aa

aa

Tuesday 9 August 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-22

 (He’s crying)

Aku masuk ke bilik. Selesai mandi dan menukar baju aku terfikir untuk menghantar baju yang basah ini dan beberapa baju lain ke laundry. Aku menekan no bilik En. Hariz di telefon yang disediakan di setiap bilik. Talian tak bersahut. Aku menelefon pula telefon bimbit En. Hariz, namun tak berangkat. Aku jadi risau. Entah apalah yang dia buat. Tiba-tiba aku tergerak hati menalefon ke kaunter pertanyaan di lobi.
“Selamat malam boleh kami bantu,” soal penyambut tetamu dihujung talian.
“Selamat malam. Cik boleh saya bertanya sedikit, ada tak lelaki berkemeja putih duduk di kolam renang didepan tu?” Aku terus tanya sahaja. Malas nak susun ayat macam nak buat karangan.   
“Oh! Sebentar ya.” Talian digantung seminit. Kemudian disambung semula.
“Ada cik. Tapi nampaknya dia macam nak bersendirian. Kata penyambut tetamu tadi.
“Oh, lagi satu cik, Coffee house masih buka kan?” Soalku. Rasanya adalah wajib aku jengukkan En. Hariz sekarang. Agaknya dia stress sangat kot.
Aku membeli dua cawan kopi, kemudian secara senyap senyap aku ambil bath cloth yang tersusun diraknya. Aku berdiri dibelakang En. Hariz kemudian menyarungkannya bath cloth seperti yang dilakukan kepadaku tadi. Kopi panas aku hulurkan. Kopi kali ni banyak sikit susu dan kurang pekat. Nanti pekat sangat tak boleh tidur pula boss aku ni. Dia menyambut kemudian menyambung angannya.
“Boss tak nak share dengan saya ke?” soal aku yang sememangnya boring dan mengantuk. Inilah bisness trip paling penat akau pernah pergi. Baru kerja tiga bulan. Kalau sepuluh bulan boleh kering badan aku. Ni pun dah kurang lima kilo.
“Hmm..”Itu sahaja yang dijawabnya. Aku menggeleng, dia ni dah parah ni.
“Boss nak tahu, saya ni dulu orang panggil doktor cinta tau. Kawan-kawan saya bila ada masalah semua datang rujuk pada saya. Cuba boss cerita pada sahaja. Mana tahu saya boleh bagi ubat.” Aku menghirup kopi. Amboi sedapnya. Macam boleh buat iklan Nescafe.
“Kamu ada boyfriend Amy?” soal En. Hariz buat aku tersedak.
“Tak ada boss. Tapi pernah bercinta. Pernah kecewa.” Aku rasa sebak pula bila teringatkan kisah cinta aku dan Apiz yang dah pun beranak tiga tu.
“Sakitkan putus cinta,” soal En. Hariz. Aku menarik nafas dalam-dalam. Apa yang patut aku nasihatkan ni.
“Sakit sangat. Tapi kalau boss tak lepaskan sakit tu akan jadi barah.” Aku bercakap dalam nada memujuk.
“Saya cuba tapi setiap kali saya cuba ada sahaj yang mengingatkan saya. Pening saya.” En. Hariz meraup mukanya. Tak sangka lelaki yang aku nampak kuat, tegas, serius, ada pendirian selama ni rupanya berjiwa sensetif dan halus.
“Memaafkan dan anggap itu bukan rezeki boss. Kalau boss lupakan tanpa memaafkan, selamanya boss akan dibayang rasa sakit hati tu. Maafkan kesilapan dia dan lepaskan perlahan-lahan. Redha dengan ketentuan yang Allah dah bagi pada boss. Senyum dan hadapi hari akan datang dengan ceria.” Tiba-tiba En. Hariz menoleh pada aku. Dia tahu ke aku tengah kaunseling perangai dia yang tak berperasaan tu.
“Saya tak mampu maafkan dia. Kecurangan dia depan mata saya buat saya sakit hati. Selama ni saya anggap dia paling baik. Saya dengar kata dia. Saya sekat pergaulan saya dengan kawan-kawan saya. Lebihkan dia dalam segala hal. Tapi apa yang saya nampak pada malam tu bukan balasan terbaik untuk pengorbanan saya. Dia curang dengan kawan baik saya sendiri. Patut ke saya maafkan dia.” En. Hariz lebih beremosi. Genggaman tangannya memegang dada. Aku tahu hati dia sakit. Aku dulupun begitu.
“Patut. Saya dulupun macam tu. Masa saya dapat tahu dia main kayu tiga belakang saya, saya benci dia. Saya tak boleh terima. Sama macam boss. Tapi satu hari saya tersedar. Dia bahagia bersama teman baru dia. Tapi kenapa saya nak derita seorang diri. Saya berhak bahagia. Saya ada kawan-kawan yang sudi terima saya semula. Saya ada masa yang banyak untuk pelajaran, buat apa yang saya nak buat. Saya pun boleh bahagia juga walau tanpa dia.
Boss, apa-apa yang kita buat kita kena ingat. Semua dah tercipta yang terbaik untuk kita. Allah uji boss bermakna boss mampu terima ujian tu. Malah ada pekara baik menanti boss.” Aku menghabiskan air ku. Ni dah tambah satu lagi skop kerja. Penasihat peribadi. 25% macam dalam cerita 3 Abdul. Ni kena up gaji 25% ni.
En. Hariz tersenyum kemudian menarik nafasnya dalam-dalam. Dia memandangku. Agaknya terkejut melihat aku berjubah malam-malam macam ni kot. Aku memang pakai jubah malam-malam. Lagipun boleh guna untuk keluar bila emergency macam ni. Kalau pakai baju tidur yang seksa tu nak kena tukar baju yang menutup aurat lagi. Leceh.
Aku dah nak masuk lima kali menguap. Aduhai mengantuknya. Rasa macam nak MC sahaja esok. Tapi apakan daya kami bukan pergi bercuti. Kami pergi business trip. Lagipun esok En. Hariz ada temu janji dengan satu syarikat kontraktor untuk projek baru di Tasek Gelugor. Yang lelaki depan aku ni pun satu. Tak mengantuk lagi ke. Aku mengomel entah apa lagi dalam hati sambil menungkat dagu memandang air kolam yang sedikit bergelora dipermukaannya.
Entah bila aku terlelap aku sendiri pun tak tahu. Yang aku sedar En. Hariz mengejutkan aku. Aku menguap beberapa kali sambil bertanyakan waktu sekarang.
“Pukul 2 pagi. Aku tersentak.
“Hah! Dua pagi. Alahai apa kita buat kat sini ni boss. Saya nak masuk biliklah esok jadual boss padat sampai petang tau.” Aku bersungut. Sambit meguap sambil menggaru kepala yang gatal disebalik tudung. Lepas ni kena pakai Sunsilk Limau Purut. Gatal memanjang je kepala aku ni.
“Saya tegok awak seronok sangat dibuai mimpi. Siap berdengkur lagi. Tak sampai hati pula nak kejutkan.” Cis! Buat lawak je. Mana ada aku berdengkur. Aku terlelap saja lah. Korang jangan percaya cakap En. Hariz tu tau.

Selalunya haru ku tak lah begitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu membuat aku tersedar

Semua kerana kau dah hilang dari pangkuanku


DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Katakan aku merindu dia yang menjauh

Putarkanlah lagu cinta
Untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau ku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Ku bukakan stereo, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk jiwa
Kerana ku kehilanganmu
Ku ulang, kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

Lirik Lagu Sedih – VIP

No comments:

Post a Comment