aa

aa

Sunday 18 September 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-23

 (Jom Balik Kampung)

            “Barang semua dah kemas?” Soal En. Hariz sewaktu kami bersarapan bersama. Aku masih lagi mengantuk. Ni semua pasal dial ah semalam. Aku tengok dia ni relek saja. Mata pun tak macam mata panda.
            “Dah, Kita nak check out terus ke?”. En. Hariz mengangguk. Aku mengunyah roti gulung dengan payah. Kan best kalau ada roti canai. Oleh kerana malas nak mengunyah aku bagun dan mencedok kuah mee kari yang dihidangkan secara bufeet. Sempat juga aku ambil sup cendawan dan roti bawang putih. Ni baru berselera.
            “Lapar pula saya tengok awak ni berselera makan.” Roti En. Hariz mencelup sup cendawan aku. Terkejut aku. Kali kedua dia nak celup aku tarik mangkuk sup cendawan aku.
“Pergilah ambil sendiri.”Aku dah kepung sup cendawan tadi dengan tangan. En. Hariz boleh ketawa. Teruk betul. Habis roti aku.
“Pergi ambilkan. Awak kan P.A saya.” En. Hariz ni buat lawak pula. Tiba-tiba muka dia serius. Menyampah aku.
“Nak apa?” Aku memuncungkan muka. Tapi sedikit rasa bahagia sejak awal pagi tadi. En. Hariz dah mesra sikit. Agaknya sebab aku dah tahu masalah dia kot.
“Sama macam awak. Tapi Garlic bread ambil lebih tau. Kita kena makan banyak. Jap lagi nak jalan jauh.” En. Hariz buat aku tertanya-tanya. Ikut perancangan memang kami habis aktiviti jam 11 pagi ni. Lepas tu En. Hariz nak aku temankan dia jumpa klien lama dia. Siap suruh aku bawa baju kurung bagai. Jauh ke tempat nak jumpa klien dia tu sampai nak kena makan kenyang-kenyang ni.
“Boss, kita nak pergi mana?” soal aku. Mana tahu dia nak bawa aku pergi siam ke. Ha…korang jangan nak salah faham. Pergi siam tu bukan nak kahwin lari macam korang fikir tau. Tapi mungkin nak beli toto atau mangkuk tingkat yang mak dia kirim ke. Kita mana tahu hal mereka anak beranak kan.
“Dalam Malaysia lagi. Janganlah risau.” Macam tahu-tahu je aku tengah fikir pasal Siam.
Aku ambilkan boss aku tu sup cendawan, garlic bread, sosej dan kacang panggang. Kemudian aku cedok Kuey Tiaw sup untuk aku. Masa aku hantar di meja tadi aku dah tanya dia nak atau tak. Hehehe selamat dia tak berkenan makanan tu pagi-pagi ni.
“Lepas ni saya boleh gemuk.”Spontan ayat yang keluar dari mulut En. Hariz. Terpinga-pinga aku.
“Mean?” aku tak berhenti makan pun untuk mendengar kata-kata dia.
“Saya dapat P.A kuat makan saya pun kuatlah makan.” Aku dah menggengam sudu. Hiss dia ni suka pulak nak menyakat aku…atau dia ni sebenarnya nak kutuk kemontelan badan aku ni? Keliru pula yang mana satu maksud dia. Lantaklah, janji kenyang.
Jam Sembilan kami kumpulkan barangan kami di lobi hotel. Aku pun tak tahu kenapa boss tak mahu bawa kereta sahaja dari KL. Tapi apa yang paling memeranjatkan aku pagi ni kereta dia dah terpacak di depan aku. Toyota Harier dia kini depan mata aku. Can you all belive it.
Aku pandang dan menggelengkan kepala. Cis guna kuasa veto dia suruh pemandu syarikat bawa kereta datang sini. Kesian Pak Hassan.
“Kak.” Aku disergah dari tepi. Aulia disini. Bergitu juga Amley yang tengah tersengih macam kerang busuk.
“Eh! Korang ada kat sini. Tapi…”Aku hanya sempat menunjukkan jari kearah En. Hariz. Hampeh, apa sahajalah rancangan diorang ni yang aku tak tahu.
“Jom lah. Angkat semua beg saya masuk kereta.” En. Hariz buat muka serius dia. Tadi okey saja ni ada dua orang ni dia ubah kelakuan pula. Bungkus dalam beg tu baru tahu.
“You both lepak sini dulu ke?” Soal Hariz pada Aulia yang macam nampak berlian bila terpandang Queensbay Mall.
“Yes. Nanti kami follow abang. Lia naik dengan Am.” Aulia memaut tangan abangnya.
“Dah agak dah. Mata dia dah nampak Mall tu yang tak nak ikut sekali tu. Am, nanti tolong hantar kereta ni pergi pejabat dulu yer.” En. Hariz mendahului aku. Tapi kali ni dia duduk di tempat penumpang.  “Siapa nak memandu ni, aku ke? Harrier ni.” Tanya aku dalam hati.
“Bye kak. Nanti jap lagi kita jumpa ye.” Aulia melambaikan tangan. Abang Am hanya mampu tunjuk tanda good. Cis! Bukan datang ni nak jadi driver ke?
“Bos, betul ke nak saya drive ni?” Soal aku minta kepastian. En. Hariz tak kata apa-apa. Dia hanya balas dengan turunkan sedikit kerusi, lepas itu tutup mata dan letakkan tangan kanannya didahi. Nasib baik aku dah set dalam I-phone aku lokasi pejabat Kontraktor di Tasek Gelugor tu.
Jam 10.55 pagi. Encik Hariz sudah pun bersalaman dengan Razak, engineer yang menjaga projek baru kami nanti. Aku tak tahulah aku ni perasan ke atau memang betul-betul kejadian. Razak ni gemor bebenor menengok aku. Sikit-sikit toleh kat aku. Muka aku ni ada macam muka Siti Nurhaliza ke?
“Amy, let’s go?” tegur Encik Hariz. Aku hanya tersenyum. Perlawaan Razak untuk makan tengah hari bersama terpaksa kami tolak dengan baik.
Kali ini Encik Hariz memandu keretanya. Kami memasuki plaza toll Sungai Petani dan kemudian singgah ke sebuah restoran. Seperti yang aku agak. Aulia dan Amley sudah awal-awal lagi menempah meja.
“Tadi bos cakap makan banyak-banyak. Saya ingat kita dah tak ambil lunch. Rupanya kita makan kat sini. Kenapa bos tak cakap awal-awal. Boleh saya kosongkan perut saya. Aku berbisik disebelah En. Hariz. Sah la dia mengenakan aku pagi tadi.
“Saja, nak tengok selera makan awak.” Hiss….geramnya aku dengan dia. Boleh pula dia jawab macam tu sambil sedekahkan senyuman sumbing dia tu. Tahulah dia comel.
Kami mendekati Aulia dan Amley. “Amboi rapatnya duduk. Ada apa-apa ke ni?” Aku berbisik ditelinga Aulia. Merah padam muka adik bos aku tu.
“Dah order?” soal En. Hariz yang hanya dibalas dengan anggukan oleh Aulia dan Amley.
“Encik nak minum apa?” datang seorang petugas direstoran tersebut mengambil pesanan.
“Bagi saya jus oren dan air suam.” Peltugas tadi mencatatkan pesanannya diatas kertas.
“Cik …” giliran aku pula. Aku menjenguk meja kami. Aulia Tembikai laici, Amley Coconut shake. Air apa yang sedap agaknya.
“Honey dew ada tak?” soalku. Pelayan tadi hanya mengangguk dan berlalu membawa pesanan kami. Aku dapat lihat En. Hariz buat muka menahan ketawa dari ekor mata aku. Lawak sangat ke permintaan aku ni.
“Ikan bakar di sini sedap tau akak. Lia kalau balik kampung mesti singgah sini.” Aku dah ternganga. “BALIK KAMPUNG?” jerit aku dalam hati.