aa

aa

Thursday 5 January 2012

AMY BOOKS OF LIFE PART-26

(Naughty Planning)


            “En. Hariz”..Panggilku dari arah dapur. Ruang tamu tak berapa clear untuk aku berbincang dengan boss aku ni.
            “Yer sayang, kenapa terhendap-hendap ni” Aku menoleh ke sekeliling. Mana ada nenek. Yang berlakon bagai tu kenapa?
            “Boss ni apa sayang-sayang ni. Hiss tak malu betul lah.” Aku masuk kedapur berjalan kearah dia yang sudah menarik kerusi untuk duduk.
            “Boss kita kena bincang ni” aku dah nak merengek. Hiss masalah besar bakal menimpa dia boleh buat muka seposen je.
            “Bincang pasal apa pula?” Aku tahu dia tahu. Dia dah buat balik muka selamba di tu. Pandang aku pun tak nak masa bercakap.
            “Boss kita mana boleh terus menikah macam tu. At least kita kenal dulu bercinta dulu.Saya bukan kenal sangat pun dengan boss.” Kami berbincang dengan suara yang perlahan dan sengaja ditahan-tahan.
            “Saya tak tahu. Awak cakap semalam awak tak kisah dan serah pada saya. So saya cakap kita nikah dalam sebulan dua ni. Salah saya ke?” Hiss nak je aku ambil garpu dan cucuk mata mamat sengal depan aku ni. Biar jadi Kasim Selamat. Tak payah aku nak nikah dengan dia.Orang cakap betul-betul dia sesuka raga dia je nak pusing ayat.
            “Boss saya nak tanya ni, boss pasti dan sangat yakin dengan pilihan boss sekarang?” Aku menundingkan dua ibu jariku kearah diri sendiri.
            “Hmm….”panjang En. Hariz berfikir sekejap menggeleng sekejap mengangguk. Setiap kali dia menggelelng aku mengangguk dan berkata dalam hati “betul tu kita tak padan”, bila dia mengangguk pula aku menggelengkan kepala aku. Siap tepek muka di meja makan lagi. 
            “Yakin dengan pilihan saya.”Jawab En. Hariz sepatah kemudian berlalu.
            “Errrr….saya benci boss” tiba-tiba aku menjerit. Terkejut En. Hariz. Tapi seperti biasa dia berlalu sambil buat muka selamba dia.
            Aku mengeluarkan sayur kangkung dari peti ais. Sedihnyalah masa macam ni. Kalau ada kiki disebelah sure aku mengadu pada kiki. Aku potong sayur yang ada dan masukkan kedalam tapis sayuran. Memotong bawang untuk masak sayur goreng, cili, sedikit rencah ayam, udang kering yang ditumbuk dan sedikit lada boh. Aku asingkan ketepi. Nama masakan ni sayur koboi. Kemudiannya aku keluarkan bersihkan udang yang dah lama aku keluarkan dari peti sejuk. “Nak masak apa ye” soalku sambil berfikir. Lada boh ada extra. Maybe boleh masak sambal tumis. Kebetulan ada petai 3 papan tergantung di tingkat pinggan. Memang cukup syaratlah ni. Disebelah tingkat pinggan nenek ni ada sebungkus papedom. Wah ini terbaik, keropok tak ada papedom pun ok.
            Aku sediakan bahan-bahan untuk masak Udang masak sambal tumis petai. Bahan-bahannya. Lada boh, tiga ulas bawang putih, dua ulas bawang besar, sejemput asam jawa, petai, sikit garam dan sikit gula.
            Selesai memasak dua jenis lauk yang aku rancang tadi, aku goreng kepak ayam seperti yang dipinta boss aku pagi tadi. Dia siap pergi pasar beli bahan basah untuk lauk-lauk  yang aku masak ni.
            Aku tak pandai sangat masak ayam goreng berempah maka aku masak ayam goreng peram. Awal pagi tadi aku dah bersihkan kepak-kepak ayam kesukaan boss aku. Bila dah dibersihkan aku peramkan ayam-ayam tadi dengan campuran sebuku halia, lima ulas bawang putih, sedikit sos tiram, madu dan kicap. Buka sahaja penutup bekas peraman ayam meremang bau halia dan bawang putih. Bagi aku harum saja bau bawang putih ni tak tahulah pula orang lain.
            Aku menggoreng semua kepak ayam tadi dengan berhati-hati. Sesungguhnya percikan minyak boleh sahaja mencederakan muka comel aku ni. Tapi jangan risau tutup kukus wan ada. Aku tutup kuali ayam goreng tadi dengan penutup kukus nenek. Kalu dia nampak sure dia pecat aku dari jadi cucu menantu dia.
            Sambil menunggu ayam siap digoreng aku hiriskan salad setengah inci tebal. Dan taburkan diatas pinggan. Selain sebagai hiasan hidangan salad yang aku  hiriskan ini juga bertujuan menjadi ulam-ulaman. Sedikit hiasan yang lain turut aku potong. Ada hirisan tomato dan timun yang aku sempat ukir. Dah macam dapur restoran pula rasanya.
            Ayam yang sudah masak aku letakkan diatas tisu Scoth supaya menyerap  minyaknya. Bila minya dah kering sedikit aku asingkan kedalam pinggan. Pinggan Vantage nenek dengan corak bunga Inggeris memang cantik sekali dimeja makan
            Dengan lafaz bismillah aku masukkan lauk-lauk lain ke dalam pinggan yang sudah dihias. Kangkung goreng nampak berkilauan. Tak terlalu masak dan tak terlalu mentah. Rangup untuk dimakan. Sambal tumis udang aku hiaskan dengan cili merah, tomato dan timun bersama salad yang menjadi alasan nya. Bekas kedap udara aku masukkan papedom. Kalau terdedah nanti lemau. Tepat jam 12 tengah hari lauk sudah terhidang di meja makan. Masih berasap tandanya baru dimasak.
            Orang pertama yang jadi arnab menghidu makanan adalah boss aku. Tak segan silu terus mengambil tempatnya. Aku yang sedang menuang air teh-O ais limau ke dalam cawan jadi meluat melihat perangai dia. Dendam tadi masih tak terlerai lagi. Bila En. Hariz menjerit memanggil nenek turun kebetulan Amley dan Aulia turut sama pulang dari pekan. Aulia awal-awal dah meminta maaf dari aku. Katanya ada hal mustahak di pekan dan memohon maaf sebab tak dapat membantu aku memasak. Aku hanya senyum sahaja. Elok juga Aulia tak ada didapur tadi, kalau tidak malu besar aku.
            “Sedapnya bau, akak masak semua ni ke?” Aulia terus mendapatkan tempat duduknya. Tiba-tiba aku perasan wajah En. Hariz seakan berubah sedikit bila menguis sambal udang dihadapannya.
            “Kenapa abang”? soalku. En. Hariz menguis petai di dalam bekas lauk.
            “Abang tak makan petai ke?” soalku. Macam budak-budak.Sikit punya hal pun nak cembeng.
            “Meh Amy asingkan. Lauk ni saja yang amy pandai masak.” Aku asingkan petai dipinggannya masuk ke pinggan ku. Mengada betul.
            “Naka yam tak?” aku cuba pujuk En. Hariz yang masih muncung. Kepak ayam paling besar aku letakkan dipinggannya
            Dah…tak payahlah nak merajuk. Bismillah dan makan” arah aku. Tangannya aku letakkan sudu dan garpu. Mukanya masih mencuka. Aku buat tak layan sahaja. Bila melihat dia masih tak makan aku menyiatkan sedikit kepak ayam kemudia menyuapnya. Tiba- tiba dia bangun. Agak terkejut aku dengan tindakan En. Hariz.
            “ Abang alergi apa-apa ke Lia?” soal aku bila Aulia juga terkejut melihat abangnya berlalu.
            “You masak sama macam Suri masak. Maybe dia teringatkan Suri agaknya.” Aku tersentak. Suri, sekali lagi nama suri membuatkan boss aku hilang pertimbangan.
            “Biarkan Amy, nanti dia lapar dia turunlah.” Nenek cuba menghalang.
            “Makan semua. Sedap Kak Amy kamu masak ni. Amy belajar dari siapa?” soal nenek yang cuba mengalihkan ingatanku dari peristiwa tadi.
            Selesai makan aku membersihkan dapur. Rasa tak sedap hati bila mengenangkan sikap En. Hariz yang masih mengurungkan diri di biliknya.
            “Assalamualaikum, boss..” pintu biliknya aku ketuk. Tiada sahutan. Dengan sedikit keberanian aku buka pintu biliknya yang tak berkunci.  Hati aku jadi luluh. Aku melihatnya sedang mengahap tuhannya dengan berbagai kesedihan. Aku hanya mematungkan diri. Kemudian menyorokkan diri disebalik dinding bila dia selesai berdoa.
            “Masuk Amy,” Panggilnya.
            “Boss, sorry saya tak ada maksud pun nak ceroboh bilik boss. Saya tahut boss kena gastrik saya nak panggil boss turun makan. Kalau boss tak mahu jamah lauk-lauk tadi tak apalah, saya masak yang lain. Boss bagi tahu saja nak makan apa. Saya usahakan.
            “Come here Amy.” En. Hariz mengangkat tangannya sambil memanggil aku. Berat kaki nak melangkah ke bilik lelaki ini. Aku duduk di katil sedangkan dia masih duduk disejadah .
            “I am sorry. I tak boleh kawal diri. I just teringatkan dia. You treate me as same as what she did. Sorry Amy.” En. Hariz kembali menundukkan mukanya.
            “Saya rasa cemburu.” Luahku tiba-tiba. Mulut aku ni kenapa pula dengan tiba-tiba boleh seangkatan dengan hati aku ni.
            “You should” balas En. Hariz.
            “No, I jelouse because you love her so much sehingga baying-banyang dia memenuhi segenap ruang hidup you boss. Dua hari lepas boss menitiskan air mata boss untuk dia. Hari ini pun sama. Saya rasa cemburu. Cemburu sebab dalam hidup saya saya tak pernah rasa macam boss rasa. Saya rasa cemburu nanti bila kita nikah boss mesti masih ingatkan dia. Tapi mulai hari ini, saya berjanji dengan diri saya. Selagi boss ada dengan saya saya akan astikan semua kepedihan hati boss dan kesensaraan hati boss digantikan dengan kasih sayang.” Habis sahaja aku meluahkan perasaan tiba-tiba En. Hariz meletakkan kepalanya dipangkuanku. Membenamkan wajahnya.
            “I am sorry, I am to mean” katanya berulang-ulang. Aku hanya mampu mengakukan badan. Perasaan nak membelai rambutnya sangat kuat. Kenapa aku diberi peluang sebegini, diberi peluang melihat sisi lemah seorang lelaki bernama Hariz. Hariz yang selama ini dikatakan tabah, kuat, matang. Aku turut sama dibawa bersama kesedihan En. Hariz .
            Cuba untuk membuang rasa sedih dihati, aku pura-pura ceria mengajaknya makan. Berkali dipujuk masih degil.
            “Please boss, tak kesian ke pada saya. Masak penat-penat dengan niat nak beli hati boss, tiba-tiba boss reject pula. Malu saya dengan nenek. Makan sikit please… Dah, jangan ingat lagi dengan pesaing saya tu. Ini saya yang masak, Amyliana. Bukan Suri.” Aku lihat mukanya memandangku dengan pelik. Seketika kemudian dia mengangkat punggung menuju ke bilik air. Aku masih kaku di sisi katil. Betul ke tindakan aku hari ini. Bukankah aku sedang merumitkan keadaan.
            “Jom, hidangkan saya makanan” En. Hariz berdiri tegak dihadapanku. Aku seperti hilang ingatan seketika. Sehinggalah dia menarik tanganku dan mengheret aku kedapur baru aku kembali kealam nyata.
            “Dah lapar Riz?” soal nenek. Aku perasan ada senyuman sumbing dibibirnya.
            “Dia dah lapar lah tu nek, merengek minta makan,” aku menolak tubuh En. Hariz dari belakang. Nenek hanya ketawa. Aku pasti dia perasan plan jahat kami.
            Lepasni kami perlu masuk kelas lakonan untuk memantapkan lakonan kami. En. Hariz ni betul-betul spoil drama swasta kami kali ni.




No comments:

Post a Comment