aa

aa

Tuesday 19 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-6

(To Relex)

              Abang Man tiba berbaju T-shirt putih dan seluar tiga suku. Nampak bulu kaki kerinting dia. Aku sempat ketawa. Kawan  Abang Man ni aku kenal. Dia senior aku. Abang Joe Jambul Remos. Nama penuh Johan Azali Mohd Mukhriz. Kenapa digelar Joe Jambul Remos? Sebab semasa satu program pelajar dulu dia berlakon jadi Sigh. Ada toncet di atas kepala. Fasilitator gelarkan dia Joe toncet. Tapi dia tak suka. Maka dia dengan rela hati menukar gelaran dia kepada Joe Jambul Remos. Dia ni memang banyak cakap. Suka bergaduh mulut dengan junior dia. Bila ada masa lapang suka cari pasal. Tapi sebenarnya dia ni kesunyian. Anak peniaga terkenal Dato’ Mohd Mukhriz. Ayah sibuk meniaga, mak sibuk berpersatuan manakala kakak sibuk dengan perniagaan kecil dan keluarga. Dia suka duduk dalam suasana hiruk pikuk. Katanya kalau sunyi nanti dia menangis.
              Untuk pengetahuan korang semua. Aku banyak tahu pasal Joe Jambul ni pun sebab aku minat gila dengan dia dulu. Tapi disebabkan Apis yang tanya aku dulu aku pilihlah Apis. Namun lihatlah sekarang. Apis pergi meninggalkanku. (Ceh sedihnya bunyi).
              “Uit…kau pun ada sini.” Si Joe Jambul dah nak mula menyakat.
              “Kau kenal ke budak-budak ni?” Abang Man terkejut dan menyoal Joe. 
              “Aku kenal mak nenek ni je. Dia ni Junior aku masa kem motivasi dulu.” Joe tersengih. Nasib gigi lawa.
              “Oh…ok girl’s dah siap…” Abang Man membantu kami menguruskan barang-barang kami.
              “Amboi…memang sure ke kita nak tido sana ni. Siap bawa khemah.” Joe membelek kemah kami. Dia ni memang penyibuk betul.
              “Alah budak-budak elok bawa khemah. Senang nak tukar baju.” Abang Man menepuk bahu Joe.
              “Alah Man… tak dapat lah aku skodeng…” Joe berseloroh. Dengan pantas dia kena lepuk dengan aku. Nasib tak kena smack down.
              “Sakitlah Amy. Kau ni memang tak menyempat betul. Aku main-main je la.” Aku memukul lagi Joe dengan beg. Dia memang macam tu. Bukan nak mengaku salah pun. Tak pasal-pasal aku mengejar dia sekeliling kereta. Aku ketawa sampai hilang sedih sebab Apis tadi.
              “Dah…jom jalan.” Abang Man terus memandu. Dua jam memandu kami tiba di pantai Teluk Kemang. Suasana nampaknya tak ada tempat untuk kami memandangkan ramai sangat pula yang berkelah. Kami menukar destinasi. Blue Lagon Port Dicksoon. Tempat yang ok. Ada orang mandi manda dan berkelah. Ada yang pasang khemah. Mat dan minah saleh pun banyak. Cukup untuk Si Joe Jambul cuci mata. Abang Man dan Joe terus terjun laut. Pae dan Ann pun sama. Aku je sibuk lagi memasang khemah. Budak berdua tu memang…pantang nampak air.   
              “ Amy…kalau lapar makan lah dulu.” Jerit Abang Man yang dah berguling dengan Joe kat dalam laut. Aku pandang sekeliling. Alahai kedai jauh. Aku memang dah lapar ni.
              Aku nampak Abang Man basah lencun berjalan kearah aku. Alamak seksinya. “Amy ambilkan abang air.” Abang Man menghulurkan tangan. Sejak bila pulak dia ni bahasakan diri abang dengan aku. Tak perasan pulak.
              “Mana ada Amy bawa air.” Aku terkejut dengan jawapan aku. Alamak bukan selama ni aku bahasakan diri aku akak ke depan dia.
              “Eh tak bawa turun ke.” Aku semakin pelik dengan dia ni. Apa benda nyer yang tak turun. Aku pandang sahaja Abang Man berlalu ke keretanya. Satu bekas yang berbau laksa penang, sebuah bakul berisi mee laksa, dan sayur-sayuran serta mangkuk polistreen. Bekas air sirap, dan botol air mineral. Ada lagi…dalam bakul tu aku tengok ada sebekas sandwish. Sedap pulak bau tu.
              “Abang Man ni memang plan ke nak pergi sini.” Aku terus terjah dia. Macam dah rancang je. Siap masak laksa, sandwish dan macam-macam lagi.
              “ Memang pun. Cuma semalam Ann cakap you all ada hal sikit pagi mungkin tak boleh ikut. So abang pun pikir tak mahulah ganggu you all. Tapi bila pikir abang dengan Joe berdua je macam tak seronok pula. Tu tadi tanya balik Ann. Dia kata urusan you all dah selesai. Dia siap minta abang jemput lagi.” Abang Man menerangkan sambil mengunyah sandwish.
              “Abang Man masak ke?” Aku tunjuk bekas kuah laksa.
              “Abang Joe. Hari ni rumah dia ada buat makan-makan. Dia asingkan sikit bila tahu kita nak pergi berkelah. Tapi sandwish ni Abang Man buat.” Dia tersengih lagi. Aku nampak dari jauh  Joe, Pae dan Ann basah kuyup berjalan kearah aku.
              “Aku lapar…..”serentak Pae dan Joe menjerit. Kami semua ketawa. Dua-dua kuat makan. Pae terus mencedok laksa dan kuah. Joe pun sama. Aku hanya memandang mereka. Dah macam adik beradik aku pulak. Abang Man , Abang Long, Joe ,Abang Ngah. Aku, Kak Lang, Ann, Kak Chik dan Pae, Usu. Bestnya ramai adik beradik. Aku, Abang Man dan Joe beruntung. Kami bertiga kan memang tunggul. Alamak salah cakap…. tunggal.
              Kami semua buat tunggul api. Abang Man dan Joe bergerak ke tandas awam  berdekatan kemudian berbincang sesuatu dengan orang yang berada berhampiran disitu.
              “ Malam ni kita tidur sini. Sini ada peronda jaga. Malam ni kebetulan ada budak-budak berkhemah dekat atas sana.” Abang Man menerangkan serba sedikit pada kami apa yang boleh dan tak boleh kami buat. Selesai berbincang kami membuat unggun api. Batu-batu yang terdapat di sekitar pantai kami kutip. Aku nampak Joe membawa ikan dalam plastik. Ikan tunjuklah tu.
              “Ann…siang ikan ni” Joe menghulurkan ikan tu pada Ann. Terus Ann telan air liur. Seperti yang aku cakap dulu. Ann penggeli. Maka jangan harap dia akan buat. Pae terus amik alih. Aku ajak abang Man singgah ke kedai diseberang jalan. Aku nak beli kicap, bawang dan limau. Buat cicah ikan bakar. Pae dan Ann suka resepi cincai aku tu.
              “Ubat nyamuk sekali abang.” Pinta Abang Man. Agaknya dia takut kena gigit nyamuk. Aku pula minta balm. Tujuannya kalau ada yang sakit boleh taruk dulu kedua balm serai wangi memang dibenci nyamuk. Aku nak lumur satu badan malam ni.
              Bila kami sampai ditapak khemah Ann, Pae dan joe tengah sibuk menyalakan api. Berkipas-kipas. Memang tak ada skill. Aku tadi sempat cilok tiub tayar kat kedai motor sebelah kedai runcit tu. Aku campakkan tiub tayar tadi. Berkepul-kepul asap hitam dan api marak menyala. He..he.. Joe tepuk tangan gembira. Dia cakap dia dah penat nak hidupkan api.
              Kami bakar ikan yang dibeli oleh Joe. Entah ikan apa aku pun tak tahu. Ada juga udang dan ketam dalam plastic tu. Amboi membakar jerlah kami malam tu. Dah selesai Magrib dan Isyak kami sediakan makanan atas tikar. Duduk keliling unggun api dan petik gitar. Semua melahap ikan bakar tadi macam kucing. Aku slow motion sikit. Control ayu. Tapi bila Joe dah nak ambil bahagian aku, aku pun berkungfu panda dengan dia. Jahatlah dia tu. Suka mengenakan aku.
              Abang Man suruh Joe menyanyi. Sebab dia yang bawa gitar. Joe telah menyumbangkan sebuah lagu sampai sakit telinga aku. Dia memang tak berbakat. Selepas Joe Ann dan Pae berduet. Joe main gitar sahaja kali ni. Bila habis duet Pae dan Ann semua suruh aku pulak menyanyi.
              “Alah tak mahu…Amy ni bomoh hujan. Malam anti kita tidur basah pulak.” Aku cuba meyakinkan semua. Tapi sebenarnya aku memang tak ada mood nak menyanyi. Kalau aku menyanyi pun lagu sedih sahaja yang aku hafal masa-masa macam ni.
Tiba-tiba Abang Man memetik gitar ditangannya. Suaranya yang serak basah tu diiringi deruan air laut. Sayup sahaja bunyinya. Terbuai-buai perasaan aku.
Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami

Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi

Di hati

Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;

Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir

Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..

Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku

Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta?

Lafaz ikrarku buat selamanya...

Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup.. tanpa dirimu
Sedangkan separuhnya di jiwaku,
bersamamu...

Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku kepangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir....

Andai dikurnia syurga...
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu kau sampai dahulu..
Ohh...
Kau sampai padaku...

                                                                                                Sampai-KRU












No comments:

Post a Comment