aa

aa

Tuesday 9 August 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-21

(Hot Ice)

            Comelnya aku…Pandai dia pilih baju. Ni tak lain tak bukan mesti sebab selalu kena dera dengan Balqis temankan pergi shopping ni. Aku dah bersiap. Tema make-up aku malam ni adalah sweet and natural. Malas nak melawa sakan.
            “Hello…Amy, I tunggu you dekat lobi hotel. Dato’ dah call I dalam lima minit dia sampai.” En. Hariz ni buat aku terkejar-kejar pula. Aku ambil high heal dari warna putih. Aku memang pakai heal tu dari KL. Aku bawa sepasang. Hitam satu putih satu. Senang, universal sikit. Semua baju boleh match.
            Aku memasuki lift dan pekara pertama yang aku nampak ada En. Hariz yang hanya pakai kemeja fit dan seluar slack,jaketnya dipengang ditangan kiri. Tapi boleh dikatakan macho juga dia pakai macam tu. Baju yang dia pakai tu mengingatkan aku pada seseorang semasa zaman muda aku.
            En. Hariz nampak berbeza sedikit malam ni. Tak tahu sebab apa. Baju tu rasanya hari-hari aku nampak dia pakai macam tu. Apa aku nak kisah. Aku pandang muka dia curi-curi. Bersih gila muka mamat depan aku ni. Nak je aku tanya produk apa yang dia guna. Licin muka dia. Oh…aku dah perasan. Rambut dia. Dia tak sikat kebelakang. Tapi dia susun rambut dia dengan gaya yang berbeza dan paling ketara perbezaannya, dia pakai cermin mata berbingkai hitam dengan bentuk petak bersegi .
            Sedapnya mata aku memandang. Comelnya dia malam ni. Macam artis Korea. Shin Dong Wook. Cuma dia kurus sikit.
            “Dah puas tengok saya.” Hiss….macam mana dia boleh perasan. Ni yang tak best ni.
            “Dah…ingatkan salah orang tadi.Just nak confirmkan betul atau tak depan saya ni boss.” Aku sengaja reka cerita. Cakap sahajalah yang kau terpegun cik Amy oii.
            En. Hariz menerima panggilan telefon dari Dato’ Razak. Seminit menunggu Dia kemudiannya menyambut seseorang yang aku yakin Dato’ Razak. Di belakang Dato’ Razak kelihatan seorang wanita anggun. Aku yakin sudah pastinya dia wife Dato’ Razak.
            “Lama uncle tak jumpa kamu Hariz. Sihat?” Dato’ Razak kemudiannya mengalihkan pandangannya kearah aku.
            “Baik uncle. Uncle dan Aunty apa khabar?” En. Hariz menyapa wanita anggun dihadapannya pula.
            “Aunty pun sihat. Riz bawa siapa tu?” Aku hanya tersenyum. Kemudian bersalaman dengan wanita yang aku yakin Datin.
            “Apa khabar Datin, saya pembantu peribadi En. Hariz.” Terkejut wanita itu. Namun wajahnya kembali ceria.”
            “Hai Riz, dah tukar pembantu yer. Amley mana?” Datin tadi menyakat En. Hariz.
            “Dah mulalah tu. Amley sahaja yang ditanyanya.
            “Amley dapat tawaran kerja di sector kerajaan. Maybe next month nak berangkat ke Rusia sebagai wakil kedutaan Malaysia kesana. Aunty tak bawa Fifi sekali ke?” Hariz memandang kebelakang. Rasanya dia mencari gadis yang bernama Fifi.
            “Fifi pergi Australia. Jumpa Johan.” Datin Syarifah hanya tersenyum kemudian besama-sama mengikut suaminya ke ruang makan hotel.
             “Sambil makan malam mereka bercerita pelbagai perkara. Bersama Ahli periagaan pastinya perbualan berkisarkan perniagaan. Aku hanya menadah telinga tanpa memproses perbualan yang semakin rancak.Tiba-tiba perbualan dicantas oleh Datin Syarifah.
            “Riz masih macam dulu lagi ke?” Datin Syarifah dan Dato’ Razak salaing berpandangan. Cuma kau yang tak faham. “‘Macam dulu’ tu macam mana yer?”Tanya aku dalam hati. En. Hariz hanya mengangguk.
            “Maafkan Seri Hariz. Dia minta Aunty sampaikan permintaan dia. Aunty tahu memutuskan pertunangan kamu dalam masa yang singkat bukan pekara yang senang nak dilupakan. Tapi Seri anak Aunty. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya bersedih. Terimalah dia kembali Hariz.” Datin Syarifah meluahkan kata-katanya penuh pengharapan.
            En. Hariz hanya tertunduk. Kesian pula aku tengok dia sekarang. Kalau tentang hal kerja bolehlah aku back-up. Ni hal peribadi. Walaupun aku ni pembantu peribadi dia. Bab ni aku memang lemah. Cinta aku pun kecundang ini nak bantu orang.
            “Dah la tu Pah, biarlah budak berdua tu selesaikan hal mereka masing-masing. Lagipun Seri pun akan balik sini minggu depan. Biarlah mereka berdua selesaikan hal mereka sendiri. Kita ni dah tua. Tak faham sangat hal anak-anak ni.”Dato’ Razak menepuk bahu En. Hariz. Aku dapat lihat mukanya terukir senyuman dan jujur aku cakap senyuman tu senyuman plastik.
            Kami lebih banyak mendiamkan diri selepas menghantar Dato’ dan Datin pulang. Aku hanya buat muka selamba. Tapi dalam hati masih ada rasa bimbang pada amanah yang di berikan oleh Datin pada aku.
            “Amy, saya tahu Amy tak nak masuk campur hal Hariz. Tapi kalau boleh tolong pujuk dia terima Seri semula. Seri tak mahu tinggal disini kalau Hariz tak terima dia. Aunty tak pernah berpisah dengan dia. Bila dia tinggalkan Hariz dulu dia terus pergi London. Stay disana. Sebagai ibu, Aunty bimbang nak. Aunty risau dia duduk sana sendirian. Dia bukan boleh kawal diri. Amy tolong pujuk Hariz yer.” Aku terkedu mendengar. Apa yang patut aku buat. Aku tak boleh menceroboh hak priversi hidup En. Hariz selagi dia tak izinkan.
            “Datin, saya tak berani nak janji apa-apa. Saya pun baru sangat bekerja dengan En. Hariz. Insya Allah kalau kena masanya saya akan cuba nasihatkan En. Hariz. Tapi sekali lagi saya katakan saya tak mampu bagi apa-apa jaminan.” Datin Syarifah tersenyum hambar. Aku dapat rasa dia sedikit kecewa. Anaknya Syarifah Serihana adalah anak kesayanganya. Anak kebanggaannya. Pastinya sebagai ibu dia mahukan yang terbaik buat anaknya.
            “Itu pun dah cukup untuk Aunty. Kalau Amy sanggup nasihatkan bila kena masanya pun dah memadai buat Aunty dan Seri. Nanti kalau boleh kita berhubung lagi. Ni kad Aunty. Amy contact lah Aunty kalau perlukan apa-apa.” Kad perniagaan bertukar tangan. Nampaknya besar harapan Darin Syarifah kiranya aku dapat membantu anaknya mendapatkan semula kekasih hatinya.
            En. Hariz menarik tanganku. “Amboi ni lagi sorang ni. Bukan muhrim la. Mana boleh pegang-pegang.” Hati aku dah memberontak. Sama sahaja perangai dia dengan Amley.
            “Kita lepak sini dulu.” Hariz duduk disebuah bangku menghadap swimming pool. Air yang melimpah keluar dari kolam renang itu bagai member suasana ditepi pantai. Sunyi kolam renang waktu begini. Mungkin cuaca yang sejuk membuatkan mereka lebih senang berada dibilik. Yang boss aku ni pun satu. Dah la seharian di tapak pembinaan, kemudian shopping baju, kata nak bagi aku rehat, tapi dia heret aku kesini. Bukan aku tak cuba protes tau. Tapi bila aku protes dia buat muka serius dia. Takut pula aku.
            “Gdebush…” Air terpercik basah mengenai kainku. Serta merta lamunan aku yang dah membawa aku ke bulan terhenti. Aku menjadi panik bila En. Hariz tiada disebelah. Dia meninggalkan kot, beg duit, jam dan kemejanya dikerusi sebelah. “Bila pula dia ni terjun dalam kolam tu. Tak sejuk ke.” Aku mengomel perlahan. Memang terkejut betul aku dengan tindakan dia. Bertambah panik bila dia tak timbul-timbul.
            “Boss…boss..boss..”aku memanggil. Tapi tiada sahutan. Air tidak berkocak dan kelihatan hanya buih-buih udara nyang meletup dipermukaan air. Aduhai, lemas ke boss aku ni. Aku dah tak keruan. Kekanan dan kekiri . Dah la aku ni tak pandai berenang. Kalau aku terjun juga alamatnya aku pun sama lemas. Aku menjengahkan muka memandang kedalam kolam. Sudahlah malam, lampu malam, cuaca rasanya mendung nak hujan. Mana aku nampak dia didalam kolam tu.
            “Tiba-tiba En. Hariz muncul betul-betul depan muka aku. Aku menjerit terkejut. Dia ni suka suki dia je. Nak bunuh aku ke buat macam tu. Tak pun nak bunuh diri sendiri. Kalau pun nak bunuh diri janganlah depan aku. Nanti tak pasal-pasal aku masuk penjara sebab menjadi suspek utama.
Hatiku berhenti marah dia bila aku lihat mata dia merah dan muka dia nampak sayu. “Dia menangis ke” hati aku berbisik. Aku yang pandang pun jadi sayu. Rasanya tak salah tekaan aku. Nama  Seri mungkin satu bebanan hebat buat dia. Dulu dia pernah mengamuk sakan di pejabat bila menerima satu panggilan telefon dari wanita yang tak bernama. Agaknya Seri yang menalefon dia.
“Tarik saya please.” Pintanya. Aku macam kena pukau dan bagun sambil menarik tangannya. Sedar-sedar sahaja aku dah basah lincun. Habis baju lawa aku. Aku cepat-cepat mencari apa sahaja untuk berpaut. “Geramnya aku. Ni memang tak sengaja aku terjatuh kea tau dia tarik aku ni.” Aku bertanya sendiri. Paling menyakitkan hati dia boleh ketawa terbahak-bahak. Aku dah lemas walaupun air kolam tu cetek.
En. Hariz memaut aku ke tangga dihujung kolam. Aku yang panik ni tak mampu cakap apa. Sebabnya perut aku dah kembung dengan air kolam. Bila pikir balik rasa nak muntah. Entah apa yang dibuang dalam tu aku pula masukkan dalam mulut. Yek… gelinya.
Tiba-tiba En. Hariz berhenti. Tangga stainless steel masih jauh dari gapaian aku. Apa lagilah ni. Adalah agaknya rancangan dia
“Awak selalu buat saya ketawa Amy. Selalu.” Katanya kemudian membawa aku naik keatas. Tuala yang berada di satu sudut di ambilnya. Basah baju aku. Hidung perit menahan kelemasan.
“Nah. Shower cloth disarungkan kebadanku. En. Hariz masih disebelah sedang mengelap badannya. Rambutnya lurut kebawah. Dalam samar cahaya begini dan wajahnya yang begitu aku tiba-tiba teringat pada lelaki yang pernah aku jumpa masa menuntu dulu. Korang mesti ingat dengan lelaki yang aku cakap macam model. Tinggi kurus rambut dia berfesyen. Alah lelaki yang aku pandang sampai abang Man terperasan aku pandang dia tu. Aku nampak lelaki yang sama dalam diri En. Hariz. Nak lagi sekarang semasa dia menyilangkan kaki dia. Jari dia panjang macam En. Hariz. Tapi bukan ke mamat depan aku ni belajar di Utara tanah air. Salah orang kot.
“Boss, saya nak naik bilik saya. Tak pasal-pasal saya selesema pula nanti.” Aku mencapai talefonku. Itu sahaja yang aku bawa tadi. Yerlah nak bawa beg duit buat apa. Sah-sah En. Hariz yang akan bayar. Tapi silap sangkaan aku. Bakal bapa mertua dia yang bayar. Tak apa orang kaya. Apalah sangat setakat nak belanja aku dan En. Hariz kan.

Aku bosan dengan cinta mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biar kan diriku terus bersendiri

Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanya lah bibir berkata yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka

Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta

Letih hatiku diserang pilu
Letih hatiku teringat janjimu, oooh caramu
Akan ku teruskan hidupku, oh tanpamu
Oooooo…..



Lirik Lagu Bengang - Akim

No comments:

Post a Comment