.
              “Baiklah cikgu.” Aku jawab ala-ala Upin dan Ipin.
              “Ikan Kerapu tiga rasa. Jadi kena pilih yang mata dia segar. Bau dia x hanyir sangat dan paling penting besar. Biar besar sikit so tak ada lah berlaga sudu dan garpu time nak ambil ikan tu. (Sebenarnya lebih besar lebih kenyang….TAMAK Amy ni)       
              Ku jenguk ketam pulak. Ketam bunga. Hmm pesan emak kalau aku pergi pasar dengan chep Pak Deris tu, kalau kita nak pilih ketam ambil yag betina. Banyak sikit isi. Nak tahu mana satu betina? Buka sikit seluar ketam tu dan tengok ada telur tak. Aku pilih 6 ekor ketam. Saja ambil extra.
              Setelah ditimbang kami menunggu hidangan sampai. Mula-mula air Teh Cina singgah kat meja. Nak tahu kenapa kedai makan bagi Teh Cina sebagai minuman? Menurut kawan aku Ah Kok, seafood banyak kolestrol jadi the cina mampu memecahkan kolestrol tadi dan menyingkirkan lemak dalam badan. Penting tu. Jadi aku memang jatuh cinta dengan Teh Cina. Pertama tak manis langsung. Kedua bila minum teh aku punya badan jadi ringan jer dan paling penting masa di bilik kecil tu senang saja.
              Hidangan pertama sampai. Ann dan pae dah angkat sudu garpu. Nasi 5 mangkuk kecil, dan udang masak stim bersama halia dan soon. Bau dia, macam makan kedai cina. Sedapnya bau dia. Kami semua dah tak sabar nak cedok lauk sampailah kami kene tegur dengan Abang Man. Apis pun menegur kegelojohan aku.
              “Apis boleh baca doa makan?” Abang Man bersuara. Agaknya sebab dia rasa dia paling tua maka dia tegur kami kot. Apis pun dengan wajah macam tertelan kulit limau membaca doa makan. Nasib baik pass kalau tak memang nak kena ceramah agama versi mak aku ni.
              Kami semua tunggu abang Man senduk lauk. Bila dia cakap silalah makan kami semua macam pelarian Nigeria. (Nigeria ada pelarian ker?). Bersilang tangan aku dan Ann. Seperti yang dijangka memang sedap. Baru udang masuk kemulut datang kerapu besar dan sotong goreng tepung. Aku dah memang seronok sangat tengok makanan macam bazaar Ramadhan atas meje kami.
             Selesai makan malam kami terus menapak dengan malasnya ke kereta Abang Man. Perut dah memboroi dan mata pun dah mengantuk. Apis dan Aban Man masih berbual rancak. Aku hanya memerhatikan sahaja. Ramah juga Abang Man ni. Kami melambaikan tangan apabila kelibat kereta Abang Man hilang dari pandangan.




No comments:

Post a Comment