aa

aa

Tuesday 19 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-1

 (The Reason)     
Aku Amy. Amyliana Mohd Idris. Aku menulis bukan sebab nak jadi penulis terkenal tapi sebab aku bosan. Selalunya bila aku bosan aku conteng-conteng kertas. Penuhlah buku aku dengan segala coretan dan lakaran makhluk asing planet X. Untuk pengetahuan korang aku ni sebenarnya anak tunggal dalam family aku. Kalau ada orang tanya best tak jadi anak tunggal meh sini aku nak debik. Jawapan aku dulu kini dan selamanya. “TAK BEST”.
Kenapa aku cakap x best? Pertama aku asyik kena bebel je ngan mak. Kedua mak selalu suruh aku (yerlah nak suruh sapa aku kan the only daughter). Ketiga abah pun suka marah aku. Kadang-kadang ajak aku temankan dia memancing… BUHSAN gila. Tapi dalam tak best tu aku akui. Family aku TERBAIK. Sesiapa pun tak boleh gantikan Cik Mah dan Pok Deris dalam hidup aku.
Oh lupa…. korang mesti tertanya-tanya kenapa aku tulis benda merepek ni kan? Jawapannya sebab aku ke-tension-an tahap tera  giga dan something happened to me. Apa dia tu…(kasi suspend sikit).
Nak dipanjangkan cerita ke-tension-an aku ni bermula semalam apabila aku baru tiba di kuliah. Nak dijadikan cerita aku ni memanglah minah berjiwa otai. Selalu sangat aku kena bila aku datang kuliah lewat. Well bukan nak kutuk Universiti aku yang tercinta tu kan tapi dah sememangnya kemudahan pengankutan awam tu tak mencukupi. Berebut-rebut macam sardin dalam tin.
Dengan kelewatan 5 minit aku melangkah ke dewan kuliah. Kuliah pagi ni Physic- Electromagnetism. Dengan sengihan bagai kerang busuk aku melangkah masuk ke dewan kuliah. Prof yang baru mahu membuka slide hanya menggeleng. Sure aku akan kena soal sekejap lagi.
Kuliah Prof One baru berlangsung selama lima belas minit tapi mata aku dah macam kena gam dengan gam kasut. Ya Allah punyalah payah nak buka dan seperti mana yang aku agak dari renungan Prof One masa aku melangkah tadi aku telah pun disoal dengan soalan teori. Hmm… prof ni suka tanya teori kat aku. Aku ni dah la lembab bab teori walaupun kawan-kawan aku semunya skor subject teori. Diorang cakap senang subjek yang ada teori ni. Hafal sahaja. Aku lebih suka bab praktikal. Senang sikit guna otak dan tangan.
“Amy..please terangkan bakpo hok yang kedua tu dok samo dengang ke tiga.” Soal Prof One dalam lorat Terengganu-nya. Pening aku nak pikir balik apa dia tanya. Kawan-kawan yang tadinya layan mengantuk dah segar bugar. Takutlah tu kena soal kalau aku tak boleh jawab.
“Yang mana prof.” soalku balik. Sifat Prof One selagi tak menjawab soalan dia jangan harap dia nak beralih dari tempat kita.  Aku dengan gabra pandang buku aku. “Hmm… apa yang tak sama yer”. Soal aku dalam kepeningan.
“Prof dua persamaan tu tak sama. Ia perbandingan antara persamaan Poisson  dan Laplace. “ Jawapan aku membuatkan Prof One bergerak kebelakang.  Aku menarik nafaz lega. Mujur aku dapat menjawab dengan betul jika tidak terpaksalah aku mendengar kuliah Prof One disebelah telinga aku.
Selesai satu jam sesi kuliah semua pelajar berpusu-pusu keluar dewan berlari-lari anak mengejar kuliah yang lain. Pae dan Ann setia disisi aku. Kira macam pengikutlah. (Kalau diorang tahu aku cakap diorang ni pengikut aku mesti aku mati kena cekik). Pae, aku dan Ann sama kuliah selepas ini. Ann dan Pae kiranya lebih mulia dari aku sebab selalu masuk kelas awal dan mereka berdua nil ah yang bergilir-gilir mengetuk pintu bilik aku.
            “Amy… kau dah siap tutorial last week?” Soal Pae. Walaupun sekelas kami tak selalunya belajar bersama. Walaupun aku ni otai tapi aku ulat buku. Aku suka buku. Maka aku selalu lepak library. Tak kisahlah buku tu ilmu fizik ke ilmu hisab ke aku baca je. Masuk otak atau tak itu belakang kira.
            As usual.” Buku tutorial aku hulurkan pada pae yang cuba membandingkan jawapan kami. Hampir keseluruhanya sama dari segi isi pentingnya. Cuma terdapat berberapa soalan yang mengelirukan.

            “Amy…Kau nampak tak budak laki tu…” tunjuk Ann. Ann kalau bab pakwe hensem dia memang terer. Aku menoleh kebelakang. Hmm bolehlah tahan kehenseman budak tu.
            “Kenapa?” soalku. Aku perasan budak lelaki tu mengalihkan pandangannya. Takutlah tu
            “ Dah berapa hari aku tengok dia follow kau. Semalam aku perasan dia shoot picture kau using his handphone.” Beritahu Ann yang sedikit sebanyak membuatkan aku cuak. Hmm biar betul. “Kawan si Apis ke?”soalku dalam hati.
            “Kawan Apis kot.” Jawab aku cuba mententeramkan perasaan. Untuk pengetahuan semua Apis tu kira boyfriend akulah. Walaupun sebenarnya dia tu lebih banyak kena bebel dengan aku.
            “Taklah. Apis kau bukan ke student Mechaical Engineering. Kolej 10. Budak ni aku tengok semalam kat Kolej kita.” Ann semakin menggempakkan suasana.

            “Lantaklah dia. Kalau nak mengorat pun gentleman lah” simpul aku. Menyampah pula melihat wajah straight budak tu. Ni mesti kes ambil upah ni.
            Selesai kuliah aku, Pae dan Ann sama-sama pulang ke kolej. Kelas seterusnya jam tiga setengah petang. Masih berbaki 4 jam sebelum aku perlu bersiap-siap untuk kekuliah terakhir hari ini.
            Lelaki tadi masih mengekori kami . Mulanya aku ni buat-buat tak nampaklah. Tapi bila si Ann dan Pae mula berbisik-bisik aku semakin rimas. Aku letakkan nasi campur yang aku beli di atas meja. Ann dan Pae hanya memandang.
            “Amy…ko nak pegi mana?” Ann mula menarik tangan aku. Alamak kawan aku yang sorang ni. Kalau tak settlekan benda ni hari ni bila lagi.
            “Nak pergi buat serang hendap.” Aku menyinsing lengan baju kurung. Tak padan ayu. Boleh lagi aku menyinsing tangan macam samseng Kampung Pisang ‘SARIP DOLL’.
            “Aku tak nak ikutlah. Kesian pulak aku tengok budak tu. Entah-entah dia nak berkawan.” Ann menyedut air Tehnya membasahkan tekak.
            “Assalamualaikum dik” tegur aku sambil berdiri macam ratu cantik kat situ.
            “Waalaikumsalam kak” jawab budak berkacamata tinted  hitam tu.
            “Dik, akak duduk yer.”punggung aku sudahpun hinggap di kerusi sebelum budak hingusan tu sempat menjawab.
            “Yer..”Jawab budak tadi terkedu. Mesti terkejut dengan tindakan drastik aku.
            “Kawan akak cakap kamu selalu pandang kami. Ada masalah ker dik?” Aku bersandar. Bersedia mendengar jawapan budak tu.
            “Memang betul saya pandang korang. Tapi lebih tepat saya pandang Ann.” Aku tertelan air liur. Mak oi… malunya. Terperasan pulak budak ni pandang aku.
            “Apasal pandang dia. Kenal ke?” Soal aku cover the situation.
            “Dia tak ingat saya kot. Saya ‘abang’ sepupu dia.” Perkataan ‘abang’ yang ditekankan budak hingusan tu sekali lagi buat aku terkejut. Alamak…Ann ampunkan aku.
            “Apasal tak tegur je. Ni terhendap-hendap.”Aku dah mengangkat punggung. Si Ann memang nak kena smack down dengan aku. Sedara sendiri pun tak kenal.
            “Saya nak confirmkan dulu” Aku menepuk dahi. Hai budak ni. Kan lebih senang tanya dari terhendap-hendap.
            Aku berjalan macam ribut pergi kearah Ann dan Pae. Si Ann masih dengan muka blur. Pae jangan cerita… dah amacam model iklan Makanlah Buah-buahan Tempatan.
            “Ann… kau ni memang payahlah.”Jerkah aku yang terus duduk disebelah Pae sambil mengecek sedikit buah jambu batunya yang dah tinggal sisa.
            “Apasal pula aku.”Ann tak puas hati. Mana taknya dia tak tahu cerita terus kena jerkah dengan aku.
            “Sila jawab soklan aku bebaik…” oleh kerana semput berjalan macam kelibut tadi aku menarik nafas dulu. Thrill sikit. “Soklan pertama aku… bila kali terakhir kau balik kampung Atuk Wan kau?” Ann menggaru kepala. Pae pun sama. Yerlah apa kena mengena dating aku bersama budak hingusan tadi dengan soklan hari raya tu kan.
            “Hmm… aku rasa setahun kot. Kenapa?” Ann macam tertarik nak tahu story behind the scene.
            “Patutlah jadi macam ni. Kau tak rapat dengan sepupu kau ke?” soalan aku buat Pae pening terus minah ‘Model Iklan Buah-buah Tempatan’ tu menyahut
            “Ayoyo aci…kau buat aku confuse. Apa kena mengena kau, budak tu, dangan cerita Ann balik kampung.” Pae dah tak tahan sabarlah tu.
            “Jawapannya adalah mamat hingusan tu sepupu kau lah. Dia habaq kat aku dia abang sepupu hang. Await hang tak sedaq ka?” Keluar lorat utara aku.
            “Ha…”Kedua-dua mereka terlompat. Terus belari mendapatkan mamat hingusan tadi. Aku tahulah Ann dan Pae sebilik sampai hati diorang tinggalkan aku macam ni kerana seorang jantan. Sedih aku. Aku follow jer mereka berdua tu sambil angkut makanan-makanan yang tertinggal. Sebenarnya makanan aku jer tu.
            “Abang Azman…lainnya…” Jerit Ann. Hilang keayuan dia. Aku pandang jer ‘Abang Man’ dia. Ni memanglah dah jadi Jejak Kasih.
            “Hmm Abang Man bakpo berubah abih la ni. Pae dok kenal lagi.” Pae ni pun ada saham juga.
            “Memanglah dulu abang gemuk. Sekarang abang dah kurus.”selorah ‘Abang Man’.
            “Abang ni kan… yang duduk terhendap-hendap kenapa. Bakpolah dok tegur lalu.”Ann memukul lembut bahu abang sepupunya.
            “Hmm abang dok kompom. Takut saloh tegor.” Abang Man memandang aku yang dah macam patung cendana kat sebelah Pae.
            “Bila mari sini and bakpo ado sini?” Ann bertanya macam nak kejar bas kolej.
            “Abang mari dah dua minggu. Abang sekarang dah mengajar kat sini. Tutor.” Abang Man pandang lagi kat aku. Ceh ingat aku nak kisah ker. Bukan mengajar aku pun.
            “Kelas apa?” Pae bagai seronok dengan kehadiran Abang Man.
            “Math Persamaan dan Pembezaan. Tapi rasanya you both tak sempat dalam kelas abang. Abang mengajar kakak senior korang tu,” Terbakar hati Amy mendengarnya. “Aku sebaya dengan Ann lah. Bila pulak aku senior Ann” jerit Amy dalam hati.
            “Alah bestnya. ..Amy . Kata-kata Pae aku balas dengan senyuman sumbing.
            Kami biarkan Ann berbual dengan abang sepupunya. Aku menarik lengan Pae.
            “Pae kenapa aku tak tahu pasal ni.” Aku mulalah buat muka sedih. Saja memancing Pae seupaya bercerita.
            “Aku pun tertahu je Amy. Ada satu malam tu Ann berbual dengan saudara dia. Saudara dia cakap family Abang Man masuk hospital. Ann sedih sangat sebab itu kan makcik dia. Kebetulan Abang Man tak ada dekat Malaysia. Lepas beberapa hari tu Ann bagi tahu aku makcik dan pakcik dia meninggal dunia. Abang Man hilang both parent dia. Semua ahli keluarga Ann cari Abang Man. Dalam sebulan selepas pemergian mak ayah Abang Man dia ada datang sini jumpa Ann. Dia memang rapat dengan Ann. Macam adik dia dah. Dia bagi tahu Ann dia nak sambung belajar. Tak sangka setelah lama menghilang baru jumpa balik.” Cerita Pae buat aku memandang muka ‘Abang Man’. Tragis juga hidup dia. Lupa nak nak Tanya Pae macam mana Pae kenal dia dan dia kenal Pae.
            “Macam mana kau kenal dia?” Aku terus sound direct kat Pae. “Ada rahsia ke ni?” detik hati aku.
            “Hmm Amy…kalau aku cakap kau jangan marah pulak.” Aku mulalah tak sedap hati. Macam ada rahsia jer.
            “Aku kenal Abang Man masa aku stay rumah Ann dulu. Ingat tak yang aku cakap dengan kau au balik kampung sedara aku. Sebenarnya aku balik kampung Ann. Mak ayah aku berjalan masa tu. So aku baliklah kampung Ann. Masa tu lah aku kenal Abang Man.” Pae cuba menenangkan aku. Dia ingat aku marah lah tu. Padahal aku awal-awal dah tahu. Bukan ker masa aku call dia time tu dia cakap dia ngan Ann kat sawah. Tak perasan dah kantoi lah tu….Aku buat muka straight jer. Dah la aku di tenung budak hingusan tu. Korek mata baru tahu.
            “Ohh..ok…” Jawab aku pendek. Pae tersenyum. Dia tahu aku ni cool.
            Tak sampai sesi penggulungan cerita aku dan Pae, Ann datang sambil berlenggang kangkung. Hai nak jadi model juga ker?
            “Girls, malam ni kita dinner sama-sama. Abang Man nak belanja.” Ann tersenyum sambil terangguk-angguk. Sebiji macam pelakon Jepun… “Hait…”Aku jeling pada Abang Man dan dia tersenyum. Tiba-tiba baru teringat di batu jemala aku ni. Malam ni aku nak keluar dengan Apis. Nanti kalau aku joint dinner ni Apis nak letak mana.
            “Ann aku say sorry. Apis ajak aku keluar dah malam ni.” Ann mengangkat kening. Tiba-tiba Abang Man menyahut ayat penyata aku.
            “It’s okey, bawalah sekali boyfriend tu kak. Boleh kenal-kenal.” Sekali lagi mamat depan aku ni menyebabkan hati aku bengkak. “Akak?Aku lagi muda dari kaulah”jerit hati aku.
            “Aha betul cakap abang Man. Bawalah Apis sekali. Dah lama aku tak makan ngan korang berdua.” Ann bersuara disambut oleh Pae dgn suara UPIN & IPIN.
            “Betul…betul…betul…” macamlah suara comel sangat.
            “Korang sure tak kisah? Aku kena tanya Apis dulu.” Abang Man senyum sahaja. Macamlah comel senyum macam tu.
            “Anything kita discuss jap lagi boleh tak… Aku mengantuk lah” Pae dah menguap. Pae bab tido memang tak boleh tunda. Setelah semua ok kami bersurai. Aku menapak balik ke kolej kediaman aku bersama nasi campur yang dah sejuk.
              “Assalamualaikum awak…Senang tak sekarang?” Panggilan ke talefon bimbit Apis terus berjawab
              “Senang…kenapa?”Apis menyahut soalan aku dengan soalan. Dari talefon aku, aku dengar dia menyelak kertas. Kuat pulak tu. Berlakon ke apa….
              “Pae dangan Ann ajak kita joint diorang dinner. Sepupu dia nak belanja. Awak nak joint tak?” Apasallah sejak dua menjak ni bila bercakap dengan Apis mesti dalam nada marah.
              “Kalau saya tak pergi awak pergi tak?” Aku balik kena soal.
              “Saya ikut awak. Tak best pulak ajak kita berdua saya seorang yang pergi. Kang cakap saya tak ajak.” Bosannya berbual macam ni.
              “O.K….”ringkas jer ayat Apis. Apa maksud okey? OK untuk joint sekali atau okey untuk tak payah joint.
              ”O.K yang mana?” Aku soal balik. Kang aku salah O.K aku balik yang kena…           
              “O.K nanti Apiz see u kat hostel malam ni.Pukul berapa?” Apis jawab macam malas-malas jer.
              “Oh…Pukul 8.30 tunggu dekat tempat biasa.” Aku terus letak talefon. Hati aku panas. Inilah sebab kenapa aku menulis kat sini. So korang semua dah tahu kan?..... Lagu Stacy yang bernyanyi kat telinga aku ni tiba-tiba jer buat aku curiga dengan si Apis ni…Hmm Mulalah tu otak aku melayang.

Semalam ku keseorangan
Kau jawab dingin setiap pangilan
Bila ku cuba bermanja
Ku hanya bertepuk sebelah tangan

Katakan mengapa kau tak seperti selalu ?
Ini bukannya masalah ku yang hanya cemburu
Bila ku tanya kau pulang soalan padaku

Owh jawablah….

Saa saa saa sayangku mengapa ?
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ?
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu
menyuluh yang sudah terang benderang

Setelah episod itu
kau sering matikan SMSmu
telefon bimbitmu sering
menjadi temanmu di kamar kecil

Katakan mengapa kau tak seperti selalu ?
Ini bukannya masalah ku yang hanya cemburu
Bila ku tanya kau pulang soalan padaku

Owhh… Memang terlebih…

Saa saa saa sayangku mengapa ?
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ?
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu
menyuluh yang sudah terang-benderang

Saa saa saa sayangku mengapa ?
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ?
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu
menyuluh yang sudah terang-benderang

katakanlah pada daku
apa sebenarnya sedang berlaku
pada dirimu yang kau rahsia dari ku
mengakulah pada daku
jika benar syak wasangkaku
kan ku mulakan hidupku tanpa mu

seperti yang ku jangkakan
kau memang terlebih
namun, ku tak perlu risau kerna
aku Stacy auuww….

Owwhhh…..
Saa saa saa sayangku mengapa ? (jawab lah)
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ? (menganggu)
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu (tak perlu)
menyuluh yang sudah terang-benderang

Saa saa saa sayangku mengapa ? (ooo… wooo…)
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ? (yang menganggu..)
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu menyuluh yang sudah terang-benderang

                                                                                                                Gagap- Stacy

No comments:

Post a Comment