aa

aa

Wednesday 27 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-14

(Fifi Izwana)

              Aku mengingati kata-kata Puan Halimah sepanjang perjalanan pulang kerumahku petang itu. Betul katanya aku ni yang perlu sangat menjaga personaliti. Itulah siapa suruh gatal-gatal apply jawatan ni. Nampaknya mulai hari ini aku perlu pergi ke kelas solekan Fifi Izwana di Shah Alam. Fifi Izwana atau nama sebenarnya Mohd Izwan sememangnya berjari jemari seni. Bab conteng muka orang bagilah pada dia. Sememangnya sangat berbakat. Rata-rata pengantin di kampungku yang tinggal disekitar Selangor berebut-rebut menggunakan khidmatnya jika ada majlis perkahwinan atau pertunangan dikampung.  Fifi Izwana juga pandai menjahit baju. Jahitan maniknya sangat cantik dan halus. Orangnya pendiam tak seperti sesetengah lelaki lembut yang mengada-ngada dan bermulut murai.
              Fifi Izwana sememangnya dikesan mempunyai kecelaruan jantina semasa berumur lima tahun. Puas dinasihatkan namun dia tidak berjaya mengubah kelakuannya kepada lelaki. Namun jangan salah sangka. Fifi Izwana sememangnya lelaki tulen. Memandangkan dia sudah pun berkahwin dan memiliki sepasang anak. Melakukan kerja wanita sememang berbakat tetapi tak kurang juga melakukan kerja lelaki, dia sememangnya cekap. 2 dalam 1, bak kata Nek Jah dulu. 
              Nama Fifi Izwana diambil sempena nama kedai jahitannya. Fifi merupakan nama kak Fauzana Afifi dan Izwana dari namanya sendiri, Izwan.Oleh kerana mereka berdua sentiasa bersama ramai yang memanggil Izwan denganpanggilan Fifi Izwana.  Kak Afifi menjalankan perniagaan salon rambut dan spa kecantikan. Manakala Izwan membuka butik pakaian dan jahitan di tingkat bawah. Bakal pengantin suka benar singgah ke kedainya. Selalunya mereka mengambil pakej yang disediakan. Menjahit atau menyewa pakaian pengantin bersama pakej kecantikan untuk bakal pengantin.
              Semasa mengemukakan idea untuk membuka kedai ini empat tahun lepas ramai yang membantah. Namun sebagai salah seorang rakan Izwan aku menyokong cadangannya. Lebih-lebih lagi aku mengenali Izwan dan Kak Afifi. Mereka jenis yang tak lupa diri berbanding sesetengah orang kampung lain. Lihatlah sekarang. Aku bangga melihat hasil kejayaan mereka. Usaha susah payahnya berbaloi. Walau tinggal jauh dari kampung halamannya dia tetap pulang ke kampung bila ada permintaan. Sebut sahaja majlis perkahwinan pasti Fifi Izwana tampil memberikan pakej-pakej yang murah. Kedai kecilnya dikampung telah diambil alih oleh Nur Ismawati. Anak penghulu kampung yang telah kembali ke pangkal jalan setelah sesat dibawa dunia remajanya.
              Di kedai kecil itu ramai yang diberi pengajaran bagaimana mahu memulakan perniagaan dan bengkel menjahit. Ada cikgu yang dikhaskan oleh Izwan dan Afifi untuk mengajar mereka. Malah kadang kala jika berkesempatan Izwan dan Afifi akan turun padang untuk sama-sama mengajar. Projek yang dirintis Izwan dan Afifi telah mendapat pengiktirafan di kampung aku memandangkan langkah mereka berdua telah membantu ramai anak-anak kampung mencari rezeki dan membantu mencegah banyak masalah sosial di kampung aku itu.
              Itulah hikmah disebalik kejadian setiap makhluk yang diciptakan Allah S.W.T. Walaupun Izwan berjiwa dan berkelakuan lembut, namun kepandaian dan usahanya akhirnya menjadikannya insan yang berguna dan diredhai Allah. Semoga ramai lagi kaum Adam yang mengalami kecelaruan jantina seperti Izwan berjaya kembali ke jalan yang lurus yang diredhai Allah. 




No comments:

Post a Comment