aa

aa

Tuesday 19 July 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-5

 (The Revenge)

              Bakul berisi perlatan mandian milik Syasya kini bertukar tangan. Seminggu sudah cukup untuk aku, Ann dan Pae membuat kajian mengenai mangsa-mangsa kami.
Nama: Syasya.
Umur: 21 tahun. (Lahir bulan 5)
Jurusan: Sains Komputer.
Tempat Tinggal: Tinggal di bangunan asrama bersebelahan kami di tingkat dua North Wing.
Perwatakan: Gedik sangat. Dia memang terkenal dengan sikap suka merampas boyfriend orang. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai dia telah pun merosakkan hubungan Kak Aida Shuhada yang duduk di Block B Tingkat 4 South Wing dengan boyfriendnya yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Mechanical Engineering. Kelemahan budak gedik ni adalah lipas dan cicak. Aku dapat banyak juga aduan yang memang boleh disabitkan kepada budak gedik ni. Antaranya dia suka melalak time mandi dan dia ni clumsy sikit. Dia suka keluar masuk bilik dia sebab tertinggal barang. Nampaknya semua kelemahan dia ni menyebelahi aku untuk rancangan seterusnya.
           Antara kami bertiga Pae adalah kawan yang paling berani dan banyak member laki kamcing. Maka urusan lipas dan cicak kami serahkan kepada Pae. Ann pula paling peramah. Maka urusan memancing aktiviti budak gedik tu kami serahkan kepadanya. Aku…aku best palnner. Memang selama ni aku yang uruskan planning. Genap seminggu bila budak tu dah relex dari ketakutan dia pada ugutan aku masa perjumpaan kami hari tu aku dan lain-lain memulakan rancangan kami. Secara tidak langsung rancangan kami sebenarnya mendapat sokongan orang dalam bilik budak gedik tu. Bila kami tanya alasan budak tu dia kata Si Gedik tu memang suka cari pasal. Apa paling best dia tahu sigedik tu main kayu 5 dengan Apis. Nasib kaulah Apis.
              Rancangan kami dimulakan dengan mengalihkan mangsa-mangsa yang bakal dituduh nanti. Ketiga-tiga rakan sebilik Si Gedik tu aku suruh pergi shopping di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mencipta alibi bagi mereka.
              Seperti dirancang, Sabtu yang indah dan seronok untuk memulakan kerja-kerja kami. Ketiga –tiga roommate Syasya keluar. Sempat lagi Aini memberi kami SMS yang mengatakan Si Gedik tu masih lena dibuai mimpi lagi. Ann memulakan rancangan dengan berpura-pura jadi pengguna tandas di tingkat tersebut. Minah tu siap menguap sakan lagi. Ann menukar bakul berisi barang mandian Syasya dengan bakul baru yang kami sediakan. Mengikut perangcangan Ann akan menukar syampu budak tu dengan satu cecair baru. Pada mulanya aku macam tak setuju pula nak guna “syampu” tu. Tapi setelah aku korbankan rambut aku sikit nampaknya tak ada kesan sampingan dan cuma rambut aku kejong sikit.
              Rancangan kedua bermula bila Ann keluar dari tandas. Aku memainkan peranan dengan mengetuk pintu bilik budak tu berkali-kali. Aku upah seorang budak yang lalu lalang kat situ untuk bagi tahu yang ada orang tunggu Syasya di luar asrama. Syasya tak perasan yang berdiri disebelah budak tu aku. Aku macam biasa, bertopi dan baju bola keranjang aku. Kononnya aku ni tomboy dan kawan budak tu lah.
              Syasya bergegas keluar bilik dan seperti aku agak dia memang clumsy sikit. Dia bukan sahaja tak kunci pintu bilik, malah tak tutup. Pae memulakan rancangan bila line clear. Budak tu akan mandi selama lima belas minit mengikut tinjauan kami. Kadang kala dua puluh minit. Lima minit yang pertama Pae menyusup masuk ke bilik Syasya dan memasukkan lipas kedalam almari pakaian Syasya. Bukan seekor dua. Aku yang tak suka lipas ni pun takut tengok. Pae memang hebat. Gemuk-gemuk lipas tu. Untuk rancangan ni kami dah buat langkah berjaga-jaga. Penyembur racun serangga yang selalu digunakan Aini kami letakkan atas almari. Bilik tu memang banyak lipas. Tapi tak sebanyak lipas di tangan Pae.  Kami ni taklah jahat sangat. Takut juga nanti budak tu pengsan.
              Ann memberi isyarat yang budak tu akan habis mandi mengikut senarai lagu yang dia biasa melalak dalam bilik mandi. Menyanyi bagai nak rak. Ingat suara tu sedap sangat kot. Pae mengambil alih tempat Ann. Tiga ekor cicak mungkin sudah cukup untuk membuatkan budak tu melompat. Bila tuala yang disangkut di pintu ditarik, Pae terus melepaskan cicak-cicak tersebut. Ann lari dulu sebab dia memang penakut dan penggeli. Kami buat kerja professional. Macam Charlie Angles. Satu bunyi ketawa atau jeritan pun tak ada. Dalam kiraan tiga Pae cepat-cepat melarikan diri. Tak sampai sesaat budak tu menjerit macam org gila dan kemudiannya berlari lintang pukang. Menangis teresak-esak ketakutan balik ke biliknya. Nasib baik berbaju. Kalau tak lagi naya.
              Aku dan Ann mengambil tempat masing-masing. Kami memerhati dari jauh. Sekali lagi budak tu menjerit. Aku rasa kali ini sure dia dah nampak lipas-lipas tu. Aku, Pae dan Ann penat menahan ketawa bila kami dengar dia mengetuk lipas-lipas itu dengan bekas penyembur racun serangga tu. Apalah budak ni. Kita agakkan dia akan terus sembur sahaja lipas-lipas tu, rupanya lembab juga. Perkara paling akhir aku dengar, dia meraung. Punyalah kuat sampai rakan-rakan sebelah menyebelah dia keluar bilik. Seperti yang dirancang kami keluar dari kawasan panas itu dengan rasa sangat gembira. Budak tu menagis teresak-esak tapi tapi tak ada sesiapa pun nak pujuk dia.
              Itulah balasan terhadap sikap dia yang terkenal. Suka merampas hak orang, sombong, bangga diri dan tak pandai hormat orang. Aku tinggalkan tag kuning kedua sebagai tanda hutang dah terbayar. Tag kuning tu memang sepasang. Ia adalah rangkaian kata yang meberi maksud balasan untuk kamu dah tiba.
              ‘Selamat menikmati hari-hari indah anda’ dan ‘You deserve it’. Kedua tag itu aku kumpul semasa aku keluar membli belah dulu. Kebetulan kedua-duanya kuning. Mungkin Syasya ingat aku tak akan mengambil tindakan memandangkan tag ‘Selamat menikmati hari-hari indah anda’ tu sangat cantik dan berbunga-bunga. Tapi dia mungkin sangat terkejut bila melihat ‘You deserve it’. Tag gambar tengkorak tu aku kumpul semasa membeli belah dengan Apis semasa membeli baju dan beg dia disebuah kedai dulu.
              Kami meraikan kejayaan kami dengan makan diluar. Aku nampak Apis menunggu Syasya diluar asrama. Syasya keluar dengan memakai sweater dan cermin mata hitam. Rambutnya keras dan mengerbang. Kami ketawa bagai nak putus urat perut. Kata Pae, syampu tu mengambil masa seminggu lebih untuk hilangkan kesannya. Tapi kalau budak tu banyak duit, dia boleh pergi salon rambut dan  mungkin cepat sikit rambutnya kembali ke bentuk asal.
              Segala bahan bukti telah kami lupuskan. Syampu yang kami gantikan tadi dah pun kami tukar balik dengan yang asal. Aku memandang Apis yang sibuk melayan rengekan Syasya dengan penuh sabar. Aku dulu tak pernah buat begitu. Bukan tak mahu tapi aku segan. Lagi pun tak manis. Agaknya ini yang Apis mahu. Teman wanita yang manja. Aku ni ganas.
              Hati aku menangis. Walaupun kami bertiga sedang ketawa tapi hati aku sedih sekali. Apis terpandang kami yang sedang leka berbual-bual. Dia melarikan wajahnya bila aku memandang kearahnya. Syasya masih merengek. Bila melihat aku dan yang lain Syasya terus terdiam. Aku dan yang lain buat bodoh sahaja. Cuma sesekali aku buat muka nak balas dendam. Nanti aku jadi suspek utama pula kalau tiada sebarang respon dimuka.
              Ann bercakap dengan seseorang melalui talefon. Dia kemudiannya terkinja-kinja berlari kearah kami.
              “Wei jom siap….Abang Man ajak pergi Port Dickson. Dia dengan kawan-kawan dia ajak kita berkelah.
              “Jom Amy…lama kita tak pergi berkelah. Kalau duduk sini pun banyak pengkhianat negara.” Perli Pae membuatkan Syasya berhenti menangis. Takut agaknya dengan ucapan sinis Pae.
              “ Jom….” Ann dan Pae menarik aku naik ke asrama. Kami dah rancang nak tidur di PD. Tidur dalam khemah. Kami pakat bawa khemah Kak Juriah yang boleh memuatkan kami bertiga. Kak Juriah atlet negara. Dia memang suka aktiviti lasak, maka banyaklah barangannya yang boleh kami pinjam. Dapur gas mudah bawa dia pun kami pinjam. Depositnya adalah buku  4 buah buku komik jepun kepunyaan Pae. Baju mandi dua helai, baju pakai dua helai, kain batik, tuala, plastic sampah dan barang-barang mandian lain.


No comments:

Post a Comment