aa

aa

Monday 8 August 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-17

(Yes Boss)

“Amyliana, saya masuk petang hari ini. Re-arrange my schedule and email back to me. Kalau ada meeting, minta Encik Hassanuddin gantikan saya sebagai chairman.” Awal-awal pagi En. Hariz sudah menalefon Amyliana. Nampaknya pagi ini sempatlah Amyliana belajar apa-apa yang patut dari Abang Am.
Setelah memaklumkan kepada Kak Alia, aku segera mendapatkan Abang Am. Kaki aku terhenti di depan biliknya yang jaraknya tidak begitu jauh dari tempat duduk aku dan Alia.
“Amley, you tahukan you tak patut buat our guest macam tu semalam. Kalau you nak solat atau apa sekali pun selesaikan mereka dulu. Ni main cabut sahaja. Nasib baik Tan Sri tak tanya apa. You sebagai senior kena guide yang baru. Mentang-mentanglah you dah nak resign you abaikan semua pekara macam ni. Kak Suzana bersuara lantang. Matanya tiba-tiba dipanah kearah aku. Terkejut aku melihat matanya yang merah saga itu.
“Maafkan saya Cik Suzana. En. Hariz dah bagi kami kebenaran. Dia pun nak kami selesaikan urusan kami terlebih dahulu, baru kemudian dia menyusul. Mungkin lepas ni kami akan lebih berhati-hati.” Amley sempat menjeling kearah aku. Amboi Kak Su ni, boleh tahan yer timing dia ni, bisik ku dalam hati. Tapi Kak Su sememangnya bukan peramah sangat pun. Di kampung aku tu suara dia je melaung macan bini Tarzan. Patutlah tak kahwin-kahwin lagi.
“Amy…” tegur Kak Su dengan mata yang menjeling kearahku. Macam nak berpusing bola mata tu aku tengok. Tak sangka anak Nek Jah ni pandai buat silap mata, siap boleh pusing-pusingkan bola mata dia. Aku hanya mengangguk sambil buat muka takut. Saja bagi dia menang. Bukan luak pun.
“Kenapa Abang Am?” Aku terus mendapatkan Amley. Lelaki itu dah buat gaya nak mengganyang cili api kearah Kak Su yang baru beredar dari bilik Abang Am.
“Perempuan GK tu marah kita pasal pergi solat after meeting semalam.” Abang Am mengadu. Marah sungguh muka dia.
“Releks Abang Am. Tapi GK tu apa, Goal Keeper ke?” Abang Am menunjal kepala aku. Amboi main kepala pulak mamat ni. Nak kena smack down ni.
“GK stand for ‘Gila Kuasa’ la. Macam-macam kami gelarkan dia tu. Dia tu perasan bagus saja. Maklumlah dulu dia bekas setiausaha Tan Sri. Kenallah juga dengan anak-anak Tan Sri dan Puan Sri. Bila ada masa terluang saja sibuk bertandang ke rumah Tan Sri. Dokumen hantar sekeping tapi mengular di rumah Tan Sri bukan main lama.” Amley menyelak-nyelak fail yang berada di tangannya, kemudian menandakan dengan sticker pad berwarna warni.
“Oh…patutlah Aulia kenal rapat dengan dia.” Aku sengaja memancing cerita. Ini dah ketegori mengumpat ni.
“Hewww…Aulia dan En. Hariz tu sikit pun tak suka pada Suzana tu. Dia tu sahaja terhegeh-hegeh pada En. Hariz. Aulia tu layan bukan sebab apa. Dia takut abang dia naik angin, tu dia cuba kawal keadaan. Tapi seriously En. Hariz memang tak berapa berkenan dengan Suzana tu.” Aku ketawa sahaja melihat keletah Abang Am. Aku baru terperasan hari ini Abang Am lembut sikit. Comel pula bila dia buat gaya menyampah tadi.
“Encik abang awak masuk lambat ke yang duduk bertenggek kat sini,” Amley yang baru perasan aku yang dah melepak lama di tempat dia menegur. Lambat pick-up betullah.
“Yes, Boss masuk lambat. Half day. Jadual dia Amy dah re-arrange. Nak minta abang tolong semak.” Jadual baru En. Hariz aku hulurkan.
“Ada dia cakap dia pergi mana?”soal Amley sambil menggaru dagunya.
“Tak sebut pun. Tapi suara dia lebih serius dari biasa.” Amley terus bangun dari tempat duduknya.
“Jom, jangan lengah lagi. Sediakan apa yang patut.” Amley menarik tangan aku. “Wei kita bukan muhrim la. Mana boleh pegang-pegang”. Aku menjerit didalam hati.
“Kenapa…kan dia kata dia balik tengah hari.” Aku tengok Amley dah sibuk membuka almari kabinet mencari air mineral dan gelas.
“ Ok, lesson seterusnya. Put this glass here and this bottol here.” Amley segera memberi tunjuk ajar. Aku hanya mengikut arahan. Aku letakkan gelas dan botol air mineral itu ditempat yang diarahkan disebelah kanan meja.
“Ok, Kertas yang dia letakkan disini susunkan kemas-kemas.” Arah Amley.
Aku menyusun mengikut arahan. Bila sesekali kertas tadi terkeluar dari susunannya Abang Am menepuk tanganku.
“Amy jangan cuai. Buat betul-betul. Susun cantik-cantik. Ok, next kertas yang ada atas meja dia ni cuba susun baik-baik. Yang surat asingkan setempat. Drawing letakkan setempat dan katalog letakkan setempat.
“Jap nak ambil paper clip. Nanti dia nak cari susah pulak.” Aku mengambil klip kertas dan coloring sticker pad dari meja ku. Fail jernih turut aku pinjam dari Kak Alia.
“Ni urgent tak? Aku hulurkan Invoice pada Amley untuk dia lihat.”
“Hmm urgent juga ni.” Aku susun Katalog terlebih dahulu memandangkan itulah yang paling senang nak dijumpai di meja tu.
“Ok mulai sekarang Amy kena belajar macam mana nak asingkan surat urgent atau tak. Salah satu tandanya adalah stamp URGENT pada surat atau invoice tu sendiri. Kedua, tengok tajuk surat atau invoice tu. Ketiga, tarikh dia. Kalau duration terlalu jauh dari masa sekarang letak sahaja di bahagian urgent. Sebab maybe En. Hariz salah letak. Lepas tu satu office cari invoice tu.” Amley berkali-kali melihat jam tangannya.
“Ok dah selesai. Kerusi En. Hariz masukkan dalam mejanya. Oh abang lupa. Schedule dia hari ni,” pinta Amley.
“Nampaknya pagi ni memang tak ada pekara urgent kan. Dah bagi tahu Encik Hassanuddin yang dia akan menggantikan En. Hariz untuk meeting Project department pagi ni?” tanya Amley.
“Dah. Amy dah inform kak Alia sekali.” Baru aku mahu mula meneruskan soalan seterusnya Amley membuat isyarat supaya aku mendiamkan diri.
“Assalamualaikum En. Hariz. Amy told me you masuk half day hari ni.betul ke?” Amley bercakap sesuatu dengan En. Hariz.
“Oh…ok I tengah mengajar Amy hari ni. You punya schedule Amy baru sahaja bagi I tengok. Rasanya petang ni tak banyak kerja. Ok..nanti I cancle kan site visit.” Talian di matikan.
“Nasib kita baik hari ni. En. Hariz punya mood baik. Selalunya kalau dia ambil half day mesti masuk kerja moody.” Amley dengan rela hati bercerita. Agaknya nak aku memahami perangai boss aku agaknya.
“Oh lepas ni Amy kena lah tanya dia mood dia ok atau tak.” Aku memandang wajah Abang Am yang bagai nak telan orang.
“Jangan nak cari pasal tanya mood dia ok atau tak. Amy kena bijak teckle mood dia. Perhatikan dan dengar. Mula-mula ni memang payah tapi bila dah lama-lama nanti sure okey.” Abang Am buat aku ketawa.





No comments:

Post a Comment