aa

aa

Monday 8 August 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-18

(My Boss Moody)

“Amyliana, masuk sekejap.” Mendatar suara En. Hariz memanggil aku dari interkom.
Where is the paper I put here?” soal En. Hariz mencari-cari sesuatu. Habis berselerak mejanya.
Surat, Invoice katalog or rough paper?” soal aku mencari kepastian.
Rough paper yang I ada sketch di belakangnya.” Aku terus bergerak ke susunan kertas yang aku susun semalam. Menyelak beberapa helai kertas, En. Hariz terus meminta aku menghulurkan kertas yang kini berada di tanganku.
“En. Hariz, bila encik senang harap encik boleh tolong review this urgent document,” Aku menunjukkan fail plastic yang bersticker merah dan ditandakan sebagai URGENT.
“Okey.” Sepatah jawab En. Hariz. Mukanya tak berubah langsung. Tak ada say thanks ke cik abang oii.
“Anythings else En. Hariz?” Aku bersuara bila agak lama terkaku didepan lelaki tak berperasaan ini.
Call me Azmi and Nizam from Marketing Department” Aku terus berlalu kemudian menekan punat interkom. En. Azmi, “En. Hariz wanna meet you in his room now.” Aku menekan pula nombor interkom Nizam. Masalahnya Nizam tiada di tempat duduk.
“Aulia, Nizam outstation ke?”soalku bila berkali-kali gagal menghubunginya.
“Yes kak Amy. Nizam outstation petang ni baru sampai.” Jawapan Aulia menghampakan aku.
“Aulia, Kak Amy nak handphone number Nizam. Urgent.” Kedengaran Aulia menyelak buku telefonnya. Seketika kemudian dia menyebutkan no telefon bimbit Nizam.
“Kak, abang moody sikit hari ni. Mama marah dia. Akak sabar ya.” Aulia memberi kata-kata semangat buatku. Aku hanya tersenyum. Mak marah pun nak angin satu badan boss aku ni.
“Maaf En. Hariz, Nizam outstation. You nak I call dia ke?” Aku dah memegang I-Phone-ku.
“Tak apa. Get me Shahrul. He’s the one who handle this project right?” Soal En. Hariz pada En. Azmi yang kelihatan mengangguk.
Sekali membuat panggilan, Shahrul tiba sambil tersenyum. Wajahnya yang hitam si tampok manggis itu mengingatkan aku pada Black, juara MENTOR ke-3.
“Amyliana come in” aku dengar suara En. Hariz melaung dari dalam biliknya.
Book ticket to Penang for Azmi and Shahrul possibly tonight. Kalau tak dapat malam ni, esok pagi. What I know both of you must be there in the morning.” Aku terus bergerak kearah Kak Alia.
“Kak Alia, boss suruh book tiket flight. Nak jumpa siapa ya?” Aku menggigil sedikit. Siriusnya muka boss aku tadi.
“Amy isi borang ni dulu, minta En. Hariz tanda tangan. Lepas tu serahkan semula pada akak. Nanti akak selesaikan dari sini.
Aku mengisi boring yang ada. Azmi dan Shahrul keluar dari bilik En. Hariz dengan wajah mencuka. Aku sendiri tak tahu butir perbincangaan mereka.
Boss, Please review and sign” Aku menghulurkan borang tadi. Menggigil tanganku.
“Kenapa you pula yang menggigil. They make mistake then you yang takut.” En. Hariz menegurku. Wajahnya yang tidak memberikan sebarang perasaan membuatkan aku semakin gerun.
Nothing boss.” Aku menutup mulutku. Macam mana boleh terlepas panggil dia boss.
Boss…tak sangka you call me boss. Selama ini tak ada orang panggil I boss lagi. Semua tak berani except you.” Aku dah terketar-ketar. Alamak dia nak mengamuk ke.
”Saya minta maaf En. Hariz, I will not call you like that anymore.” Aku ibarat bunga yang layu. Tertunduk tak berani nak mengangkat muka.
“I don’t mind if you keep call me like that. No problem for me.” En Hariz menghadap skrin laptop dia semula. Tadi moody, ini feeling apa pula ni. Aku teringin sangat nak  menggaru kepala tetapi aku biarkan sahaja dulu.
“Anything else En. Hariz? Kalau tak ada apa I would like  to pass this info to Kak Alia first.
“Yer, saya lupa. Book two tickets to the same location for the next day. I nak kena turun tengok masalah di tapak projek. Book Hotel sekali. Cakap pada Suzana I nak hotel yang sama seperti sebelum ni.”
“Baiklah boss.” Aku terus berlalu kearah kak Alia.
“Sabar yer Amy, dia tak tahan pressure tu, semua menekan dia. Akak ni kadang-kadang kesian tengok dia. Muma dia macam ni, Papa dia macam tu. Ada sahaja yang tak kena. Akak kadang-kadang nak nasihatkan dia pun segan. Kita ni just staff dia sahaja. Dulu Amley ada okey juga. Petang-petang dia dan Amley merayau pergi gim. Hilang tension juga. Ni Amley dah dapat tawaran SPA kenalah dia pergi. Lagi pun En. Hariz dah janji dengan Amley kalau dia nak berhenti En. Hariz tak akan halang.” Kak Alia cuba membuatkan aku faham situasi En. Hariz.
Aku kemudiannya membontotinya berjumpa dengan Suzana.”
“Yes Alia.” Suzana yang leka memerhatikan skrin komputernya berhenti seketika.
“Tolong I bookingkan tiket dan hotel. En. Hariz, Azmi dan Shahrul kena outstation. Kak Alia terus menyatakan tujuannya.
“Let me see. Hmm…kenapa tak booking awal-awal? Last minutes baru nak suruh I book. Teruk betul you all ni. I ingat bila ada P.A and Good Secretary, urusan En. Hariz will be in order. Nampaknya sama juga.” Suzana membebel membuatkan aku dan Kak Alia kebosanan. Sebiji perangai Nek Jah yang diikutnya.
“Berapa orang?” soal Suzana.
“Empat. Including Amyliana” jawab Kak Alia kemudian terus mengangkat muka memandang Suzana yang sedang merenung tajam aku.
Kenapa En. Hariz tak bawa si Amley sahaja? You yang minta ke?” Suzana seakan menuduh aku pula. Belum sempat aku nak membela diri Kak Alia sudah dulu mencelah.
“He is our boss, suka hati dialah nak ajak siapa. Keputusan dia you bukan sesiapa yang nak pandai-pandai judge. Buat-buat lah sedar diri, sekarang disebelah dia bukan you lagi Suzana. Ni, Amyliana ni yang sekarang berada di sebelah dia. Yang jadi right hand dia. So booking je and jangan banyak cakap.” Kak Alia mengejutkan aku bila dia membuatkan Kak Su terkejut beruk.
“Melampau you sekarang.” Suzana sudah mahu bangun. Mukanya merah menahan marah.
“Amyliana. Lama lagi ke I nak tunggu you all arrangekan tiket flight ni.” En. Hariz tiba-tiba muncul. Gugur jantung aku. Kak Alia dan Suzana semakin terkejut.
“Sikit lagi En. Hariz, hotel you nak booking yang sama macam dulu ke?” Suzana menyampuk. En. Hariz tanya aku dia pula menyahut.
“Alia you uruskan hal tiket ni. Kalau tak dapat 2 tikets for Azmi and Shahrul tonight you arrangekan pagi esok. Then Amy bookingkan dia same hotel dengan I. Senang I nak berurusan.” En. Hariz memandang kearah aku. Alamak… ni nak berurusan apa ni.
“Amy follow me.” En. Hariz berlalu. Terpaksalah aku pergi mendapatkannya.
“Bring me a cup of coffee.” En. Hariz membuatkan aku terkedu.
“Tapi boss ada migrain kan?” soal aku. En. Hariz hanya berdiam diri. Maknanya betullah tu dan lagi satu, maknanya aku wajib buat air kopi tu. Kalau tak kena buang kerjalah jawabnya.
Aku meletakkan cawan berisi kopi diatas meja En. Hariz. Sekali lagi no thanks dan dia hanya mendiamkan diri.
“Sa..” belum sempat aku nak bercakap dia dah potong dulu. Tertelan air liur aku dibuatnya.
“Lusa, you pack extra baju sekali. I nak you ikut I jumpa klient lama I di Penang. Nanti I akan call Suzana sendiri. You ada masalah ke kalau kena kerja overtime weekend?” soal En. Hariz membuatkan aku berfikir panjang. Apa maksud soalan dia tu?
“Saya tak ada masalah nak kerja overtime boss.” Aku menjawab ringkas. Nampaknya aku kenalah ubah planning aku. Tak dapatlah nak outing dengan Abang Am dan Aulia minggu ni.
“Good. Nanti I minta Suzana book hotel you.” Aku hanya senyum sumbing. Biasalah boss aku ni. Cakap mana nak pandang aku. Muka aku ada ulat kot.
“Sebelum you keluar bawakan I fail projek Megah Jaya.” Aku terus ke kabinet yang menyusun fail-fail projek yang sedang dan telah di usahakan oleh syarikat Shah Putra Engineering. Banyak juga fail yang tersusun di kabinet itu.
“Ini fail yang boss nak.” Aku menghulurkan fail yang sedia ada ditangan. Sebelum berlalu aku dengar En. Hariz berdecik. Aku membiarkan sahaja. Selagi dia tak panggil aku bermakna dia tidak memerlukan aku masa ini.
“Alia, panggilkan Fauzi.” Kedengaran Suara En. Hariz berkumandang di intercom Kak Alia dan dengan pantas Kak Alia menekan punat telefon memanggil Fauzi. Lima minit kemudian Fauzi datang bersama-sama fail hitamnya.
“Amyliana, masuk sekejap.” Aku pula yang dipanggil En. Hariz. Kak Alia ketawa memandang aku.
“Amy, arrangekan jadual I, I nak buat meeting dengan semua ketua jabatan tomorrow dalam pukul 3.30 petang.” Aku menyalin arahan En. Hariz. Tiba-tiba organizer electronik-ku memberi isyarat ada berlaku pertindihan.
“Maaf En. Hariz tadi En. Hariz bagi tahu esok jam 3.30 En. Hariz ada client meeting di Wangsa Maju. Nak saya tukar date ke?” Aku memandang En. Hariz yang dah termenung.
“Kalau tak boleh, pagi lusa.” Aku rasa nak gigit je mamat depan mata aku ni. Bukan ke dia bagi arahan nak terbang ke Penang awal-awal pagi lusa. Siap bagi amaran lagi dekat Suzana yang dia tak boleh sampai lewat.
“We flight to Penang that time.” Aku memandang Fauzi yang menikus. Takut sangat ke dengan boss aku tu. Dia tu macam okey je.
“Fauzi, nampaknya masalah ni perlu diselesaikan minggu depan. I nak you kumpul maklumat dulu tentang kes ni. Cari bukti yang kukuh. Jangan hebohkan sampai I buat meeting. Lagipun kalau kita buat menyuarat dalam masa terdekat ni rasanya ada yang bersubahat terlepas. Apa-apa pun I nak you bekukan dulu duit keluar untuk projek ni. Kalau sesiapa tanya cakap sahaja atas arahan I.”
“Amy, boleh you call Amley. Suruh dia datang rumah I malam ni.” Aku hanya mengangguk. Telefon dekat sebelah mata saja kenapa dia nak aku yang calls pula. Boss..boss.
“Saya percaya pada awak Fauzi, saya harap awak tak pecah amanah. Saya nak tengok jalan penyelesaian yang terbaik.” En. Hariz betul-betul membuatkan aku terpinga-pinga hari ni. Dari awal sehingga akhir aku tak tahu apa butir perbincangannya.
Fauzi berlalu pergi, meninggalkan aku dan En. Hariz. “Kamu nak berdiri sahaja ke Amy?” soal En. Hariz. Baru tahu nak pelawa aku duduk. Aku dah nak sejam berdiri.
“Maaf boss. Ada apa-apa lagi boleh saya bantu.” Soal aku. Sebenarnya aku dah tak tahan nak pergi tandas. Dah la bilik dia ni sejuk -20oC . macam  Eskimo pula aku rasa.
Tiba-tiba telefon En. Hariz berbunyi.
            “Hello…Hmm yes mama. Ada apa lagi?” Soal Hariz bila talian tadi diangkat. Aku member isyarat untuk beredar tetapi ditahan En. Hariz. Apa lagilah boss aku ni.
            “Mama cubalah faham. Abang Chik memang tak boleh nak go on dengan Balqis. Mama tak boleh nak paksa Abang Chik.” En. Hariz kelihatan memicit kepalanya.
            “Abang Chick okey sahaja selama ni. Abang Chik tak pernah cakap abang Chik sayang dia ke suka dia ke. Dia yang perasan. Mama jangan nak tuduh Abang Chik pula” Hariz memandang aku. Inilah kali pertama dia pandang aku lama macam tu. Alamak mata dia berkaca-kacalah. Comelnya dia masa ni.
            Aku dah melayang jauh. Aku scanning dia dari depan. Jari dia panjang macam pemain piano. Kuku gelas dia bersih. Muka memang stok pakai Garnier Men tak pun produk penjagaan kulit yang popular. Kening dia cantik tersusun. Masa dia bercakap di talian ni dia suka sangat main bibir bawah dia. Macam baby pula aku tengok. Dan tiba-tiba aku terpana. Matanya memanah mataku. Alamak….dia perasan ke aku scanning dia. Habislah aku. Mesti kena tuduh gatal.


No comments:

Post a Comment