aa

aa

Tuesday 9 August 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-19

(Penang Trip)

             “Dah habis kamu perhatikan saya.” Aku terkedu. Alamak, apa aku nak cakap ni. Rasanya lebih baik aku diamkan diri saja kot.
            “Sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan kamu tadi. Tapi bila dah kena sound dengan mama saya, saya lupa pula.” Nyanyuk rupanya boss aku ni.
            “Oh…so boleh saya keluar?” soal aku. Aku dah tak tahan nak pergi tandas ni.
            “Saya baru perasan, awak ni lain sikit dari Am. Asyik nak keluar dari bilik saya saja. Kenapa tak suka nak tengok muka saya ke?” En. Hariz ni boleh pula buat lawak antarabangsa dengan aku masa ni. Kang aku jawab kang malu pulak.
            “Tak ada apa-apa boss. Saya minta maaf” Aku cuba mengalah. Malaslah aku nak malukan diri sendiri.
            “ Buatkan saya kopi macam yang hari tu.” En. Hariz tak menunjukkan sebarang riak tetapi hanya terus menghadap computer bimbitnya.
            “Bagi saya 15 minit yer boss” Aku dah tak tahan. Nak je aku padamkan suis air conditioner bilik boss aku ni.
            “5 minit sahaja.” Aku dah naik darah. Teruk betul la mamat heartless ni.
            “Teruk betullah boss ni. Saya dah tak tahan nak pergi toilet dah ni. Bagilah masa sikit. Nanti saya buatkan air sedap-sedap sikit.” Aku terus berlari keluar. Seketika kemudian aku dengar boss aku tu menahan ketawanya. Ketawalah. Kencing dekat dalam pejabat awak baru tahu. Nampak sangat nak mengenakan aku.
            Selepas membuang hajat aku tadi aku basuh tangan bersih-bersih dan sediakan kopi Old Town White Coffee untuk boss aku. Inilah rahsia kopi aku yang sedap tu. Aku lihat jam ditangan. Pukul 4.00 petang. Aku menjenguk ke bilik En. Hariz. Mana pulak boss aku ni. Bayang pun tak nampak.
            “Hah…kamu cari siapa tu terhendap-hendap?” Boss aku tu menyergah aku dari belakang dengan suara serak basah dia. Terkejut aku. Kak Alia hanya ketawa saja. Nasib baik air kopi yang aku buat tak tertumpah.
            Aku membontoti En. Hariz. Dia membetulkan lengan bajunya. Aku letakkan kopi dan sedikit snek diatas mejanya. Dia hanya memandang tanpa reaksi. Aku kadang-kadang pelik tengok dia ni. Kadang-kadang rasanya dia ni berperasaan sebab ada masa, seronok je aku tengok dia mengenakan aku. Tapi bila aku tengok balik muka dia yang tak pandai senyum tu rasanya dia ni macam tak ada perasaan pula. Tapi bila dengan Kak Alia aku tengok okay je dia bergurau. Sakit jiwa lah boss aku ni.
            “Boss, esok saya nak pergi sendiri ke atau tunggu di office?” Nasib baik aku ingat. Aku dengar En. Azmi dan Shahrul dah sampai di tapak projek awal pagi tadi. Banyak kali lah juga aku dengar boss aku ni macam tension saja berbual dengan mereka dalam talian telefon.
            “Saya jemput awak dekat rumah pukul 5 pagi.” Aku dah ternganga. Alahai…ni dah sampai berjemput di rumah kalau aku kena gossip nanti macam mana.
            “Kalau saya bawa kereta sendiri tak boleh ke?” Aku tengok En. Hariz dah angkat muka. Hiss nak marah lah tu.
            “Lebih senang dan terjamin kalau DRIVER saya ambil awak nanti. Takut awak lambat susah pula hidup saya kat sana nanti.” Sengaja dia menekan bunyi driver tu. Cakap la siang-siang nak suruh driver ambil. Lapang dada aku. Bukan apa. Aku ni duduk seorang. Kalau kena gossip boleh tahan lagi. Kalau kena tangkap khalwat mampus aku nak menjawab dengan Pak Derus dan Mak Mah. Ni aku nak pergi Penang ni pun mereka berdua tak tahu lagi.
            Jangan lupa bawa hard disk, fail Exora Hight, drawing dan senarai contact person untuk projek ni. En. Hariz Mengingatkan aku. Aku hanya mengangguk. Awa-awal lagi aku dah sediakan semua setempat. Cuma fail Exora Height sahaja yang masih berada ditangan boss aku pagi tadi.
            Aku pulang kerumah tepat jam 5.30 petang. Boss aku awal-awal lagi dah balik. Lepas minum kopi aku yang sedap t uterus dia berangkat pulang. Oh lupa nak bagi tahu. Mama dia call berkali-kali. Kesian aku tengok dia yang ke-tension-an tahap tera giga tu. Aku hanya mampu senyum manis. Apa nak buat dah dia tu anak laki harapan keluarga.
            Aku terserempak dengan Aulia di pintu depan. Aulia muncung sahaja. Aku dah tahu dah. Ni mesti kes abang dia menyakat dia ni. Tak pun adalah sesiapa yang marah dia.
            “Hai adik akak, kenapa muncung tu panjang sangat tu?” Aku mengusap bahu Aulia.
            “Abang tu…mama marah dia, dia marah Lia pula. Dia kata Lia jadi informer mama. Manalah Lia tahu. Mama tu memang banyak spy. Lagipun Lia tak suka kakak Qis tu kenapa pula Lia nak mengadu dengan mama.” Aulia dah macam nak menangis aku tengok. Aku ni berjiwa sensetif. Harap-harap janganlah Aulia menangis, nanti dengan aku sekali menangis dekat sini.
            “Tak apa nanti akak slow talk dengan abang Lia. Cuma akak nak Tanya beberapa pekara saja boleh?” Aku rasa dah memang patut aku tanya Aulia. Harap-harap dia tak cakap aku bussy body.
            “Apa dia akak?” Aulia mengesatkan air matanya. Alamak budak ni menangis la pulak.
            “Balqis tu awek abang Lia ke?” Aulia mengangguk.
            “Oh…. Akak tengokkan abang Lia tu macam tak banyak cakap. Kadang-kadang macam tak ada perasaan je. Sorrylah akak cakap macam ni. Akak kan kerja dengan dia. Sedikit sebanyak akak nak juga tahu perangai dia. Mana mood tak baik dia yang akak boleh elak, akak nak elak.” Aulia ketawa mendengar kata-kataku.
            Ada-ada saja akak ni. Tapi akak, Abang Chik dulu periang. Abang Chik masa belajar dulu banyak cakap, suka meyakat Lia. Ada masa dia bawa Lia jalan-jalan. Tapi semenjak Kak Seri tinggalkan dia, abang jadi pendiam. Dia bukan suka sangat jaga syarikat ni. Dia tu berjiwa bebas. Ada masa pergi lepak-lepak ambil gambar dengan kamera dia. Tapi bila papa dan mama paksa dia jaga syarikat dia terima sahaja. Sejak dari waktu tu abang jadi macam ni. Abang pindah rumah dia lepas dua bulan ambil alih syarikat. Lia tak pasti kenapa Kak Seri tinggalkan abang. Tapi abang kecewa sangat.
            Mama pula kenalkan abang dengan anak kawan dia. Kak Balqis. Kak Balqis tu baik juga. Cantik juga. Tapi yang tak tahan tu dia macam nak bentuk abang. Abang tu pendiam dia ingat abang tu suka ikut cakap dia. Abang sebenarnya rimas dengan dia.” Aulia bersemangat mengutuk Balqis. Aku tertanya-tanya pula dalam hati. “Balqis ni perempuan yang sama aku jumpa masa En. Hariz beli baju untuk mama dia dekat Shah Alam hari tu ke?"
            “Oh…jadi abang Lia jadi macam ni sebab patah hati kat perempuan lah yer. Tak apalah. Nanti kalau Kak Amy  berkesempatan, Kak Amy usaha pujuk abang Lia tu.  Yerlah Kak Amy bukan nak kacau hidup dia pun sebenarnya. Tapi Kak Amy risau tengok dia tu. Kak Amy buat lawak pun dia tak gelak. Kak Amy ingat dia tak suka akak.” Aku pura-pura merajuk.
            “Eh…ya ke akak? Tapi Lia selalu dengar abang borak dengan Abang Am pasal akak. Tak tahulah apa yang mereka borakkan. Tapi abang tu memang macam tu. Lia tahu dalam hati abang tu dia ketawa juga dengan lawak-lawak akak. Dulu ada Abang Am Lia harapkan Abang Am untuk tengok-tengokkan abang. Tapi bila abang dah dapat kerja kerajaan dan kerjaya yang dia impikan, Lia tak boleh cakap apa. Lia harapkan akak sahaja. Lagipun Mak Ngah tak suka Abang Am kerja lama-lama dengan kami.” Lia mengemas beg bimbitnya.
            “Abang Am tu sepupu Lia ke?” Aku hanya mengagak.
            “Aha…sepupu Lia. Anak saudara mama.”Aulia sudah beriringan bergerak bersamaku ke lift.
            “Akak ingat Lia dan En. Hariz rapat dengan Abang Am sebab abang Am tu boyfriend Lia.” Aku sengaja menyakat Aulia. Tapi tak sangka Aulia malu-malu kucing seakan-akan mengiyakan kata-kataku

No comments:

Post a Comment