aa

aa

Tuesday 19 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-4

  (The Truth)

              “Assalamualaikum. Sayang, awak kat mana tu. Saya dah tunggu lama ni.” Suara comel milik budak junior disebelah kami itu membuatkan kami kegelian. “Sayang-sayang konon. Meyampah.” Bisik Ann. Pae masih terpinga-pinga. Kepalanya dilentokkan kekiri kekanan. Beberapa kali dia memandang junior tadi.
              Tiba-tiba sebuah motor berkuasa besar berhenti di depan kami. Yamaha R7 yang menjadi idaman kalbu aku. Warna Silver dan hijau cukup menarik perhatian. Aku kemudiannya ternganga bila si penungang motor berkenaan macam cicak tertelan kapur terkejut melihat aku
              “Apis..”
              “Amy”…serentak bersuara. Pae tepuk dahi. Aku dengar dia berbisik dengan Ann.
              “Ann…budak tulah yang aku jumpa dekat Mid Valley.” Hah terang lagi bersuluh kantoi.
              “ Apis nak ambil Amy ke? Kenapa tak cakap.” Aku pura-pura tak tahu cerita.
              “Yang siapa ni yang?” Budak junior yang bakal kena buang asrama ni terus mendekati Apis. Helmet ditangan Apis diambil. Pandangannya macam nak cari gaduh. Agaknya dia memang kenal aku.
              “ Amy…Apis…Apis…haaa….” Tergagap-gagap. Orang salah memang macam tu.
              “Tak apa…Amy faham. From now on we are officially break off. Jangan lupa hutang awak dengan Amy RM 500. Dalam dua minggu mesti dah di pulangkan yer. Kalau tak, selamat masuk jail. Dan you, the cute puppet. Jangan lupa… balik dating ni kemas baju you. Jangan bagi I nampak you even smell your perfume. You salah mangsa Apis and you junior…rasanya kau ni tak pernah dengar story kami lagi ni.
             Ann dah menggelabah bila melihat aku mengeluarkan sesuatu dari dompet. Yellow tag. Dah lama tag ni tersimpan dalam dompet aku. Sejak kena sound dan dipanggil kerana merosakkan pakaian seorang senior yang cari pasal dengan kami dulu, tag ni tersimpan rapi. Aku macam dah bertaubat nak raging orang. Tapi kali ni aku tak mampu bertahan. Apis melampau. Main kayu tiga belakang aku. Aku tak akan menangis untuk jantan ni. Tapi seperti sedia maklum dia patut tahu padahnya.
              Amy…jangan Amy….kita selesaikan cara baik. Ann memujuk aku. Dia serba salah. Dulu Prof One sudah menjamin kami. Kali ini jika tertangkap mungkin hal ini akan dihebohkan.
              Aku tak akan kenakan dia teruk-teruk Ann. Aku janji. Kali ni tak melibatkan korang berdua.
              “ Pap. Melekat Tag kuning tadi dipipi budak perempuan itu. Menjerit kesakitan kerana dia turut dilempang aku.” Kebetulan teksi yang tiba menyelamatkan keadaan. Ramai melihat kejadian tadi. Pelajar tahun dua yang mengenali aku tenduk ketakutan. Mereka pernah meyaksikan perbalahan kami dengan senior kami dulu dan mereka cukup kenal dengan kami.
              “Ann…aku sakit hati Ann…”tiba-tiba air mata mengalir deras. Sakitnya hati bila melihat Apis meduakan aku. Pae mengusap-usap tanganku.
              “Sabar Amy…kau kena tabah. Lepas kita ajar dia sure ko akan rasa kurang sikit sakit hati tu.” Ann bagai memberi persetujuan memulakan perang. Pae hanya megikuti Ann kalau Ann bersetuju Pae mesti mengikut. Lagipun Pae memang suka dengan kerja-kerja sebegitu.
              Kami menghilangkan duka dihatiku dengan pergi menonton wayang. Mulanya hanya kami bertiga, tapi entah bila kerusi disebelah aku diisi oleh Abang Man. Pasti Ann yang mengajaknya.
              Kami berempat ketawa terbahak-bahak. Memang wayang boleh menghilangkan stress aku. Lepas wayang makan. Kemudian melepak di Taman Tasik Shah Alam. Bila Ann dan Pae meninggalkan aku dan Abang Man berdua suasanana jadi kekok. Aku hanya menikmati suasana yang terbentang luas didepan mata. Air mata macam automatic mengalir tak berhenti. Abang Man hanya berdiam diri. Sepatah pun tak bersuara. Bila suasana jadi reda Abang Man tersengih melihat aku yang sembab menangis.
              “Habis make up. Dah comot.” Aku cepat-cepat mengesat muka. Hitam tisu tandanya eye liner aku basah. Abang Man hanya ketawa. Terus dia mengambil gambarnya menggunakan phone cameranya.
              “Macam panda….comelnyalah.” Abang Man ketawa lagi. Aku cuba merampas talefon Abang Man. Menggelabah aku bila Abang Man menunjukan gambar yang diambilnya tadi. Mulalah aku menyesal mengenakan make up hari ni.
              “Amy…putus cinta memang pahit. Tapi kehilangan orang-orang yang kita sayangi lagi perit. Amy boleh dapat lagi baik dari Apis. Dia memang tak sesuai untuk Amy. Cuma Amy kena bersabar. Jodoh tu hak Allah" Nasihat Abang Man. Rasa macam abang kandung aku pula memberi nasihat. Sekejap, bila aku ada abang...
              Aku terdiam. Yer…jodoh hak Allah. Ujian aku terlalu sedikit berbanding Abang Man yang kehilangan banyak orang yang disayanginya.




No comments:

Post a Comment