aa

aa

Friday 29 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-15

(My Fist Step)

                Hari Jumaat tiba seperti yang dinantikan. Aku melangkah yakin mamasuki Shah Putra Engineering Berhad. Seawal jam sembilan pagi aku dihulurkan berberapa helai surat dan borang yang perlu aku isikan.  Selesai mengisi boring-borang yang diserahkan, aku di bawa menemui Personel Manager.

                “Saya kenalkan, ini Cik Suzana.” Alangkah terkejutnya aku. Kak Suzana anak Nek Jah sedang berada dihadapan aku. Sungguh elegan dengan fasyen kebaya nyonya pendeknya berwarna merah jambu. Aku terkedu tak terkata apa begitu juga Kak Su.
            “Su, aku serahkan Amy pada kau. Train her while you have time. En. Hariz cakap masa dia limited since EN. Hariz nak outstation next week.” Puan Halimah menerangkan serba ringkas kehadiran aku disitu. Aku hanya tertunduk. Dari riak wajah Kak Su, aku tahu dia kurang suka akan kehadiran aku disini hari ini.
            “Well Amyliana. Saya harap rahsia ni hanya kita berdua yang tahu. Saya tak mahu awak ungkit atau bercerita dengan sesiapa tentang hubungan kita.” Seperti yang aku agak, Kak Su telah pun member amaran.  “Even not our parent.” Begitu sekali reaksinya bila melihat aku disini. Nampaknya kami terpaksalah berlakon tak pernah kenal mulai detik ini.
            Penerangan dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai etika kerja, perhubungan awam, dan etika berpakaian. Aku juga diajar cara berusan dengan baik dan mesra sesame rakan sejawat, pegawai-pegawai syarikat, pelanggan dan tetamu syarikat.  

ETIKA BERPAKAIAN UNTUK LELAKI

Pakaian Lelaki:

i) Bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, “Lounge Suite” atau “Bush jacket

ii) Seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher

iii) Pakaian baju melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok warna gelap.

iv) Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional diwajibkan memakai tali leher / tudung / skaf korporat pada setiap hari Rabu dan di majlis-majlis rasmi Syarikat.

v) Baju kemeja berlengan panjang dan :-

a) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga

b) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang lima

c) berkolar Nehru berbutang terselindung,

d) berkolar mandarin berbutang tiga.

e) berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in).

f) Nehru suit yang diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai:-

i)berbutang hadapan

ii)berbutang terselindung
 

ETIKA BERPAKAIAN UNTUK WANITA

Pakaian Wanita:

  1. Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia.
  2. Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut:

a) Baju kurung

b) Baju kebaya labuh dan longgar

c) Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh atau skirt dibawah paras lutut

d) Pakaian kebangsaan mengikut kaum

e) Kasut bertutup

f) Mengenakan perhiasan atau aksesori yang ringkas dan bersesuaian sahaja

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Cara berpakaian yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja:

a) Berpakaian yang memberi sangkaan ianya seolah-olah hendak menghadiri pesta ataupun ke tempat perkelahan

b) Pakaian yang menjolok mata

c) ’Jeans’

d) Seluar pendek

e) Pakaian yang menutup muka

f) Kasut sukan dan selipar

g) Mewarnakan rambut bagi lelaki

h) Sut (kecuali dalam keadaaan yang memerlukan seperti untuk tugas luar)



Rupa-rupanya banyak protokol yang perlu aku patuhi untuk menjadi seorang setiausaha atau pembantu peribadi yang baik.  Selesai penerangan ringkas Kak Su, aku dibawa menemui Amley.
            Amley merupakan pembantu peribadi En. Hariz buat masa kini sehingga dua minggu akan datang. Dia telah pun meletakkan jawatan dan akan mula bertugas di jabatan kerajaan sebagai pegawai diplomatik. Mulanya aku fikirkan Amley juga berprotokol seperti Kak Su. Namun sangkaan aku meleset jauh. Amley lebih mesra. Dia mengajar beberapa pekara yang aku perlu tahu tentang En. Hariz dan rutin harian aku sebagai Pembantu peribadi En. Hariz. Mengikut penerangannya  kerja PA ini tak lah terlalu susah melainkan jika ada majlis-majlis besar. Aku hanya perlu mengatur jadual En. Hariz, memaklumkannya dan jika diminta aku perlu memberikan sedikit pendapat mengenai beberapa pekara berkenaan kerja dan peribadi En. Hariz.
            Amley sempat juga menerangkan kegemaran dan pekara yang tidak disukai En. Hariz. Kebetulan hari ini En. Hariz  tidak masuk ke pejabat kerana melawat tapak projek di Kedah. Sepanjang hari itu aku di beri penerangan dan di ajar pekara-pekara yang perlu, harus dan tak perlu oleh Amley.
            “Ok Amy, jumpa lagi Isnin nanti ya. You jangan risau En. Hariz okey orangnya. Dia memang nampak serius tapi sepanjang Abang Am kerja dengan dia belum lagi kena tengking. Tentang hal-hal buat surat atau kerja-kerja menaip Amy jangan ambil kisah sangat. Selalunya En. Hariz akan minta Aliya yang buatkan. Aliya setiusaha En. Hariz tapi Amy kena tahu dimana Aliya simpan fail-fail kerjanya di komputer.  In case Aliya tak datang Amy kena ambil alih tempat Aliya immediately.” Pesan Abang Am.
            Aku meniupkan semangat kedalam diri. Aku memilih jalan untuk berubah maka aku perlu berusaha. Aku berjanji untuk bekerja dengan baik dan berharap segalanya berjalan dengan baik.
            Aku mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan sambil meninjau butik-butik pakaian disekitar Kuala Lumpur pada keesokan harinya. Aku memborong beberapa helai baju kemeja dari corak berjalur halus memanjang kebawah memandangkan saiz badanku yang sedikit besar. Aku perlukan corak-corak pakaian yang boleh menyamarkan saiz tubuhku. Walaupun sejak dua bulan ini aku sudah Berjaya menguruskan badan namun hakikatnya baju-baju aku masih bersaiz L.
            Aku membeli beberapa helai baju kurung dan seluar. Blaus longgar dan Jaket. Pakaian-pakaian yang aku rasa sesuai dibawa ke pejabat. Ada juga pakaian berjenama sepasang yang aku beli sebagai koleksi. Tak salah rasanya membuat pelaburan begini memandangkan aku juga sudah lama mahu mengubah penampilanku yang ‘Invisible’ ini


Wednesday 27 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-14

(Fifi Izwana)

              Aku mengingati kata-kata Puan Halimah sepanjang perjalanan pulang kerumahku petang itu. Betul katanya aku ni yang perlu sangat menjaga personaliti. Itulah siapa suruh gatal-gatal apply jawatan ni. Nampaknya mulai hari ini aku perlu pergi ke kelas solekan Fifi Izwana di Shah Alam. Fifi Izwana atau nama sebenarnya Mohd Izwan sememangnya berjari jemari seni. Bab conteng muka orang bagilah pada dia. Sememangnya sangat berbakat. Rata-rata pengantin di kampungku yang tinggal disekitar Selangor berebut-rebut menggunakan khidmatnya jika ada majlis perkahwinan atau pertunangan dikampung.  Fifi Izwana juga pandai menjahit baju. Jahitan maniknya sangat cantik dan halus. Orangnya pendiam tak seperti sesetengah lelaki lembut yang mengada-ngada dan bermulut murai.
              Fifi Izwana sememangnya dikesan mempunyai kecelaruan jantina semasa berumur lima tahun. Puas dinasihatkan namun dia tidak berjaya mengubah kelakuannya kepada lelaki. Namun jangan salah sangka. Fifi Izwana sememangnya lelaki tulen. Memandangkan dia sudah pun berkahwin dan memiliki sepasang anak. Melakukan kerja wanita sememang berbakat tetapi tak kurang juga melakukan kerja lelaki, dia sememangnya cekap. 2 dalam 1, bak kata Nek Jah dulu. 
              Nama Fifi Izwana diambil sempena nama kedai jahitannya. Fifi merupakan nama kak Fauzana Afifi dan Izwana dari namanya sendiri, Izwan.Oleh kerana mereka berdua sentiasa bersama ramai yang memanggil Izwan denganpanggilan Fifi Izwana.  Kak Afifi menjalankan perniagaan salon rambut dan spa kecantikan. Manakala Izwan membuka butik pakaian dan jahitan di tingkat bawah. Bakal pengantin suka benar singgah ke kedainya. Selalunya mereka mengambil pakej yang disediakan. Menjahit atau menyewa pakaian pengantin bersama pakej kecantikan untuk bakal pengantin.
              Semasa mengemukakan idea untuk membuka kedai ini empat tahun lepas ramai yang membantah. Namun sebagai salah seorang rakan Izwan aku menyokong cadangannya. Lebih-lebih lagi aku mengenali Izwan dan Kak Afifi. Mereka jenis yang tak lupa diri berbanding sesetengah orang kampung lain. Lihatlah sekarang. Aku bangga melihat hasil kejayaan mereka. Usaha susah payahnya berbaloi. Walau tinggal jauh dari kampung halamannya dia tetap pulang ke kampung bila ada permintaan. Sebut sahaja majlis perkahwinan pasti Fifi Izwana tampil memberikan pakej-pakej yang murah. Kedai kecilnya dikampung telah diambil alih oleh Nur Ismawati. Anak penghulu kampung yang telah kembali ke pangkal jalan setelah sesat dibawa dunia remajanya.
              Di kedai kecil itu ramai yang diberi pengajaran bagaimana mahu memulakan perniagaan dan bengkel menjahit. Ada cikgu yang dikhaskan oleh Izwan dan Afifi untuk mengajar mereka. Malah kadang kala jika berkesempatan Izwan dan Afifi akan turun padang untuk sama-sama mengajar. Projek yang dirintis Izwan dan Afifi telah mendapat pengiktirafan di kampung aku memandangkan langkah mereka berdua telah membantu ramai anak-anak kampung mencari rezeki dan membantu mencegah banyak masalah sosial di kampung aku itu.
              Itulah hikmah disebalik kejadian setiap makhluk yang diciptakan Allah S.W.T. Walaupun Izwan berjiwa dan berkelakuan lembut, namun kepandaian dan usahanya akhirnya menjadikannya insan yang berguna dan diredhai Allah. Semoga ramai lagi kaum Adam yang mengalami kecelaruan jantina seperti Izwan berjaya kembali ke jalan yang lurus yang diredhai Allah. 




AMY BOOKS OF LIFE PART-13

(Miss Amyliana)

              Setelah hampir sebulan lebih menanam anggur di kampung halaman, akhirnya buat kali pertama aku dipanggil untuk di temuduga. Aku mengenakan baju kurung moden yang aku beli di Shah Alam dua bulan lepas. Cantiknya baju ni… (bukan cantiknya aku tau…).
              Aku melangkah dengan sopan santun. Gadis comel yang menyambut tetamu di front desk memberikan senyuman yang menawan. Cantiknya budak ni. Rasanya awal 20-an ni.
              “Boleh saya bantu cik?” Soal gadis tadi. Amboi…senyuman menawan. Mujurlah aku tak ada adik. Kalau tak, aku pasangkan budak ni dengan adik aku.
              “Saya datang untuk interview. Boleh saya jumpa Puan Halimah?” Aku menunjukkan email yang aku print dari laptop aku semalam.
              “Oh, sila duduk dulu.” Gadis tadi membawa aku ke bilik menunggu yang dihias cantik. Ada meja bulat dan beberapa sofa. Aku juga dihidangkn dengan kopi 3 in 1.
              “Sila tunggu sebentar ya, nanti saya maklumkan Puan Halimah. Kalau ada apa-apa boleh panggil saya diluar.” Manis senyuman gadis itu. Memang wajar dia diletakkan dibarisan paling hadapan. Menawan kalbu.
              “Terima kasih. Boleh saya tahu nama?”soalku. Bila gadis tadi menyedari dia belum mengenalkan diri cepat-cepat dia memberitahu namanya. “Nama saya Aulia Syuhada. Cik boleh panggil saya Aulia.” Jawab gadis tadi kemudian berlalu ke mejanya melakukan tugasannya.
              Hampir lima belas minit menanti, aku disapa Puan Halimah. Puan Halimah ini bertudung tapi nampak sangat elegan.
              “Cik Amyliana, maafkan saya lewat sedikit. Sebenarnya mengikut perancangan awal saya akan menemuduga cik Amyliana, tapi memandangkan bos kami memerlukan pembantu dengan segera, maka dia sendiri akan menemuduga Cik Amyliana.
              Aku bagaikan  cicak tertelan kapur. Alamak, macam mana ni. Kalau bos syarikat ni jenis yang bengis dan serius. Aku takut pula. Kalau yang jenis gatal, lagi parah.
              Melihat muka aku yang macam tak berapa selesa itu, Puan Halimah segera menenangkan aku. “Jangan risau, bos kami tak seteruk department manager. Department manager lagi tegas berbanding bos. Maklumlah mereka kena tapis betul-betul.” Seloroh Puan Halimah cuba menenangkan aku.
              Kalau semua ok, boleh saya bawa Cik Amyliana berjumpa dengan bos kami sekarang?” Kata Puan Halimah sambil menghadiahkan senyuman yang manis kearah aku. Aku terus-terusan berdoa semoga temuduga kali ini berjalan lancar.
              “Assalamualaikum En. Hariz, boleh kami masuk?” Pintu diketuk dan dibuka. Ada seorang lelaki beperwatakan menarik sedang kusyuk melakukan kerja.
              “Hmm…”balas lelaki itu. Nampak gayanya bos syarikat ini muda lagi. Gaya dan penampilan pun nampak muda.
              “En. Hariz, ini calon seterusnya, Cik Amyliana Mohd Idris,” kenal Puan Halimah. “Amyliana, ini CEO syarikat ini En. Hariz Iskandar Tan Sri Yunus Shah.” Puan Halimah memperkenalkan aku nama CEO-nya secara berbisik bila tiada respond dari CEO syarikatnya itu. Kalau dia tak kenalkan tadi, Insya Allah aku akan pergi semula padanya dan tanya.
              “This is our last candidate right?” soal En. Hariz. Wajahnya masih menghadap skrin laptop.
              “Yes En. Hariz, for today. Esok masih ada lagi berberapa calon” jawab Puan Halimah.
              “Thanks, you may go now.” En. Hariz mengangkat mukanya. Pekara pertama yang aku dapat katakana setelah melihat muka En. Hariz adalah, cantiknya mata dia. Berkaca-kaca macam Sailormoon. Oh, aku terpukau.
              En. Hariz kemudiannya meminta Puan Halimah membawakan minuman untuk kami berdua.
              “Ok, describe yourself please.” En. Hariz kembali menghadap skrin laptopnya.
              “My name is Amyliana  Mohd Idris. Graduated in Physic Science study.” Aku mati kutu. Apa aku nak goreng CEO depan aku ni.
              “Hmm… I ada baca resume you, and I surprised. Kenapa you apply position ni. You tahukan I sedang mencari pembantu peribadi untuk menguruskan hal pejabat dan sedikit hal peribadi I?” soal En. Hariz. Tangannya sudah berhenti menaip dan dia sudah pun memberi sepenuh perhatian kepada sesi temuduga ini. Seketika aku lihat dia bagai termenung. Untuk mengelakkan kegugupanku, aku cuba duduk dengan tegak dan membengkokkan sedikit kakiku ke kanan supaya selesa.
              “Sebenarnya, saya sebelum ni bekerja dalam bidang Engineering. Namun memandangkan ada sedikit masalah untuk menyesuaikan diri saya mengundurkan diri. Saya tahu En. Hariz mencari calon Personal Assistance. Memandangkan saya mempunyai pengalaman menguruskan staf dibawah saya rasanya tak ada masalah untuk membuat perancangan dan membantu En. Hariz.” Jawabku setenang mungkin.
              “Dulu di syarikat lama awak bekerja sebagai apa?” Tanya En. Hariz berminat.
              “Saya QA/QC Assistance Manager” jawabku. Ada keluhan halus terlepas dari rongga pernafasanku.
              “Wow, bagus. Kenapa tak apply the same position here?” En. Hariz membuatkan aku kebuntuan.
              “Sebenarnya saya nak lari dari kerja yang memeningkan minda saya. Kerja dibahagian QA/QC bagus, namun kebolehan saya adalah dari segi perancangan dan pengurusan. Bidang ni dah jadi cita-cita saya sejak berlajar dulu.” Aku cuba bersikap jujur. Lantaklah apa pun yang akan berlaku nanti.
              “Oh, begitu. Baiklah cuba awak jelaskan kepada saya jika awak diminta untuk menguruskan hal pejabat saya, adakah saya perlu mematuhi segala urusan yang ditetapkan atau awak akan bekerja mengikut acuan saya?” Soalan En. Hariz merupakan soalan psikologi.
              “Saya akan ikut pertimbangan En. Hariz tetapi akan berusaha agar En. Hariz memenuhi sagala urusan penting yang dijadualkan,” jawabku. Rasanya itulah yang terbaik aku mampu lakukan.
              “Kenapa?” soal CEO Prism Holding itu.
              “Sebab hanya En. Hariz yang tahu kemampuan En. Hariz memenuhi tuntutan kerja setiap hari. Saya hanya boleh merancang dan mengaturkan, namun kuncinya tetap pada En. Hariz, sama ada boleh buat atau tidak. Jika boleh saya nak adakan situasi menang-menang.
              “Menang-menang?” soalnya pelik. Entuk pengetahuan korang, dia sikitpun tak senyum semasa menyoal aku. Muka dia macam tak bagi sebarang respond. Cuma sesekali dia akan mengalihkan wajahnya ke skrin laptop. Bertambah stress aku.
              “Yer, menang-menang. En. Hariz tak penat, kerja tak bertangguh, keperluan En. Hariz untuk menjalankan tugas dipenuhi dan  bila pulang kerja En. Hariz dah tak perlu fikir soal kerja selainkan hal peribadi.
              “Kalau saya minta awak lakukan tugas diluar bidang pekerjaan dan menjurus kepada hal peribadi?” En. Hariz menyoal balas semula.
              “Saya hanya akan menurut perintah selagi tidak melanggar undang-undang negara dan agama serta tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai pekerja.” Betul kot jawapan aku tu. Lantak lah kamu Amy.
              “Saya sedikit serius semasa waktu bekerja dan kadang-kala banyak hal yang berada diluar kawalan saya. Saya kebiasaannya sedikit perfectual. Kalau sesuatu pekara itu perlu berbentuk bulat saya sentiasa mahukannya bulat. Boleh awak lakukan?” Soalan ini macam melantunkan semula perangai aku. “Dia ni pun cerewet juga ke?” soal aku dalam hati.
              “Saya fikir ini bukanlah masalah yang besar buat sata. Masalah berada dimana-mana. Saya harap saya dapat menyesuaikan diri dengan cepat.” Aku cuba mencari wajah lelaki dihadapan aku. Seperti yang aku katakan tadi, aku tak dapat nak baca riak muka dia. Tiba-tiba aku teringat lelaki yang aku jumpa semasa membeli belah di Shah Alam dulu. Ya…inilah lelaki yang sama dengan yang dulu. Agaknya dia tak perasan aku kot.
              “Baiklah, saya tak ada masalah dengan gaji yang awak minta. Rasanya nanti HR saya akan beritahu tentang keputusan temuduga ini pada awak.” En. Hariz kembali meneruskan kerjanya.
              “Terima kasih En. Hariz. Kalau tak ada apa boleh saya keluar dulu?” pinta aku dan bila dia mengangguk aku cepat-cepat mengangkat punggung dan keluar tetapi masih mengekalkan kesopanan dan ketatasusilaan aku.
               Seketika kemudian Puan Halimah datang menghampiri aku. Aku dibawa ke biliknya. Suspend juga dibuatnya. “Dia nak marah aku sebab beri jawapan yang pelik-pelik dengan CEO dia tadi ke?” soalku dalam hati.
              “Tahniah Cik Amyliana. En. Hariz baru sahaja menghubungi saya tadi dan awak diterima bekerja di syarikat ini sebagai Pembantu Peribadi kepada CEO syarikat ini iaitu En. Hariz sendiri. Kami akan menyediakan Surat Tawaran Kerja atau Offer Letter untuk awak baca dan tanda tangan. Jika tiada masalah awak boleh mula bertugas pada awal bulan hadapan iaitu Isnin minggu depan.” Terang Puan Halimah agak laju membuatkan aku terpinga-pinga. Aku cuba mengelipkan mata berkali-kali.
              “ Betul ke semua ini?” Tanya aku pelik. Baru seminit melangkah keluar, aku sudah dikejutkan berita sebegini.
              “Ya Cik Amyliana. Saya pun sedikit pelik sebab selalunya En. Hariz jarang mengambil pekerja dengan sekali temuduga. Apa-apa sekali pun tahniah. Cuma awak dikehendaki menghadirkan diri pada hari Jumaat ini untuk mengambil, memahami dan menanda tangan Surat Tawaran Kerja. Awak juga dikehendaki mendengar sedikit taklimat berhubung skop kerja awak pada hari berkenaan” jelas Puan Halimah sambil tersenyum manis melihat wajahku yang teruja.
              “Puan, boleh saya tahu apakah dress code di syarikat ini?” Soalku setelah membuat sedikit kajian semasa memasuki bilik En. Hariz tadi. Aku lihat rata-ratanya berkemeja dan menyarungkan jaket. Adakah dress code disyarikat ini memerlukan aku berpakaian begitu.
              “Oh, lupa saya nak menerangkan. Bagus juga Cik Amyliana bertanya. Senang untuk Cik Amyliana membuat persiapan nanti. Di syarikat ini kebiasaannya Isnin sehingga Khamis pekerja wanita dikehendaki mengenakan kemeja atau baju blaus yang dikenakan dengan seluar atau skirt. Hari Jumaat baju kurung atau kebaya. Untuk ibu mengandung ada kelonggaran. Pada hari Jumaat nanti Cik Amy akan diberi penerangan tentang tatacara kerja dan personaliti di tempat kerja. Lebih-lebih lagi Cik Amy yang akan selalu berada disamping En. Hariz. Cik Amy akan dilatih oleh Personel Manager kami sendiri. Sepatutnya Cik Amy perlu melalui Orentasi kerja selama seminggu tetapi atas permintaan En. Hariz sendiri tadi, Cik Amy hanya akan menjalani sesi orentasi bila ada kelapangan.” Penerangan Puan Halimah aku fahami.
             


Tuesday 26 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-12

(Assalamualaikum Mak, Abah dan Kiki)

              “Assalamualaikum mak…mak oh mak…” Aku melaung-laung seperti Tarzan diluar rumah. Manalah mak ni. Pintu dan tingkap terbuka tapi orang tak ada.
              Sambil mengangkat barang-barang yang aku sumbat di dalam bonet kereta VIVA ‘Love You’ ku yang padat itu, aku memandang sekeliling. Patutlah tak ada orang. Mak bermesyuarat tingkap dan pintu dengan Nek Jah. Gosip Lady betul.
              “Assalamaualaikum. Mak…Amy balik ni.” Aku menyapa mak yang nyata terkejut melihat aku di hadapannya.
              “Eh… balik kamu Amy, tak kerja ke?” Soal Nek Jah yang ketawa melihat mak mengurut dada.
              “Aha Nek Jah. Nek Jah apa khabar?” Aku menyalami Nek Jah. Nek Jah ni dah kira macam nenek saudara aku. Sebab dia ni mak saudara abah. Tapi disebabkan dia sebaya dengan mak, jadi kelakuan dan perangai pun lebih kurang sahaja. Anak dia pun sebaya aku. Si Mail tu pun dah berhijrah ke Penang. Kata Nek Jah Mail dah jadi cikgu. Adalah sekali dua aku bertegur sapa dengan Mail tu. Tapi dia tu pemalu sikit tak macam Fauzan adik dia. Tak tahu malu sebab hari-hari nama dia kena laung dengan Nek Jah. Dialog yang sama sahaja setiap pagi. “Fauzan….bangunlah…kau ni tak nak pergi kerja ke…nak jadi apa lah kau ni…”Setiap pagi aku dengar dialog wajib tu, tengoklah esok, mesti aku dengar lagi.
              Nek Jah ada anak perempuan juga tapi tua lima tahun dari aku. Aku tak kam-cing sikit dengan Kak Suzana. Dia tu sejak dulu suka sangat bangga diri. Ada ke patut dia kutuk ‘VIVA Love You’ aku. Dia kutuk kereta aku yang cute ni masa raya setahun lepas. Dia tak tahu yang kereta aku tu paling jumat minyak, paling jimat maintenance. Paling senang nak parking dan paling senang nak sorokkan kereta.
              Aku membontoti mak balik kerumah. Bila mak tengok sahaja muka aku terus dia membebel. Kenapa balik tak call lah, kenapa balik mengejut lah, dia tak buat preparation untuk aku baliklah, lepas satu-satu. Aku ketawa sahaja, dan tak cakap banyak. Nak tahu kenapa sebabnya?
              Sebenarnya mak tu bosan, bila aku balik dia adalah kawan nak berbual dan bergosip. Yerlah aku kan anak tunggul dia. Alamak salah eja.Anak tunggal. Abah sibuk kat kebun, tapi kalau abah balik nanti, abah pun kena bebel.
              “Mak, orang ada beli baju untuk mak. Lepas ni bolehlah mak melaram masa nak pergi kenduri kahwin.” Sehelai demi sehelai baju kurung yang aku belikan untuk mak aku keluarkan dari beg kertas. Senyum besar mak. Seronoklah tu.
              “Terima kasihlah Amy. Raya belum lagi tapi dah belanja mak beli baju ni, ada orang nak datang ke?” Mak ni mulalah nak bebel pasal kahwin. Hmm… malasnya nak dengar.
              “Mana adalah mak. Orang kena buang kerja je.” Jawab aku dengan tenang. Mak ternganga tapi tak menjerit. Namun selepas berberapa saat mak mula memberi tindak balas.
              Belum habis ceramah mak, abah pula balik kerumah. Selepas bersalaman dengan abah, mak terus mengadu. Apa lagi abah pun sama naik memarahi aku.
              “Benda dah jadi Amy, elok juga syarikat kamu buang kamu. Kita kerja nak balik dengan tenang hati, kalau masalah kamu tu bawa sampai ke rumah lama-lama kamu pun gila. Lepas ni kenalah lebih berhati-hati.” Abah ni memang paling sporting. Dalam dia tak suka dia tetap menyokong aku.
              “Abang ni, kenapa pulak disokongnya anak tu.” Mak menegur abah yang sedang membelek baju yang aku belikan untuknya. Abah hanya terangguk-angguk.
              “Alah Mah, dah jadi pun. Takkan nak merayu dekat syarikat budak tu balik. Lagipun si Amy pun dah tak larat nak kerja disitu. Dari kita tadah telinga dengar dia mengadu eloklah dia cari kerja lain.” Abah masih menyebelahi aku. Ni aku sayang abah lebih ni. Mak hanya mengalah. Sambil membawa masuk baju-baju kurungnya ke bilik sempat dia memarahi aku dan abah yang macam dah berpakat sahaja.
              “Berapa lama kamu nak tanam anggur ni?” Soal abah membuat aku menelan air liur. Abah ni macam tak nak bagi peluang pada aku nak lepak-lepak pula.
              “Dah cari kerja dah. Adalah nanti tu” Aku mencari kelibat Kiki. Mana pulak Kiki si kucing aku yang comel tu.
              “Mak, Kiki orang mana?” Soal aku bila tak berjaya mencari Kiki disekeliling rumah.
              “Kiki dah kahwin, dia ikut laki dia balik rumah mak mertua dia.” Mak ni bergurau pula. Ni mesti kes buang kucing ni.
              “Mak buang Kiki ke?” Aku mula buat muka sedih.
              “Tak lah, adik bos Suzana  dah ambil bawa balik KL.” Kata-kata emak membuat aku benar-benar sebak. Mak serahkan Kiki pada orang lain.
              “Mak… kenapa bagi adik bos Kak Su pula, Kiki tu kan kucing Amy” Aku dah bermuncng. Biar mak rasa tragis sikit.
              “ Dah adik dia berkenan. Kalau mak tak bagi Suzana pula susah. Lagipun kamu jarang balik, Kiki tu kurus sahaja aku tengok. Dia tak makan duduk sini kamu duduk sana semakin gemuk.” Mak ni sengaja nak kenakan aku.
              “Masalah hormon lah.” Aku memberi alasan.
              “Itu sahajalah modal kamu.”
              Tiba-tiba aku teringat pada Kiki. Rindunya. Aku belek gambar-gambar aku bersama Kiki. Comelnya. Sedih pula bila dah tak dapat nak beraya dengan kiki tahun ini. Ingat masa aku mula-mula jumpa Kiki dulu. Korang mesti pernah tengok iklan sabun TOP kan, samalah jalan cerita nya, jumpa Kiki di longkang. Kiki baby kitten lagi masa tu. Sejak dari tu Kiki menemani aku. Kiki selalu menyanyi dengan aku lagu kucing. (Kiki miaw-miaw jer sebagai suara latar). Maka sebagai tanda mengingati Kiki aku nak menyanyi lagu kucing. Terimalah kalian lagu Kiki.
Saya ada kucing,
Ekornya panjang,
Bulu warna putih,
Kuning berbelang,
Bila saya panggil,
Dia pun datang,
Tersangatlah comel,
Saya pun sayang,
Saya beri makan.
Nasi campur ikan,
Minuman selalu su-su,
Tido waktu siang,
Jaga waktu malam,
Mencari sang tikus ,
Membuat sarang.


Kiki masa baby.

Kiki masa minta mak ikan

AMY BOOKS OF LIFE-11

Alone in empty house

              BOSAN………………. Itulah yang aku mampu buat dalam seminggu ni. Bosannya tak kerja. Apa kata kalau aku balik rumah mak. Tapi…abah mesti marah punya kalau tahu aku dibuang kerja atau aku patut pergi melepak di rumah Pae atau Ann. Dah seminggu aku macam ni. Setiap hari mengemas rumah. Sampai habis store pun aku susun.
              Tadi aku buka internet adalah sikit kerja kosong yang boleh aku apply. Masalahnya aku nak lari bidang. Aku dah tak tahan nak kerja bidang aku. Dah lama aku tak jadi nakal macam dulu. Bila ingat balik kenangan aku masa belajar dulu rasa seronok sangat. Nakal aku ni. Pae dan Ann dah tak boleh nak joint aku dalam usia begini. Dua tahun ni banyak benda berubah. Ann dah berumah tangga dengan Joe. Si Pae dah jadi mak budak. Anak dia comel macam aku.
              Ann sejak nikah ni senyum saja. Dulu setiap kali gaduh dengan Joe dia mesti akan call aku. Aku ni kena lah jadi kaunselor tak berbayar. Tapi korang percaya tak kalau aku cakap aku dah setahun tak jumpa mereka. Dah setahun Ann nikah dan sepanjang masa itulah aku tak jumpa mereka.
              Boyfriend…aku memang tak ada. Solo sekarang ni. Bukan aku tak nak ada teman lelaki. Tapi masalahnya aku ni macam invisible. Aku jalan mana-mana pun tak ada siapa nampak aku. Nak kata tak comel muka aku dah macam Teddy Bear. Garang memanglah tapi tu semua masa dekat office. Luar office aku sangat ok.  Aku siap memasak dengan Kak Lida. Tapi itulah, Kak Lida tu perempuan bukan lelaki. Dia pun ada banyak urusan. Maklumlah wanita bekeluarga dan bekerjaya. Paling best pun aku mengikut dia pergi Tesco.
              Hari Isnin yang bosan begini apalah yang aku nak buat. Nak tengok TV tak ada cerita. Surat khabar pula cerita balik-balik politik. Aku memang tak minat. Aku rasa aku nak pergi berjalan-jalanlah petang ni. Mungkin Jusco atau Shah Alam. Aku pun dah lama tak shopping. Minggu ni bolehlah aku bawa balik sesuatu untuk mak dan abah.

Shah Alam-Plaza Alam Central
              Aku merayau-rayau sekitar pusat membeli belah melihat deretan baju kurung yang sentiasa ada disini. Memandangkan aku baru dapat habuan (pampasan) aku macam teringin pula nak belikan mak dan abah beberapa helai baju. Aku membelek beberapa helai baju kurung. Baju kurung aku sendiri pun hanya ada 3 helai.
              Setelah memilih baju kurung kedah bersaiz M untuk mak, aku ternampak baju kurung moden bewarna biru-hijau tergantung di suatu sudut. Tertarik aku melihat baju itu. Sungguh cantik dan lembut warnanya. Tiba-tiba ada seorang wanita bercermin mata hitam mengambil baju berkenaan. Hampa… baju cantik berkenaan dah bertukar tangan. Aku hanya mampu memandang. Sambil memerhati wanita tadi aku mendekati adik yang menjaga kedai baju itu.
              “Dik baju yang macam kakak tu ada lagi tak?” bisik aku pada adik berambut panjang yang berbaju hitam itu.
              “Alah kak, yang itu paling last” Jawab adik tadi sambil berjalan mendapati kawannya. Aku hanya mengekori dari belakang.
              “Yan ada lagi tak baju yang macam tu.” Tanya adik tadi pada kawannya.
              “Rasanya tak adalah. Kalau ada pun saiz S.” Jawapan adik yang bernama Yan tu menghampakan aku. Aku ni lupa nak update korang, sejak aku habis belajar saiz badan  aku telah mengembang dari M kepada XL. Wah…perkembangan yang menarik bukan. Itulah kesan sampingan bila aku banyak duit untuk makan Mc Donald dan KFC setiap minggu. Tapi tak boleh salahkan makanan segera sahaja. Entah, bila seorang diri aku lebih suka menghabiskan masa dengan mengunyah.
              Berbalik pada baju kurung tadi. Mata aku masih memandang wanita berkaca mata  hitam tadi dengan sejuta harapan. Harapan aku agar dia tak berkenan dengan baju itu dan meletak balik baju itu di tempatnya. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang juga berkaca mata hitam menghampiri aku dan melanggar bahu aku yang tak berapa ketat skrunya ini.
              “Aduh..”desis aku. Sakit lah juga, kalau tak tak adalah aku nak mengeluh manja.
              “Maaf yer” kata lelaki tadi tanpa memandang muka aku. Malaslah nak gaduh-gaduh, aku buat bodoh sahaja. Lelaki tadi menghampiri wanita yang aku sedang perhatikan itu dengan muka yang boleh aku kategorikan sebagai tak berperasaan.
              “Cantik tak sayang?” soal wanita tadi bila lelaki itu mendekatinya. Pantas lelaki tadi membuka kaca matanya.
              “Oklah…” jawab lalaki tadi. Macam tak ada mood sahaja jawapannya. Agaknya dia ni jenis yang tak ada mood kot. Tak pun dia dan wanita tu baru sahaja lepas bergaduh.
              Aku yang berada disebalik deretan baju kurung di kedai itu hanya mampu membuat memek muka agar wanita tadi tak membeli baju itu. Rasanya saiz XL tu terlalu besar buatnya yang bersaiz M.
              “You rasa mama you boleh pakai baju warna ni tak?” soal wanita itu lagi. Aku menggeleng kepala. Alahai kan aku dah agak, bukan untuk dia. Tapi warna tu warna anak dara. Mak dara pakailah baju yang warna gelap sikit. Sempat aku membebel dengan nada suara yang perlahan. Aku berpura-pura membelek baju yang tergantung disitu.
              Tiba-tiba lelaki tadi datang menghampiri aku. Apa lagi, aku menggelabahlah. “Dia dengar ke?” Bisik hati aku.
              “Warna ni middle age sesuai tak?” soalnya padaku sambil tangannya menunjukkan baju kurung moden yang berwarna merah coklat. Coraknya abstrak dan dihiasi manic-manik dan labuci yang berkilauan.
              Dengan gugup aku menjawab. “Sesuai. Yang nak pakai ni bertudung tak?” Soalku.
              “Dia pakai selendang selalunya.” Jawab lelaki tadi. Aku tertunduk sahaja.
              “Kalau dia pakai selendang atau tudung, encik carilah yang warnanya lebih kurang warna begini.” Tunjuk aku pada warna tanah baju itu. Coklat kekuningan. Lembut dan cantik.
              “Tolong carikan.” Pinta lelaki itu. Pasti dia ingat aku pelayan di kedai ini.
              “Saiz baju mak encik?” soal aku semula. Ada tiga saiz yang tergantung. M, L dan XL.
              “Dia selalunya pakai L tapi dia nak bawa baju ni pergi majlis agama, jadi dia minta cari yang longgar sikit. Mungkin XL.” Kata lelaki tadi. Muka dia memang straight.
              Aku merapati budak bernama Yan sambil budak berbaju hitam itu hanya memandang. “Dik, warna yang macam ni ada tak?” soalku. Yan terus mengacukan warna tanah baju kurung ditanganku dengan selendang yang ada.
              “Kak, yang ni boleh?” Sua Yan. Aku mengacukan tudung tadi dengan baju yang berada ditangan. Amboi….mahalnya tudung ni. Mana tidaknya berlabuci dan bermanik juga. Tudung berwarna coklat kekuningan itu memang cantik jika dipakai bersama baju kurung ini.
              “Ini encik.” Sua aku kepada lelaki tadi. Wanita cantik itu merapati lelaki itu dengan lengang lenggok.
              “Bagus pilihan you sayang. Memang cantik baju dan selendang ni. Terima kasih yer adik.” Kata wanita tadi dengan senyuman. Baju yang aku minat tadi digantung semula. 
              “Saya bukan bekerja dekat sini,” balasku dengan senyuman. LElaki tadi agak terkejut namun dia hanya terus membuat bayaran di kaunter.
              Selesai membuat bayaran wanita tadi sekali lagi mengucapkan terima kasih dan melemparkan senyuman manisnya. Namun hampa lelaki tadi masih tak ada perasaan. Cuma bila dia melalui aku dia menundukkan kepalanya sedikit tanda terima kasih.
              Aku terus berlari mendapatkan baju yang aku idamkan tadi. “Yan…akak nak cuba bau ni. Fitting room mana” Budak perempuan bernama Yan itu agak terkejut namun ketawa bila melihat aku memeluk baju kurung ditanganku itu.
              “Dapat juga akak baju ni.” Kata budak perempuan berbaju hitam yang sedang menguruskan kaunter bayaran ketika itu.
              “Nasib baik dapat dik, kalau tak rugilah korang.” Ketawa terburai. Aku hanya tersenyum kepuasan.
              Setelah mendapatkan berberapa barangan yang aku perlukan aku terus membayar tiket parking. Sekali lagi aku berselisih dengan encik bermuka straight tadi. Hisshh…dia memang tak tunjukkan sebarang riak muka. Confius aku.

             

             

Thursday 21 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-10

 (Tired after 2 years)

              Don’t ever blaim my department on this metter. We are just follow the rules and bear in your mind that we have minutes it in last meeting. The SOP has been given and still nobody wants to follow it. This cannot 100% blaim on us Aku bersuara lantang. Steve terkedu. Bilik mesyuarat menjadi gamat.
              But Amy…this is cause by your side. Your department have not taking care of the item until this major things is happen.” Steve masih mahu bertegang urat dengan aku. Aku hulurkan Minutes of Meeting dan beberapa report.
              Look here, my inspector has been told all of you that the tank is not completed weld. We found so many defects during the visual inspection. You have signed this paper and I do believe that you acknowledge the problem. During the last meeting you have been agreed that  even we haven’t  meet the schedule we must follow the standard and what happen after that, you abanden our instruction and just do what you wanna do. As the HOD, I should ask my manpower to not handle this thing anymore.” General Manager Mr. Fei hanya menepuk dahi. Bukan niatku untuk bertelagah bergini tapi bahagian Production sudah melampau. Kami dikudakan. Quality Control Department tidak lagi mempunyai kuasa istimewa.
              Setelah dileraikan oleh ahli mesyuarat yang semuanya lelaki kecuali Fanny setiausaha Mr. Fei, jalan penyelesaian telah diambil. KPI bahagian Production akan ditolak memandangkan mereka tidak melakukan kerja mengikut Standart Operating Procedure seperti yang disarankan oleh ISO 9001:2008. Aku menggeleng kepala. Syarikat ini memang menguji kesabaranku.
              Aku dipanggil Fanny untuk bertemu Mr. Fei. Aku dah tahu. Ini mesti tak puas hati sebab aku malukan Steve tadi. Tapi aku rasa tindakan aku betul. Aku melangkah dengan yakin. Bunyi kasut tumit tinggiku berdetak kuat di lantai jubin. Sejak mengambil alih bahagian QC yang menjadi kerusi panas syarikat ini hidup aku bagai tak sempurna. Ada sahaja kesalahan yang nak di letakkan dibahu aku.
              “Amyliana, please sit down.”Mr. Fei bermuka manis.
              “I understand your situation regarding this matter but it is much more serius. We have to work as team. Not pointing other to solve the problem.” Mr. Fei cuba menyalahkan aku.
              Mr. Fei… in the beginning of the meeting I already put my self in a silence mood. I am not even a word, speak anything about this issue but when the production guy already over their limit I cannot stand to keep quiet anymore. This is related to my department. We have no power to control the production they won’t listen. Put your self in my inspector’s shoes. They work so hard then they have been blaim because of others mistake. Will you keep quiet?” Nada semakin keras, aku cuba mengawal emosi. Kalau silap langkah ku mungkin orang tua ni akan masuk ICU nanti.
              Aku dan Mr. Fei berbincang lagi. Itu dan ini, cara menyelesaikan masalah kami dan akhirnya aku terdiam.
              Look like we have no consensuson on this matter.” Mr. Fei menghulurkan sesuatu padaku. Sampul surat. Aku bagai sudah mengagak apa yang akan dilakukan syarikat ini kepadaku. Termination Latter dengan pampasan lima bulan gaji seperti yang tertera didalam surat tawaran kerja dulu.
              Thanks Mr. Fei for this latter, I don’t think that this will end like this. You have done the same thing to my ex-boss and now to me. Anyway thanks for let me to serve this company.” Ahhhh… bengangnya.
              Aku terus keluar. Aku melangkah, sama seperti mana bekas boss aku melangkah pergi. Seluruh Department aku bagai sudah tahu keputusan perbincangan aku dan Mr. Fei. Razlan hanya menundukkan wajah. Projek hasil tangannya yang pertama memang tak disangka membuatkan aku di buang kerja.
              Yus memandang aku sayu. Aku mencapai kotak untuk mengemas barangku. Aku mula rasa sebak. Dua tahun berbakti disini banyak yang aku pelajari tapi nampaknya bakat dan kesungguhan aku disia-siakan. Steve dari dulu sengaja membuatkan aku dipandang kecil pihak pengurusan. Nampaknya agendanya berjaya
              “Mem..”panggil Norlida, kerani bahagian QA/QC. Aku hanya berdehem menjawab. Sejak menjawat jawatan ini hampir setahun aku menjadi keras hati dan sentiasa bersikap tegas dengan staff-ku. Dalam tegas aku selitkan apa yang patut mereka lakukan. Aku cuba untuk menjadi ketua yang bertolak ansur bila mereka menghadapi masalah.
              “Mem…” Norlida mencapai tanganku. ‘Mem’ adalha gelaran yang diberikan En. Saifuddin bekas majikanku sebelum dia berkemas seperti aku sekarang.
              “Lepas ini kamu semua kena panggil Amy ‘Mem’. She will replace my seat and I hope she will be here for a long time. Apa-apa masalah sekali pun saya harap kamu dapat bekerjasama. Amy sememangnya muda dari kamu tetapi kini dia boss kamu. Amy…be strong and naikkan nama department kita semula.” En Siafuddin melangkah pergi.
              “Maaf semua. Saya dah berusaha dan saya terpaksa tinggalkan kalian semua. Yus mulai sekarang awak perlu lebih tegas dengan inspector  awak. Ingat, QC only belive fact and figure. Used your eyes and don’t trust anyone. Buat kerja kita seolah-olah itu hidup kita. Saya minta maaf sepanjang menguruskan kamu semua banyak kekurangan saya. Saya tegas bukan sebab nak berlagak. Tapi saya nak kalian faham ada perbezaan antara kita. Abang Mus, be focus 100%. Syam, baca banyak sikit code and regulation.
              Kalau selepas ini saya susahkan kalian saya minta maaf. Saya hanya mahu kita bekerja secara professional. Kak Lida. Tolong tengok budak-budak ni ya. Amy akan rindukan akak.” Aku memaut lengan Kak Lida. Dia dah sedu sedan menangis.
              Yus dan yang lain turut kelihatan sebak. Selum sempat aku melangkah Steve masuk ke pejabat kami.
              “I have told you don’t be too smart. See what happen” Steve dan Ah Kim menegurku sinis.
              “Kau tu yang gila kuasa Steave” Yus mula melenting. Tak guna nak mempertahankan aku. Mereka takkan mudah ditundukkan.
              “Apa you dapat bila macam ni. Kan bagus you just admit sahaja kesalahan you tadi.” Steve menambahkan api kemarahan. Pergaduhan bagai mahu bermula. Aku memandang kesemua staff dibawahku dengan pandangan berkerut. Semua terdiam.
              Steve, I hope you satisfy with what just happened today. As u understands we go out we get better offer. But u stay here makes trouble, and then interrupts others problem, you just suffering others life and last u got nothing.At last my department get increament for what they did. Knowledge for what they learn and experience for what they done but you. You got nothing…just nothing.” Aku senyum puas bila Steve mula bengang dan meninggalkan pejabat kami.
              Di luar syarikat kelihatan beberapa pekerja menghantar pemergianku. Mereka diantara pekerja yang selalu berungut dengan politik kotor disyarikat ini. Tak sangka aku yang mendengar rungutan aku pula yang tersingkir dulu.
              Aku mendekati Fanny. “My check will not be bounce is’nt it?” soalku sambil berseloroh.
              Nope, already flow in your account with angrily by the eagle.” Kata Fanny merujuk kepada Financial Controller.
              Aku bersalaman dan memberi kata semangat kepada yang mengiringiku kekereta. Vios hitam ini nampaknya akan bercuti panjang mulai esok. Duduk dirumah berehat sambil mencari kerja.
              Selamat tinggal A&D Holding. Terima kasih.