aa

aa

Tuesday 26 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-12

(Assalamualaikum Mak, Abah dan Kiki)

              “Assalamualaikum mak…mak oh mak…” Aku melaung-laung seperti Tarzan diluar rumah. Manalah mak ni. Pintu dan tingkap terbuka tapi orang tak ada.
              Sambil mengangkat barang-barang yang aku sumbat di dalam bonet kereta VIVA ‘Love You’ ku yang padat itu, aku memandang sekeliling. Patutlah tak ada orang. Mak bermesyuarat tingkap dan pintu dengan Nek Jah. Gosip Lady betul.
              “Assalamaualaikum. Mak…Amy balik ni.” Aku menyapa mak yang nyata terkejut melihat aku di hadapannya.
              “Eh… balik kamu Amy, tak kerja ke?” Soal Nek Jah yang ketawa melihat mak mengurut dada.
              “Aha Nek Jah. Nek Jah apa khabar?” Aku menyalami Nek Jah. Nek Jah ni dah kira macam nenek saudara aku. Sebab dia ni mak saudara abah. Tapi disebabkan dia sebaya dengan mak, jadi kelakuan dan perangai pun lebih kurang sahaja. Anak dia pun sebaya aku. Si Mail tu pun dah berhijrah ke Penang. Kata Nek Jah Mail dah jadi cikgu. Adalah sekali dua aku bertegur sapa dengan Mail tu. Tapi dia tu pemalu sikit tak macam Fauzan adik dia. Tak tahu malu sebab hari-hari nama dia kena laung dengan Nek Jah. Dialog yang sama sahaja setiap pagi. “Fauzan….bangunlah…kau ni tak nak pergi kerja ke…nak jadi apa lah kau ni…”Setiap pagi aku dengar dialog wajib tu, tengoklah esok, mesti aku dengar lagi.
              Nek Jah ada anak perempuan juga tapi tua lima tahun dari aku. Aku tak kam-cing sikit dengan Kak Suzana. Dia tu sejak dulu suka sangat bangga diri. Ada ke patut dia kutuk ‘VIVA Love You’ aku. Dia kutuk kereta aku yang cute ni masa raya setahun lepas. Dia tak tahu yang kereta aku tu paling jumat minyak, paling jimat maintenance. Paling senang nak parking dan paling senang nak sorokkan kereta.
              Aku membontoti mak balik kerumah. Bila mak tengok sahaja muka aku terus dia membebel. Kenapa balik tak call lah, kenapa balik mengejut lah, dia tak buat preparation untuk aku baliklah, lepas satu-satu. Aku ketawa sahaja, dan tak cakap banyak. Nak tahu kenapa sebabnya?
              Sebenarnya mak tu bosan, bila aku balik dia adalah kawan nak berbual dan bergosip. Yerlah aku kan anak tunggul dia. Alamak salah eja.Anak tunggal. Abah sibuk kat kebun, tapi kalau abah balik nanti, abah pun kena bebel.
              “Mak, orang ada beli baju untuk mak. Lepas ni bolehlah mak melaram masa nak pergi kenduri kahwin.” Sehelai demi sehelai baju kurung yang aku belikan untuk mak aku keluarkan dari beg kertas. Senyum besar mak. Seronoklah tu.
              “Terima kasihlah Amy. Raya belum lagi tapi dah belanja mak beli baju ni, ada orang nak datang ke?” Mak ni mulalah nak bebel pasal kahwin. Hmm… malasnya nak dengar.
              “Mana adalah mak. Orang kena buang kerja je.” Jawab aku dengan tenang. Mak ternganga tapi tak menjerit. Namun selepas berberapa saat mak mula memberi tindak balas.
              Belum habis ceramah mak, abah pula balik kerumah. Selepas bersalaman dengan abah, mak terus mengadu. Apa lagi abah pun sama naik memarahi aku.
              “Benda dah jadi Amy, elok juga syarikat kamu buang kamu. Kita kerja nak balik dengan tenang hati, kalau masalah kamu tu bawa sampai ke rumah lama-lama kamu pun gila. Lepas ni kenalah lebih berhati-hati.” Abah ni memang paling sporting. Dalam dia tak suka dia tetap menyokong aku.
              “Abang ni, kenapa pulak disokongnya anak tu.” Mak menegur abah yang sedang membelek baju yang aku belikan untuknya. Abah hanya terangguk-angguk.
              “Alah Mah, dah jadi pun. Takkan nak merayu dekat syarikat budak tu balik. Lagipun si Amy pun dah tak larat nak kerja disitu. Dari kita tadah telinga dengar dia mengadu eloklah dia cari kerja lain.” Abah masih menyebelahi aku. Ni aku sayang abah lebih ni. Mak hanya mengalah. Sambil membawa masuk baju-baju kurungnya ke bilik sempat dia memarahi aku dan abah yang macam dah berpakat sahaja.
              “Berapa lama kamu nak tanam anggur ni?” Soal abah membuat aku menelan air liur. Abah ni macam tak nak bagi peluang pada aku nak lepak-lepak pula.
              “Dah cari kerja dah. Adalah nanti tu” Aku mencari kelibat Kiki. Mana pulak Kiki si kucing aku yang comel tu.
              “Mak, Kiki orang mana?” Soal aku bila tak berjaya mencari Kiki disekeliling rumah.
              “Kiki dah kahwin, dia ikut laki dia balik rumah mak mertua dia.” Mak ni bergurau pula. Ni mesti kes buang kucing ni.
              “Mak buang Kiki ke?” Aku mula buat muka sedih.
              “Tak lah, adik bos Suzana  dah ambil bawa balik KL.” Kata-kata emak membuat aku benar-benar sebak. Mak serahkan Kiki pada orang lain.
              “Mak… kenapa bagi adik bos Kak Su pula, Kiki tu kan kucing Amy” Aku dah bermuncng. Biar mak rasa tragis sikit.
              “ Dah adik dia berkenan. Kalau mak tak bagi Suzana pula susah. Lagipun kamu jarang balik, Kiki tu kurus sahaja aku tengok. Dia tak makan duduk sini kamu duduk sana semakin gemuk.” Mak ni sengaja nak kenakan aku.
              “Masalah hormon lah.” Aku memberi alasan.
              “Itu sahajalah modal kamu.”
              Tiba-tiba aku teringat pada Kiki. Rindunya. Aku belek gambar-gambar aku bersama Kiki. Comelnya. Sedih pula bila dah tak dapat nak beraya dengan kiki tahun ini. Ingat masa aku mula-mula jumpa Kiki dulu. Korang mesti pernah tengok iklan sabun TOP kan, samalah jalan cerita nya, jumpa Kiki di longkang. Kiki baby kitten lagi masa tu. Sejak dari tu Kiki menemani aku. Kiki selalu menyanyi dengan aku lagu kucing. (Kiki miaw-miaw jer sebagai suara latar). Maka sebagai tanda mengingati Kiki aku nak menyanyi lagu kucing. Terimalah kalian lagu Kiki.
Saya ada kucing,
Ekornya panjang,
Bulu warna putih,
Kuning berbelang,
Bila saya panggil,
Dia pun datang,
Tersangatlah comel,
Saya pun sayang,
Saya beri makan.
Nasi campur ikan,
Minuman selalu su-su,
Tido waktu siang,
Jaga waktu malam,
Mencari sang tikus ,
Membuat sarang.


Kiki masa baby.

Kiki masa minta mak ikan

No comments:

Post a Comment