aa

aa

Thursday 21 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-7

(It’s start with like)

              Aku dan rakan-rakan masing-masing sibuk menguruskan kuliah kami. Assignment yang berlambak kami cuba sama-sama selesaikan. Semester ini kami akan melakukan amali projek. Inilah semester dan tahun terakhir kami. Aku memilih Prof Halim sebagai penyelia. Bukan senang nak dapat Prof Halim ni. Prof aku ni kira senior prof. Dia diantara tenaga pengajar yang paling cool. Tapi aku pernahlah sekali kena tegur dalam kelas dia. Tapi mujur aku ni boleh menjawab semula soalan dia.
              Aku memasuki bilik Prof Halim yang dah macam bilik Bilbo Baggin dalam cerita Lords of the Ring. Buku bersusun di setiap ruang. Rasanya hanya muat untuk dia jalan sahaja. Aku pun jalan perlahan-lahan. Takut buku dari bahagian atas jatuh menghimpap aku. Patutlah Profesor aku ni selalu dapat anugerah.
              Setelah aku membincangkan perkembangan projek aku selama beberapa minit dengan Prof. Halim aku terus ke makmal kajian. Kelas aku semester ni tak banyak sangat. Dua kelas. Maka masa terluang yang ada aku gunakan untuk menghabiskan kajian aku. Banyak jugalah yang aku pelajari dalam kajian aku.
              Ann tiba di makmal aku jam tiga petang. Dia mungkin dah kelaparan maklumlah kajiaannya dikelilingi dengan makanan. Pae pula tak hantar sms atau call. Mungkin kepenatan. Pae melakukan kajian berkaitan dengan seramik. Setiap minggu kami akan ke PD mencari bahan untuk kajian Pae yang merupakan pasir.
              Aku membuka pintu makmal seperti biasa. Setelah mengunci bilikku dan memberitahu senior yang aku nak pergi keluar makan, aku terkedek-kedek keluar. Aku nampak Pae dan Ann melambai aku dari kerusi rehat yang disediakan pihak fakulti. Setelah berbincang kami membuat keputusan untuk makan di bagunan pentadbiran.
              Dari jauh aku nampak Abang Man melambai. Amboi budak-budak ni, sejak kenal Abang Man, lelaki tu dah jadi macam sebahagian dari kami pula. Banyak juga mata yang mengenali Abang Man mencuri pandang. Ada juga yang sibuk-sibuk bertanya.
              Abang Man hanya akan menjawab. “Saya makan dengan adik-adik saya” bila ada yang bertanya. Aku dulu malu-malu lah juga dengan Abang Man ni. Tapi dah lama-lama kami dah jadi serasi.
              Hidangan di meje menarik minat kami berempat. Sambil berbual mesra, aku membaca majalah yang dibeli Ann. Majalah actor Korea yang digilai kami bertiga. Sanggup  kami menghabiskan masa berjam-jam di depan TV untuk menonton cerita Gong yang sangat popular ketika ini. Aku seperti biasa suka watak yang payah nak disukai orang. Bermati-matian aku menyokong Shin Goon sedangkan Ann dan Pae pula menyebelahi Yul Goon.
              Dalam kerancakkan kami berbual, tiba-tiba mata aku terpandang seseorang. Lelaki, rambut berfesyen panjang sehingga kolar tapi kemas. Lelaki itu berkaca mata hitam. Kakinya panjang sesuai sangat dikenakan dengan seluar Slack berjalur halus warna hitam begitu. Bajunya sedikit fit pada tubuh. Bila sesekali angin bertiup rambutnya melambai-lambai. Aku macam terpesona pulak memandangnya, memandangkan dia berada benar-benar di hadapan aku. Ada seorang lelaki menemuinya dan kemudian dia bercakap di talian talefon bimbitnya yang nampak mahal. Bila dia membuka kaca matanya aku betul-betul kena panah cupid. Mata dia macam mata Sailormoon bersinar-sinar.
              Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan semula kearah majalah bila matanya macam dapat mencari mata aku yang sibuk menerjah muka dia. Abang Man menoleh kebelakang. Agaknya dia mencari apa yang aku pandang. Jika tidak pun dia perasan yang aku pandang dia. Minta jauhlah.
              Aku minta diri ke tandas bila lelaki tadi bergerak bersama kawannya. Tingkah laki ni mysterious. Memang menarik minat aku nak mengekorinya. Tapi dengan tiba-tiba lelaki tu hilang dari pandangan. Semuanya gara-gara Ann yang melaung nama aku ditengah dataran. Aku menoleh kanan dan kiri. Rasanya dia patut tak jauh dari kawasan sekeliling. Tapi hampa.
              Entah kenapa sepanjang perjalanan pulang ke kolej kediaman kami aku lebih banyak berdiam. Wajah lelaki tu memang melekat kuat dekat otak aku. Macam ada plaster atau gam UHU yang digunakan untuk menampal dia. Wajah dia tenang. Itu yang membuatkan aku terpegun. Amboi Amy, sejak bila jiwang ni.
              Lagu yang dimainkan oleh abang rambut kertak yang bawa bas masa ni macam tahu-tahu sahaja perasaan aku yang dibuai angau. 

Bayangan Gurauan
Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari
Di himpit perasaan
Bayangan gurauan

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Melambai dan terus menyepi

Jangan biarkan ku ternanti-nanti
Usah benarkan masa berlalu pergi
Cintamu oh! gadis misteri
Adakah kekal dan abadi

Andai di berikan emas permata
Ku pilih senyumanmu
Andai kupunyai mahligai indah
Ku hadiahkan untukmu

Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam
Takkan kubiarkan kau tenggelam

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat ku kenali
(Belum puas ku temui)

No comments:

Post a Comment