aa

aa

Tuesday 9 August 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-20

 (Ice cream)

            Sepanjang hari bersama En. Hariz aku didedahkan dengan pelbagai perkara. En. Hariz sememangnya serius. Nak lagi apabila sedang menghadap projek yang bermasalah begini. Namun dalam ketegasan En. Hariz aku lihat dia juga memberi peluang kepada pihak kontraktor untuk membetulkan keadaan. Paling teruk terjejas sudah pastilah En. Azmi dan Shahrul. Sepanjang hari masam sahaja riak muka mereka.
            Menurut apa yang dapat aku simpulkan nampaknya mereka berdua menyalah gunakan kuasa dan berlaku sedikit penyelewengan dalam pengendalian projek kali ini. Aku hanya menggeleng. Mengapalah cara begini digunakan untuk mencari duit lebih sedangkan mereka tahu hukumnya memakan duit haram.
            Aku dan En. Hariz sama-sama kepenatan. Tiba sahaja di lapangan terbang awal pagi tadi, kami terus menghadirkan diri ke mesyuarat yang diaturkan bersama kontraktor yang ditugaskan bagi projek Exora Height. Kemudian buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke tapak pembinaan. Bayangkan jika sebelum ini aku hanya memijak tapak pembinaan bahan-bahan berasakan besi, kini aku ke tapak pembinaan. 180 darjah berpusing dari bidang asalku.
            En. Hariz sepanjang hari meminta aku mencatatkan pekara-pekara penting untuk dibawakan ke mesyuarat akan datang. Aku hanya mengikut arahan yang diberikan. Boss aku hari ini nampaknya sangat keletihan. Aku tak putus-putus berdoa di dalam hati supaya dia kurangkan sedikit aktiviti dia hari ini. Bukan dia sahaja yang penat. Aku ni pun sama penat.
            “Amy, kita balik sekarang.” Kata En. Hariz yang selesai bermesyuarat dengan berberapa orang pekerja.
            “Fuhh lega” bisikku melepaskan lelah. Tak sangka pula boss aku ni bertelinga nipis. Terkejut aku bila dia break emergency dan menoleh kebelakang. Bila aku yang dah perkedu ni memandangnya dia angkat kening. Tahulah kening dia tu lebat.
            “Penat ke?” soalnya di dalam kereta. 
            “Jujurnya ya boss. Kalau boleh saya nak jumpa kesayangan saya sekarang mengadu.” Berkalih muka En. Hariz yang sedang memandu bila mendengar aku menyebut KESAYANGAN.
            “Boyfriend awak berada dekat-dekat sini ke?” Soalnya cuba menenangkan wajahnya.
            “Hehe…yer ada tunggu kat hotel.” Sekali lagi dia memandangku. Kali ini keningnya terangkat tajam. Itu kening yang menunjukkan marah. Aku dah selalu baca riak muka dia macam tu.
            “Kesayangan saya tu bantal dan tilam la boss. Kan best kalau penat-penat macam ni dapat landing. Tulang belakang saya dah nak patah ni. Elok sangatlah kalau dapat baring walau sejam dua.” Aku ketawa bila aku lihat boss aku membetulkan tali lehernya. Mesti fikir bukan-bukan ni.
            “Makan dulu, solat kemudian baru tidur.” Aku menjeling kearah En. Hariz. Ingat aku ni Aulia ke nak bagi arahan. Macam budak-budak.
            “Yes boss. Tapi boss, awal lagi ni. Baru pukul lima. Dinner pukul 8.” Aku menunjukkan jam di dash bord. Dia ni takut aku terlajak tidur ke?
            “Hmm…you manage your time properly okey. What I know 8.15 p.m you must be at the Hotel lobby. Dress properly cause we will having a dinner with our client.” Aku tak tahu pun pasal ni. Bila pula dia tambah aktiviti. Aku nak tidur, dah tak larat nak berkerja sampai malam ni.
            “Boss… saya tak tahu pun bab ni. Saya tak bawa baju cantik-cantik.” Aku mesti bagi tahu dia. Nanti dia yang malu kalau aku pakai seluar jeans. Siapa suruh pandai-pandai buat jadual sendiri. Hiss benci betul. Siapa P.A siapa boss ni.
            “Suddenly Dato’ Razak call saya ajak makan. Saya nak tolak pun segan memandangkan dia kawan papa saya dari papa saya muda-muda lagi.”
            “Saya tak ada baju cantik nak pakai. Apa kata saya tak payah pergi.” Aku tersengih macam kerang busuk. Boss aku tu hanya membisu. Malu juga buat lawak orang tak layan. Apa nak buat diam saja lah.
            Tiba-tiba En. Hariz membuat pusingan memasuki Queensbay Mall. Aku jadi terkedu. Alamak bos ni, macam nak paksa aku jer.
            Terpaksalah aku membontoti lelaki didepan aku ini memasuki butik Marry Merry yang terdapat blaus dan pakaian makan malam yang pelbagai fesyen serta seksi. Gila apa nak pakai baju belah-belah macam tu. Hiss boss aku ni nak kena pelengkung ni.
            Aku mencapai satu blaus longgar dari warna pink. Seluar dan tudung aku memang simpan stock. Cuma baju ni kurang. Aku bawa cukup-cukup sahaja. Takkan nak ulang pakai kot. Masam nanti pengsan pula boss aku tu.
            “Itu sahaja?”soal En. Hariz yang sedang membelek beberapa helai pakaian. Aku ni kan bersaiz agak besar sikit. Maka susahlah nak pilih baju. Dah cantik tak kena pula bila letak di badan.
            “Boss, dah la tu banyak sangat ni macam nak buat fesyen show pula.” Aku berbisik pada boss aku yang dah dapat sawan shopping. Dah la aku yang nak bayar.
            “Awak sesuai ke nak jadi model?” Cis!, dengan muka serius dia boleh dia cakap macam tu. Terbelah hati aku macam kena rerat dengan pedang samurai.
            “Cuba tu semua, saya nak tengok. Ni melibatkan imej syarikat.” Aku mengkancingkan gigi tanda geram dan protes. Saja nak mengenakan aku lah tu.
            “Hmm tak berapa sesuai…tukar lain” Kata-kata pertama dia bila aku keluar dari fitting room. Geram nya aku. Ingat dia tu pereka fesyen ke.
            “Nampak sweet. Cuba tukar skirt labuh tu dengan yang ini.” En. Hariz menghulurkan aku skirt labuh dari warna hitam ke warna pestel yang seakan-akan campuran jingga, coklat dan pink. AKu pun tak tahu nak sebut warna ni sebagai apa.
            “Cik, kalau tambah belt ni di pinggang nampak cantik sedikit.” Amoi yang bertugas di kedai itu menokoh tambah. Semakin lebar senyuman  boss aku tu. Korang nak tahu. Dalam banyak-banyak baju yang dia bagi aku, last sekali dia setuju dengan pilihan aku tadi yang warna pink cair tu. Sakit jiwa jer suruh aku tukar baju banyak-banyak.
            Ini semua ni hampir RM 300 ni. Hiss nasib baik duit pampasan ada lagi. Saja nak mengenakan aku lah tu. BElum sempat aku membuat bayaran dia awal dulu menyuakan kredit cardnya. Hmm nak cakap apa yer, malu pun ada syukur pun ada. Last sekali aku hanya cakap thanks je. Malas nak ulas lebih-lebih. Dia yang nak belanja kan.
            “Boss sekejap, nak beli tudung.” Aku meronda disekeliling kioks yang menjual tudung. Ada pun, warna selendang dari tona lebih gelap untuk disepadankan bersama baju nanti. Yang ini aku keluarkan duit. Inner aku dah ada, just selendang sahaja. En. Hariz menunggu di bangku. Aku nampak sebuah kedai menjual ice cream berhampiran dengan kioks tadi aku membeli dua cawan ice cream satu untuk aku dan satu untuk boss aku. Alah dia kan dah belanja aku hampir RM 300 apalah sangat ice cream aku ni.
            “Boss, nak yang masam ke pahit?” Dia terpinga-pinga. Bila aku menunjukkan kearah aiscream ditangan baru dia mengerti dan kemudian menjenguk mangkuk ice cream ditangan aku. Sungguh meleset tekaan aku. Dia ambil yang berperisa Kiwi. Dah la masa beli tadi aku yakin dia akan ambil capuchino.
            “Dah lama saya tak makan ice cream dan jalan-jalan macam ni. Tak sangka saya saya buat perangai macam budak-budak pula.” En. Hariz berkata begitu dalam suara yang perlahan. Aku rasa tersentuh. Kesian dia. Demi orang-orang yang tersayang dia kuburkan rasa bahagia seperti yang dinikmati oleh orang lain. Dia rindu zaman remaja dia agaknya.
            “Tak apa boss, saya pandai simpan rahsia.” Aku buat gaya seperti menzip mulut. Dan itulah kali pertama dia ketawa. 
            “Thanks boss, belanja saya” kata ku bila memasuki kereta.
            “Thanks to you to sebab buat saya ketawa.” Dia memandang aku. Habis kata-kata dia mukanya kembali ke riak yang biasa. Serius.

No comments:

Post a Comment