aa

aa

Wednesday 14 December 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-25

(What Should I Do?)

Aku melepaskan lelah yang bersarang dalam hati. Rasanya aku baru sahaja mencari masalah dengan persetujuan aku tadi. Yang En. Hariz ni pun satu, punyalah banyak awek-awek berjaya, solehah, cantik, meletup, kaya dan sebagainya kat luar tu kenapalah dia nak minta aku juga menikah dengan dia. Ni mesti ada rancangan lain ni. Boss aku ni boleh tahan juga licik dia.

            Aku ni bukan prejudis tapi cuba korang fikir bersama-sama aku. Aku ni lawa 5/10, maksudnya tak ada lah lawa sangat, baju pun saiz XL. Perangai aku boleh dikatakan selamba. Ada masa aku lawan je boss aku tu.  Yang lain-lain tu malas lah aku nak ceritakan lebih lanjut. Buat malu je, ibarat membuka pekung di dada. Cuma aku sebenarnya rasa sangat tak layak untuk boss aku tu. Dia handsome macam Prince Charming. Aku buruk macam bini Shrek. Dia kaya macam Prince William, aku sederhana macam Cinderella (tak boleh cakap miskin, nanti miskin betul-betul). Dia bergaya macam model, aku macam Ugly Betty. Layak ke aku ni nak bersanding sebelah dia. Nampaknya aku kena terus tanya dia ni. Aku harap dia tak buat kesilapan besar. Ini bukan macam main kawin-kawin zaman budak-budak dulu. Ini nikah betul- betul.

            “Kak Amy, thanks yer bantu Lia.” Terkejut aku bila Aulia tiba-tiba memeluk aku dari belakang. Manjanya dia. Patutlah abang dia tak sampai hati nak lukakan perasaan dia.

            “Akak pun tak sangka Lia. Akak pun masih tak percaya apa yang boss cakap dengan akak tadi. Rasa macam mimpi pula.” Aku meluahkan rasa hatiku yang berat dengan senyuman. Kata tengah berlakon, maka kena lah berlakon dengan baik.

            “Akak jangan risau, abang memang serious dengan akak. Satu masa nanti akak akan tahu kenapa abang pilih akak. Lagipun Aulia ada geng kalau akak jadi kakak ipar Aulia. Kita kan dah rapat, kalau Lia ada masalah Lia boleh minta pendapat akak kan?”

            “Yer Aulia. Akak memang tak ada adik, so secara automatiknya Aulia sekarang dah jadi adik akak.”Aku ketawa bersama Aulia. Nampak macam gembira bukan? Hakikatnya otak aku ni masih berserabut. Aku mesti kena soal siasat boss aku.

            Malam itu aku dan Aulia membantu nenek memasak. Masak ikan keli goreng berlada, gulai pucuk ubi dan sup tulang lembu. Kata nenek, sengaja dia nak masak yang ringkas-ringkas. Kami semestinya dah lama tak merasa masakan kampung.

            Waktu macam ni membuatkan aku teringat bebelan emak. Kalau aku ada kat rumah aku sekarang ni pasti aku tengah di ceramah mak. Mak akan nasihatkan aku sebagai perempuan cukup umur untuk memasak lah, pandai menjahit lah, pandai kemas rumah lah. Tak sangka amat berguna apa yang mak cakapkan memandangkan aku terpaksa menggunakan ilmu yang tak beberapa mencukupi tu nanti bila dah kahwin. Tapi rasanya boss aku ni stock makan kedai. So aku tak lah susah kot.

            “Amy, tengah hari esok kamu masak yer. Nenek nak rasa masakan kamu pula. Asyik nenek saja yang masak tak fair and square lah kan?” Aku bagai nak tersedak. Alamak, ini mesti nak testing masakan aku ni. Aduhai….En. Hariz tolonglah.

            “Boleh abang rasa masakan Amy pula” menyirap darah aku. Hiss... boss aku ni suka hati je nak kenakan aku. Tak pe..tak pe…aku akan tunjukkan skill memasak aku.

            “Amy ni tak berapa pandai Nek, tapi InsyaAllah boleh cuba. Nek nak makan apa esok?” Soalku boleh aku prepare awal resepi untuk esok.

            “Entah, tengoklah nanti apa yang ada dalam peti ais tu lepas tu kamu masaklah. Alah masak biasa-biasa je untuk kita berlima. Nenek bukan apa, Mak Teh dengan Pak Ucu nenek dah bagi cuti berehat. Alang-alang kamu ada ni bolehlah kamu dan Aulia menolong. Hah ni lagi satu, Aulia, kamu jangan nak mengelat, nenek sebut nama kakak kamu tak bermakna kamu tak payah tolong.” Aulia jadi tak senang duduk. Aku sendiri pun tak tahu sebabnya.

            “Amy ajarlah apa yang patut yer. Tak adalah saya asyik kena makan ikan hangus je lepas kahwin nanti.” Bisik Amley. Aku hanya mampu mengangguk. Faham apa yang berlaku sebenarnya.

            Malam itu kami menikmati masakan air tangan nenek yang terserlah keenakannya. En. Hariz yang jarang makan nasi tu pun makan bertambah. Tapi yang tak seronoknya aku kena menambah sama. Sesuka raga dia je letakkan nasi extra kat pinggan aku. “Aku tengah diet lah.” Hati aku menjerit kuat bila dia buat muka selamba. Aku tahulah aku ni kuat makan. Tapi aku kuat makan siang je. Malam aku puasa.

            “Sayang, minggu depan abang jumpa mak abah dulu boleh?” tersedak aku. En. Hariz ni biar betul. Aku tak bincang lagi dengan dia pandai-pandai pula.

            “Better Amy discusses dulu dengan family. Terkejut pula mak abah kalau Amy bawa balik abang.” Sengaja aku buat memek muka protes.

            “Abang call mak abah saja lah. Nanti abang inform diorang” En. Hariz ni saja nak buat aku bertukar rupa menjadi naga.

            “Hiss jangan lah, bagi Amy cakap dulu dengan mak abah.” Tangan aku spontan mencubit pehanya. Alamak tak kena pula, mana isi dia ni, semua tulang je.

            “Auuuchh…En. Hariz berdesih. Akhirnya cubaan kali kedua kena juga. Pandai-pandai lagi buat skrip sendiri. Nenek dan Aulia hanya ketawa. Amley pula entah kenapa menggosok pehanya. Berkongsi rasa pedih dengan sepupunya juga barangkali.

            “Ok…abang mengalah, Amy call dulu. Nanti abang baru follow up.” En. Hariz masih menggosok pehanya. Pasti lebam peha boss aku yang putih ni.

            Selesai makan malam aku dan yang lain mengadap TV. Layan sahaja siaran TV yang dipasang nenek. Tukar siaran nanti dikatanya aku nak concur TV tu. Sesungguhnya aku rindu nak tengok pakwe-pakwe aku. Nampaknya malam ni tak dapat lah aku menatap wajah tenang Lee Min Ho. Ni semua plan boss. Aku rasa dia memang dengki dengan kehenseman dan kekacakan pakwe aku tu. Agaknya lepas kahwin dengan dia boleh tak aku tengok hero-hero Korea ni lagi. Jangan dia suruh aku menghadap dia 24 jam 7 hari seminggu sudah. Di office dah jumpa takkan di rumah pun nak kena layan dia macam di office juga. Parah ni. Aku patut buat planning yang rapi dulu sebelum sign contract.



           











           

           

           



           







           


No comments:

Post a Comment