aa

aa

Wednesday 27 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-13

(Miss Amyliana)

              Setelah hampir sebulan lebih menanam anggur di kampung halaman, akhirnya buat kali pertama aku dipanggil untuk di temuduga. Aku mengenakan baju kurung moden yang aku beli di Shah Alam dua bulan lepas. Cantiknya baju ni… (bukan cantiknya aku tau…).
              Aku melangkah dengan sopan santun. Gadis comel yang menyambut tetamu di front desk memberikan senyuman yang menawan. Cantiknya budak ni. Rasanya awal 20-an ni.
              “Boleh saya bantu cik?” Soal gadis tadi. Amboi…senyuman menawan. Mujurlah aku tak ada adik. Kalau tak, aku pasangkan budak ni dengan adik aku.
              “Saya datang untuk interview. Boleh saya jumpa Puan Halimah?” Aku menunjukkan email yang aku print dari laptop aku semalam.
              “Oh, sila duduk dulu.” Gadis tadi membawa aku ke bilik menunggu yang dihias cantik. Ada meja bulat dan beberapa sofa. Aku juga dihidangkn dengan kopi 3 in 1.
              “Sila tunggu sebentar ya, nanti saya maklumkan Puan Halimah. Kalau ada apa-apa boleh panggil saya diluar.” Manis senyuman gadis itu. Memang wajar dia diletakkan dibarisan paling hadapan. Menawan kalbu.
              “Terima kasih. Boleh saya tahu nama?”soalku. Bila gadis tadi menyedari dia belum mengenalkan diri cepat-cepat dia memberitahu namanya. “Nama saya Aulia Syuhada. Cik boleh panggil saya Aulia.” Jawab gadis tadi kemudian berlalu ke mejanya melakukan tugasannya.
              Hampir lima belas minit menanti, aku disapa Puan Halimah. Puan Halimah ini bertudung tapi nampak sangat elegan.
              “Cik Amyliana, maafkan saya lewat sedikit. Sebenarnya mengikut perancangan awal saya akan menemuduga cik Amyliana, tapi memandangkan bos kami memerlukan pembantu dengan segera, maka dia sendiri akan menemuduga Cik Amyliana.
              Aku bagaikan  cicak tertelan kapur. Alamak, macam mana ni. Kalau bos syarikat ni jenis yang bengis dan serius. Aku takut pula. Kalau yang jenis gatal, lagi parah.
              Melihat muka aku yang macam tak berapa selesa itu, Puan Halimah segera menenangkan aku. “Jangan risau, bos kami tak seteruk department manager. Department manager lagi tegas berbanding bos. Maklumlah mereka kena tapis betul-betul.” Seloroh Puan Halimah cuba menenangkan aku.
              Kalau semua ok, boleh saya bawa Cik Amyliana berjumpa dengan bos kami sekarang?” Kata Puan Halimah sambil menghadiahkan senyuman yang manis kearah aku. Aku terus-terusan berdoa semoga temuduga kali ini berjalan lancar.
              “Assalamualaikum En. Hariz, boleh kami masuk?” Pintu diketuk dan dibuka. Ada seorang lelaki beperwatakan menarik sedang kusyuk melakukan kerja.
              “Hmm…”balas lelaki itu. Nampak gayanya bos syarikat ini muda lagi. Gaya dan penampilan pun nampak muda.
              “En. Hariz, ini calon seterusnya, Cik Amyliana Mohd Idris,” kenal Puan Halimah. “Amyliana, ini CEO syarikat ini En. Hariz Iskandar Tan Sri Yunus Shah.” Puan Halimah memperkenalkan aku nama CEO-nya secara berbisik bila tiada respond dari CEO syarikatnya itu. Kalau dia tak kenalkan tadi, Insya Allah aku akan pergi semula padanya dan tanya.
              “This is our last candidate right?” soal En. Hariz. Wajahnya masih menghadap skrin laptop.
              “Yes En. Hariz, for today. Esok masih ada lagi berberapa calon” jawab Puan Halimah.
              “Thanks, you may go now.” En. Hariz mengangkat mukanya. Pekara pertama yang aku dapat katakana setelah melihat muka En. Hariz adalah, cantiknya mata dia. Berkaca-kaca macam Sailormoon. Oh, aku terpukau.
              En. Hariz kemudiannya meminta Puan Halimah membawakan minuman untuk kami berdua.
              “Ok, describe yourself please.” En. Hariz kembali menghadap skrin laptopnya.
              “My name is Amyliana  Mohd Idris. Graduated in Physic Science study.” Aku mati kutu. Apa aku nak goreng CEO depan aku ni.
              “Hmm… I ada baca resume you, and I surprised. Kenapa you apply position ni. You tahukan I sedang mencari pembantu peribadi untuk menguruskan hal pejabat dan sedikit hal peribadi I?” soal En. Hariz. Tangannya sudah berhenti menaip dan dia sudah pun memberi sepenuh perhatian kepada sesi temuduga ini. Seketika aku lihat dia bagai termenung. Untuk mengelakkan kegugupanku, aku cuba duduk dengan tegak dan membengkokkan sedikit kakiku ke kanan supaya selesa.
              “Sebenarnya, saya sebelum ni bekerja dalam bidang Engineering. Namun memandangkan ada sedikit masalah untuk menyesuaikan diri saya mengundurkan diri. Saya tahu En. Hariz mencari calon Personal Assistance. Memandangkan saya mempunyai pengalaman menguruskan staf dibawah saya rasanya tak ada masalah untuk membuat perancangan dan membantu En. Hariz.” Jawabku setenang mungkin.
              “Dulu di syarikat lama awak bekerja sebagai apa?” Tanya En. Hariz berminat.
              “Saya QA/QC Assistance Manager” jawabku. Ada keluhan halus terlepas dari rongga pernafasanku.
              “Wow, bagus. Kenapa tak apply the same position here?” En. Hariz membuatkan aku kebuntuan.
              “Sebenarnya saya nak lari dari kerja yang memeningkan minda saya. Kerja dibahagian QA/QC bagus, namun kebolehan saya adalah dari segi perancangan dan pengurusan. Bidang ni dah jadi cita-cita saya sejak berlajar dulu.” Aku cuba bersikap jujur. Lantaklah apa pun yang akan berlaku nanti.
              “Oh, begitu. Baiklah cuba awak jelaskan kepada saya jika awak diminta untuk menguruskan hal pejabat saya, adakah saya perlu mematuhi segala urusan yang ditetapkan atau awak akan bekerja mengikut acuan saya?” Soalan En. Hariz merupakan soalan psikologi.
              “Saya akan ikut pertimbangan En. Hariz tetapi akan berusaha agar En. Hariz memenuhi sagala urusan penting yang dijadualkan,” jawabku. Rasanya itulah yang terbaik aku mampu lakukan.
              “Kenapa?” soal CEO Prism Holding itu.
              “Sebab hanya En. Hariz yang tahu kemampuan En. Hariz memenuhi tuntutan kerja setiap hari. Saya hanya boleh merancang dan mengaturkan, namun kuncinya tetap pada En. Hariz, sama ada boleh buat atau tidak. Jika boleh saya nak adakan situasi menang-menang.
              “Menang-menang?” soalnya pelik. Entuk pengetahuan korang, dia sikitpun tak senyum semasa menyoal aku. Muka dia macam tak bagi sebarang respond. Cuma sesekali dia akan mengalihkan wajahnya ke skrin laptop. Bertambah stress aku.
              “Yer, menang-menang. En. Hariz tak penat, kerja tak bertangguh, keperluan En. Hariz untuk menjalankan tugas dipenuhi dan  bila pulang kerja En. Hariz dah tak perlu fikir soal kerja selainkan hal peribadi.
              “Kalau saya minta awak lakukan tugas diluar bidang pekerjaan dan menjurus kepada hal peribadi?” En. Hariz menyoal balas semula.
              “Saya hanya akan menurut perintah selagi tidak melanggar undang-undang negara dan agama serta tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai pekerja.” Betul kot jawapan aku tu. Lantak lah kamu Amy.
              “Saya sedikit serius semasa waktu bekerja dan kadang-kala banyak hal yang berada diluar kawalan saya. Saya kebiasaannya sedikit perfectual. Kalau sesuatu pekara itu perlu berbentuk bulat saya sentiasa mahukannya bulat. Boleh awak lakukan?” Soalan ini macam melantunkan semula perangai aku. “Dia ni pun cerewet juga ke?” soal aku dalam hati.
              “Saya fikir ini bukanlah masalah yang besar buat sata. Masalah berada dimana-mana. Saya harap saya dapat menyesuaikan diri dengan cepat.” Aku cuba mencari wajah lelaki dihadapan aku. Seperti yang aku katakan tadi, aku tak dapat nak baca riak muka dia. Tiba-tiba aku teringat lelaki yang aku jumpa semasa membeli belah di Shah Alam dulu. Ya…inilah lelaki yang sama dengan yang dulu. Agaknya dia tak perasan aku kot.
              “Baiklah, saya tak ada masalah dengan gaji yang awak minta. Rasanya nanti HR saya akan beritahu tentang keputusan temuduga ini pada awak.” En. Hariz kembali meneruskan kerjanya.
              “Terima kasih En. Hariz. Kalau tak ada apa boleh saya keluar dulu?” pinta aku dan bila dia mengangguk aku cepat-cepat mengangkat punggung dan keluar tetapi masih mengekalkan kesopanan dan ketatasusilaan aku.
               Seketika kemudian Puan Halimah datang menghampiri aku. Aku dibawa ke biliknya. Suspend juga dibuatnya. “Dia nak marah aku sebab beri jawapan yang pelik-pelik dengan CEO dia tadi ke?” soalku dalam hati.
              “Tahniah Cik Amyliana. En. Hariz baru sahaja menghubungi saya tadi dan awak diterima bekerja di syarikat ini sebagai Pembantu Peribadi kepada CEO syarikat ini iaitu En. Hariz sendiri. Kami akan menyediakan Surat Tawaran Kerja atau Offer Letter untuk awak baca dan tanda tangan. Jika tiada masalah awak boleh mula bertugas pada awal bulan hadapan iaitu Isnin minggu depan.” Terang Puan Halimah agak laju membuatkan aku terpinga-pinga. Aku cuba mengelipkan mata berkali-kali.
              “ Betul ke semua ini?” Tanya aku pelik. Baru seminit melangkah keluar, aku sudah dikejutkan berita sebegini.
              “Ya Cik Amyliana. Saya pun sedikit pelik sebab selalunya En. Hariz jarang mengambil pekerja dengan sekali temuduga. Apa-apa sekali pun tahniah. Cuma awak dikehendaki menghadirkan diri pada hari Jumaat ini untuk mengambil, memahami dan menanda tangan Surat Tawaran Kerja. Awak juga dikehendaki mendengar sedikit taklimat berhubung skop kerja awak pada hari berkenaan” jelas Puan Halimah sambil tersenyum manis melihat wajahku yang teruja.
              “Puan, boleh saya tahu apakah dress code di syarikat ini?” Soalku setelah membuat sedikit kajian semasa memasuki bilik En. Hariz tadi. Aku lihat rata-ratanya berkemeja dan menyarungkan jaket. Adakah dress code disyarikat ini memerlukan aku berpakaian begitu.
              “Oh, lupa saya nak menerangkan. Bagus juga Cik Amyliana bertanya. Senang untuk Cik Amyliana membuat persiapan nanti. Di syarikat ini kebiasaannya Isnin sehingga Khamis pekerja wanita dikehendaki mengenakan kemeja atau baju blaus yang dikenakan dengan seluar atau skirt. Hari Jumaat baju kurung atau kebaya. Untuk ibu mengandung ada kelonggaran. Pada hari Jumaat nanti Cik Amy akan diberi penerangan tentang tatacara kerja dan personaliti di tempat kerja. Lebih-lebih lagi Cik Amy yang akan selalu berada disamping En. Hariz. Cik Amy akan dilatih oleh Personel Manager kami sendiri. Sepatutnya Cik Amy perlu melalui Orentasi kerja selama seminggu tetapi atas permintaan En. Hariz sendiri tadi, Cik Amy hanya akan menjalani sesi orentasi bila ada kelapangan.” Penerangan Puan Halimah aku fahami.
             


No comments:

Post a Comment