aa

aa

Tuesday 2 August 2011

AMY BOOKS OF LIFE-16

Monday, 1st July 2011

                “Selamat pagi Aulia Syuhada” sapaku bila kami bertembung di hadapan lif. Aulia manis tersenyum.
            “Selamat pagi. Akak dah mula kerja hari ini ya?” Soal Aulia. Rambut panjangnya disisir kebelakang.
            “Ya. Akak rasa nervous la,” kataku sambil ketawa kecil.
            “Buat biasa saja kak, Abang Riz tu ok.” Kata-kata Aulia buat aku terkedu. Aulia membahasakan En. Hariz sebagai Abang Riz. “Adik beradik ke?” Tanya hatiku.
            “Harap-harap begitulah.” Aku membalas senyuman Aulia.
            “Aku menanti Puan Halimah dibilik menunggu. Katanya Jumaat lalu aku akan diperkenalkan dahulu kepada staf di Shah Putra Engineering  Berhad sebelum memulakan tugasku. Aulia berkali-kali keluar masuk menemui aku. Agaknya dia mahu berkawan dengan aku. Aku juga tak memilih nak berkawan dengannya. Budaknya baik dan bersopan santun.
            “Abang Riz selalu masuk lambat sikit. Kalau dia marah akak, akak cakap dengan Lia. Lia marah dia balik. Aulia membuatkan aku tertanya-tanya siapakah dia dan apa kaitannya dengan En. Hariz. Belum sempat aku bertanya Aulia, Abang Am sudah mendekatiku.
            “Selamat pagi Amy. Dah kenal Aulia?” soal Amley. Aku mengangguk
            “Abang dah masuk ke?” soal Aulia.
            “Abang Aulia stuck in traffic jam. Lewat sikit masuk.” Amley dan Aulia berbual sesama mereka.
            “Hmm… boleh Kak Amy tanya sikit tak Aulia?”soalku.
            “Boleh, apa dia?” Jawab Aulia dengan senyuman dibibir. Amley juga tersenyum.
            “En. Hariz tu abang Aulia ke?” soalku takut-takut.
            “Aulia dah agak akak tak tahu lagi. Yer. Aulia dan Abang Hariz adik beradik. Aulia ni adik bongsu. Abang Riz tu Abang Chik. Tapi tak ramai tahu siapa Aulia. Hanya kita berempat, Kak Halimah dan Kak Suzana yang tahu.” Aulia ketawa kecil. Dia dan Amley sama-sama tersenyum.
            “Hi semua. Happy nampak” sapa Puan Halimah. Wajahnya manis dengan senyuman.
            “Hai Kak Imah, cantik pagi ni.” Seloroh Amley. Nampaknya mereka rapat sekali.
            “Biasalah. Tapi cik puan kita lagi cantik” kata Kak Imah yang kemudiannya menjeling Amley dan Aulia.
            “Dia dah masuk ke kak? Habislah saya kali ni.” Amley seperti cemas dengan tiba-tiba. “Okeylah semua. I got to go. Kalau I kantoi payah pulak nak tulis laporan.” Amley tergesa-gesa keluar. Sebelum itu sempat dia menoleh kekiri dan kanan.
            “Aulia pun. Nanti kita borak lagi. Good Luck Kak Amy.” Aulia berlalu meninggalkan aku dan Kak Imah.
            “Jom akak kenalkan kamu dengan staf lain.” Aku membontoti Kak Imah. Aku dibawa berjalan-jalan ke sekitar pejabat. Mamasuki ke Jabatan Kejuruteraan, Lukisan Pelan, Perangkaan, Sumber Manusia, Kewangan dan Qualiti. Kemudian aku diperkenalkan kepada beberapa ketua jabatan dan orang-orang penting syarikat. Habis tawaf satu syarikat barulah aku dibawa berjumpa Setiausaha En. Hariz, Aliya. Aliya menyambut aku dengan mesra.
            “Cik Amy. Ni meja Cik Amy. Nanti saya panggilkan Abang Am untuk assist Cik Amy.” Alia menunjukkan tempat dudukku sebelum berlalu mendapatkan Amley.
            “Amy, jom ikut Abang Am,” pelawa Abang Am yang kemudian membawa aku memasuki bilik En. Hariz
            “Please have your seat.” En. Hariz bersuara bila aku dan Amley memasuki biliknya.
            “Am, where is the things?” En. Hariz menghulurkan tangannya kearah Amley yang sedang berdiri disebelahku. Pantas Amley mengeluarkan sesuatu dari beg kertas yang diletakkan disisiku.
            “I harap you boleh sesuaikan diri disini. Dalam dua minggu ni I mahu you dan Amley saling bekerjasama. This is your important gadget.” Hariz menghulurkan sebuah kotak berisi External Hard Disk kepadaku.
            “Dalam hard disk ini ada fail-fail penting yang mungkin I akan perlukan bila-bila masa jika I Outstation atau keluar jumpa client. I nak you and Amley master this thing first. Rasanya IT department dah prepares ID and email address untuk Amyliana right?” soal En. Hariz kepada Amley yang mengiakan sambil menundukkan kepalanya.
            “Bagus. Nanti kamu balik ke tempat kamu dan test run your email. Oh lupa I nak bagi tahu. I prepare a laptop for you same as Amley. This is company properties I harap you tahu bezakan and I nak you keep this two things together everywhere you go. As what I told you earlier I maybe akan minta any file in any time and anywhere.” En. Hariz masih menerangkan beberapa pekara yang perlu aku lakukan dan pelajari dari Amley.
            “Amley, the second thing.”pinta En. Hariz.
            Aku dihulur sebuah kotak yang membuatkan aku amat terkejut. I- Phone 4 bersama kad sim. Nampaknya aku tak dapat nak mengelak walau seminit dari En. Hariz selepas ni. Dengan adanya I-Phone nampaknya aku kenalah menjawab email-email dan mengaturkan jadualnya sepanjang masa. Aku hanya senyum. Abang Amley pula hanya mampu mengangkat bahu seolah mengetahui apa yang aku fikirkan.
            “I dah register this phone no for you to used. Used it wisely. Apa-apa you nak tahu you boleh tanya Amley sementara dia ada. I harap you can catch up dengan cepat.” En. Hariz  bangun dan berlalu ke mejanya. Aku dan Amley bagun meninggalkan En. Hariz.
            “Bagusnya Amy dapat I-Phone. Abang dulu bos tak bagi pun. Dia bagi PDA je.” Amley menunjukkan PDA nya pada aku. Aku hanya mampu senyum. Zaman dah semakin canggih. Pastinya En. Hariz mahu sesuatu yang memudahkan tugasan sehariannya.
            “Ok. Lepas ni Abang Am akan tunjukkan semua fail-fail penting dalam hard disk ni. Sebelum tu kita try run computer Amy dulu.” Amley mengambil alih tempat ku di hadapan laptop baruku.
            “Ini Abang Am salinkan detail semua client kita. Amy cuba send satu email greating dan kenalkan diri kepada mereka sebagai new PA kepada En. Hariz. Abang Am ada bagi email pagi tadi tapi eloklah kalau Amy sendiri greating our client and sub contractor serta orang-orang penting syarikat ni sendiri.” Amley duduk dibangku sebelah. Aku mula merangka ayat yang terbaik sebagai ucapan alu-aluan dan menyatakan aku merupakan P.A baru yang akan menggantikan Abang Am. Selesai menghantar email-email tersebut Inbox Outlook aku dipenuhi email yang mengucapkan selamat datang dan bekerjasama. Banyak juga senarai client, subcontractor, dan orang-orang penting syarikat. Malah aku juga perlu menghantar email kepada semua bord of director.
            Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Baru berkira-kira hendak mengajak Aulia keluar, tiba-tiba En. Hariz memanggilku dan Amley memasuki biliknya.
            “We lunch together. Please call Aulia also.” Pesan En. Hariz yang sudah melangkah keluar.
            “Your turn.” Amley menyiku lenganku meminta aku membuat panggilan talefon kepada Aulia. Aku memberitahu Aulia manakala Amley bergegas membontoti En. Hariz.
            Aku segera mengambil tas tangan dan berjalan pantas mendapatkan Aulia. Aulia hanya tersenyum bila melihatku.
            Kami berempat menaiki lif bersama. Aku hanya mendiamkan diri. Maklumlah ini hari pertama aku melakukan tugas. En. Hariz juga bukan seorang bos yang mesra. Maka aku perlu banyak bersabar.
            Amley membawa kereta syarikat. Aku duduk di bahagian hadapan. Sepanjang perjalanan Aulia sahaja yang bersuara. En. Hariz banyak mendiamkan diri. Sesekali dia menjawab pertanyaan Aulia. Amley juga begitu. Cuma aku yang paling pendiam.
            Kami makan di sebuah lobi hotel. Banyak yang dihidangkan namun satu  makanan pun tidak membuka seleraku. Tekak dan perutku tengah hari ini seolah-olah membuat mogok.
            “Makan Amy. Hari ni masih panjang”. Tiba-tiba En. Hariz menegurku. Mungkin dia nampak aku sedikit kurang berselera sedangkan mereka makan seolah-olah seperyi nak berbuka puasa. Mereka makan dan berbual sesama mereka. Aulia banyak mengisahkan hal di rumah kepada abangnya itu. Padi fikiran aku En. Hariz semestinya tinggal berasingan dari keluarganya.
            Seketika aku dengar Aulia bercerita tentang kucingnya. Aku seronok mendengar cerita Aulia yang ceria itu. Wataknya sungguh berbeza dari En. Hariz.
            Aku melihat jam ditangan kemudian ke talefon bimbit baruku. Sebentar lagi En. Hariz perlu menghadiri mesyuarat dengan pemegang-pemegang saham syarikat. Aku tak tahu bagaimana mahu menghentikan perbualan mereka. En. Hariz pula dengan tiba-tiba banyak mulut berbual dengan Aulia dan Amley.
            Baik aku hantar message.
            Maaf En. Hariz. Meeting dengan board director lagi 45 minit.-Amyliana
          Aku menghantar pesanan ringkas ke talefon En. Hariz. Dia kemudiannya kelihatan membaca SMS aku. Dia tersenyum dan mengangguk.
            “Okey Aulia. Abang ada meeting lepas ni”. En. Hariz terus membuat bayaran.
            Amley dan Aulia yang beredar ke tandas sebentar, aku tanpa berlengah terus membontoti En. Hariz ke keretanya. Kali ini dia mengambil tempat dihadapan. Aku jadi serba salah. Kalau aku duduk di belakang aku jadi ‘mem besar’ kalau aku duduk dihadapan aku rasa lain macam pula.
            “It’s okey. Just duduk sahaja didepan. Yang lambat duduk belakang” En. Hariz bagai memahami keresahan aku. Dia membuat pusingan U sebelum kemudiannya berhenti dihadapan lobi hotel untuk mengambil Aulia dan Amley.
            “Wah…dah lama tak rasa abang drive kan Am?” seloroh Aulia yang membuatkan mereka bertiga ketawa. Aku masih blur dan hanya tersenyum sahaja.
            En. Hariz memandu dengan lajunya. Terkejut aku yang duduk dihadapan. Am menghantar aku SMS supaya relex dan jangan takut. Katanya En. Hariz memang fast driver. Tapi apakan daya aku memang cuak duduk didepan dengannya dalam kelajuan begini.
            “Nak muntah Aulia”. Kata Aulia sebaik sahaja keluar dari kereta. En. Hariz hanya ketawa bila adiknya mencuka.
            Jam menunjukkan pukul 1.40 petang. Jan 2.00 petang nanti En. Hariz perlu menghadirkan diri ke mesyuarat Bord of Director. Amley berbisik padaku memuji tindakanku menghantar SMS kepada En. Hariz kerana selalunya dia hanya terus mengingatkan En. Hariz.
            “Am, you dan Amy boleh joint sekali Meeting ni. I nak kenalkan Amy pada semua. Senang untuk Amy berususan nanti. Sebelum tu please get me all reports from Alia” pinta En. Hariz. Aku segera mendapatkan Alia. Setelah mendapatkan apa yang diperlukan aku menyerahkan laporan yang diminta kepada En. Hariz. Setelah dia berpuas hati dengan apa yang berada ditangannya dia berlalu ke bilik mesyuarat dibontoti aku dan Amley.
            Bilik mesyuarat dipenuhi beberapa pengarah syarikat. Aku diperkenalkan kepada semua yang ada di dalam mesyuarat tersebut termasuk kepada bapa En. Hariz iaitu Tan Sri Yunus Shah. Orangnya berwajah manis dan sangat peramah. Pelbagai perkara dibentangkan. Aku dan Amley menarik nafas lega bila mesyuarat yang memakan masa hampir satu jam itu berakhir.
           Aku sememangnya memasang telinga sepanjang mesyuarat ini bagi memahami perjalanan syarikat ini. Ada maklumat penting berkaitan En. Hariz akan aku catatkan. Alia aku lihat tak menang tangan menekan punat-punat laptopnya. Laju juga Alia menaip. Lihat dari wajah aku fikirkan Alia sebaya denganku rupanya dia adalah ibu kepada tiga anak lelaki yang sudah berusia hampir 32 tahun. Agak terkejut sedikit aku semasa mengetahui pekara ini dari Abang Am. Maklumlah muka Kak Alia ni muda. Aku nampak lagi tua dari dia. Oleh itu secara rasminya aku akan panggil dia Kak Alia selepas ni. Hormat lah sikit kan.
            “Abang Am, Surau mana,”soal aku bila aku rasakan seperti Syaitan semakin rancak suruh aku KIV solat Zohor hari ni. Sambil tersenyum Am membawa aku ke tingkat bawah. Katanya dia pun belum menunaikan solat Zohor maka lebih elok jika kami sama-sama ke surau. Kami menunaikan tuntutan yang wajib  terlebih dahulu. Kebanyakan Pengarah syarikat sedang berbual di bilik mesyuarat.Menunggu mereka selesai berborak maka bersorak-sorailah ahli-ahli neraka nanti. Selesai solat aku lihat Abang Am menunggu aku di luar surau. Kami sama-sama bergegas kembali ke pejabat. Aku bertanyakan beberapa perkara kepada Abang Am, namun entah dari mana kelitan En. Hariz menegur kami.
            “Am, please cover I. Kalau I layan mereka tu , habis pula waktu nanti.” Amley hanya ketawa. En. Hariz seperti biasa berwajah straight.
            “Kalau Amy ada kesempatan nak aturkan meeting En. Hariz, seboleh-bolehnya mulakan selepas jam 2.30 petang. Ini Tips abang.” Aku mengangguk. “ En. Hariz tu nampak sahaja macam tu. Tapi dia jenis ingat diri. Solat tak tinggal jadi Amy kena ambil point ni. Sebagai PA dia segan juga kita kalau urusan kita tu menganggu waktu-watu penting dia.” Amley memberi tunjuk ajar. Aku mencatatkannya di dalam nota di I-Phone-ku.
            “Selain itu apa lagi Abang Am?” Aku masih mahu mengumpul data.
            “Sekejap lagi bila keadaan dah reda abang bagi tahu apa Amy patut buat esok pagi. Jadi mulai esok abang hanya akan memantau kerja Amy sahaja.” Amley menerangkan perancangannya. Aku hanya mengangguk. Kami kembali semula ke bilik mesyuarat. Kebanyakan pengarah syarikat berada di bilik ketua-ketua jabatan. Mungkin mereka mengambil masa  yang ada untuk mengetahui perkembangan syarikat.
            Aku dan Amley ke pejabat En. Hariz. Kelihatan Tan Sri sedang menikmati permandangan dari jendela kaca dibelakang tempat duduk En. Hariz. Dulu dia pernah duduk disitu namun semenjak melepaskan jawatannya kepada En. Hariz dia lebih banyak berada di rumah dan Kelab Golf. Menurut Aulia Kelab Golf sudah menggantikan pejabat Ayahandanya sejak En. Hariz mengambil alih syarikat. Pelik juga, tak marah ke Puan Sri. Soalan bussy body sebegitu aku kuncikan dalam hati. Aku nak kerja lama disini, maka aku tak perlu mencampuri urusan keluarga En. Hariz melainkan diminta.

           

No comments:

Post a Comment