aa

aa

Wednesday 14 December 2011

AMY BOOKS OF LIFE PART-24

Cantiknya sawah padi

Kereta Toyota Harier En Hariz memasuki kawasan perkampungan yang dikelilingi sawah padi yang menghijau. Dari jauh kelihatan macam hamparan karpet yang sangat luas. Kelihatan beberapa anak muda kampung sedang bermain gitar di pondok yang disediakan ditengah sawah. Tak kurang juga yang sedang membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah mereka.
            “Ini kampung saya. Kampung Paya. Di kampung inilah saya membesar. Dulu saya suka main layang-layang dekat situ.” Tunjuknya kearah kawasan batas yang terdapat di tengah tengah sawah. “Best tau duduk sini.Jom ikut saya pergi sana.” En. Hariz menarik tanganku. Sesuka hati sahaja dia ni nak tarik-tarik anak dara orang. Aku cuba memprotes. Namun nampaknya dia lebih cekap. Sakit tangan aku ditarik macam budak kecil.
            “Mesti awak tertanya-tanya kenapa saya bawa awak balik sekali. Saya ada satu tugas penting buat awak Amy. Saya harap sangat you can used your talent to accomplish your duty.” Wajah En. Hariz kembali serius. Sesekali kemudian dia berpaling kearah Aulia dan Amley yang sedang bersandar di kereta mereka.
            “Okey tapi dengan syarat boss.” Aku sengaja memintas. Ni dah kira overtime so aku ni kan amanah. Kena lah juga tuntut gaji extra untuk kebaikan diri aku. Bukan mata duitan tau.
            “I will pay you for this job but promise me never turn me down and jangan tarik diri selagi I tak benarkan.” Aku menelan air liur. Macam serius je bunyinya. Aku pula menoleh kearah Aulia dan Amley yang sedang berbual sesame mereka.
            “Apa dia tugas saya?” Aku cuba member sepenuh perhatian.
            “Be my girlfriend and if necessary my wife” Aku macam nak muntah darah. Dia tengah melamar aku ke atau aku tengah salah pendengaran. Tunggu sekejap aku check sound system aku. Rasanya aku dengar bunyi burung pipit yang mengurung padi dihadapan ku berkicau. Maka tak salah juga pendengaran aku tentang hajat murni boss aku tu.
            “Main-main ke betul-betul ni boss?” aku dah gugup. Duduk pun dah senget sebelah. Rasa macam nak angkat kain dan lari 100 meter pecut sekarang juga.
            “Berlakon.” Satu perkataan yang agak menghampakan aku. Berlakon rupanya. Boss aku ni buat suspend je. Maksud yang aku faham disini boss aku nak aku berlakon jadi girlfriend dia di kampung ni. Ingatkan betul-betul. Kalau betul-betul akulah makhluk tuhan yang paling gembira dan sensara sekarang.
            Gembira sebab untung tu dapat boss aku yang 5 B ni. Bergaya, Berduit, Berjaya, Beperwatakan menarik dan Buruan wanita. Tapi sensara pula sebab 5K. Kedekut senyuman, Kuat marah, Kemut, Kuat menyakat dan Kejam.
            “ Sebagai upahnya saya akan tambah gaji awak seribu setengah setiap bulan. Tapi itu antara saya dan awak sahaja. Orang lain termasuk Aulia tak boleh tahu. Satu lagi sebelum saya lupa, awak dah bertunang?” soal En. Hariz.
            “Belum” jawabku.
            “Ada stedy boyfriend?” soalnya lagi.
            “Tak ada boss. Kenapa?” soalku.
            “Bagus kalau macam tu. Kalau tiba-tiba planning saya tak jadi plan kedua awak terpaksa kahwin dengan saya.” Selamba badak sahaja boss aku ni bercakap. Sikit pun tak minta pandangan aku.
            “Kenapa pula. Apa sebenar ni boss. Sekejap nak berlakon sekejap nak kahwin. Hiss tak faham saya.” Aku dah mula nak melenting. Benda macam ni buat main-main pula.
            “Sebenarnya tujuan kita balik kampung saya ni sebenarnya atas dasar nak pujuk nenek saya. Aulia dan Amley merancang nak mendirikan masjid. Tapi dalam keluarga saya  memang dah ditetapkan kami tak boleh nak mendahului adik beradik yang lebih tua dari kami. Takkan Aulia dan Amley nak berkorban kasih semata-mata kerana saya tak nak kahwin lagi. Kami bincang mungkin kalau bawa seseorang tunjukkan pada nenek sebagai kekasih saya, mungkin nenek akan pertimbangkan pujukan kami. Nenek saya tu bukan boleh tolak ansur. Selalunya kami puas pujuk dia pun belum tentu lagi dia nak dengar. Kesian pula saya pada Aulia dan Amley. Mereka berdua tu dah bercinta sejak kecil.” Aku terangguk-angguk sambil mendengar cerita En. Hariz.
            “Kalau planning ni tak menjadi boss?” soal ku. Aku kena bersedia juga dengan plan B. Dibuatnya nenek boss aku ni tak terima pakai pujukan cucu dia tak ke merana Aulia.
            “Saya kena nikah dengan seseorang. Saya pilih awak bukan sebab nak aniaya awak Amy. Sebab saya rasa selesa dengan awak. Mama saya dah ada calon untuk saya. Balqis memang baik tapi jiwa saya tak tenang bila saya dengan dia.” En. Hariz membuang pandangannya jauh bersama laying-layang yang sedang terbang di udara.
            “Sorry kalau saya tanya sikit boss. Kak Suri macam mana boss” Aku terkejut bila melihat dia segera memalingkan wajah dia kearah ku.
            “She’s die in my heart already. Nama Suri dah tak ada.” Aku terkejut melihat matanya merah. Wajahnya yang putih turut berubah warna.  Lantas cepat-cepat aku menggenggam tangannya.
            “Maafkan saya boss. Saya tak akan ungkit lagi pasal dia. Saya janji.” Aku cuba membiarkan dia tenang. Nampaknya aku ni paksa rela lah kena membantu boss aku ni.
            “Saya setuju. Tapi dengan syarat. Andainya kita ni terpaksa ikut plan B, saya akan tetapkan beberapa syarat tambahan. Boleh boss?” Aku cuba menceriakan suasana. Aulia dan Amley kelihatan seperti sudah penat menunggu di tepi kereta.
            “Okey. Terima kasih Amy. Saya harap saya boleh balas jasa awak. Hal ini hanya antara kita berdua. Jangan sesekali bagi tahu Aulia atau sesiapa pun pasal pekara ni. Saya risau nanti menjadi serius.” En. Hariz memandangku serius.
            Kami mendapati Aulia dan Amley yang sedang menunggu. Aulia tersenyum mendapatkan aku. “Akak marah sangat ke pasal abang tak bagi tahu nak datang sini.” Aulia pasti salah sangka. Agaknya En Hariz dah kelentong dia tadi.
            “Tak lah. Akak saja je bincang sikit dengan boss. Saja bagi kuliah subuh kat dia.” Aku lihat Amly mengangkat ibu jarinya (tumbs up). En. Hariz merapati aku sambil menarik nafas panjang dia memaut bahu aku dengan selambanya. Mujur aku tak menjerit.
            “Kak Amy bagi abang kuliah sebiji macam mama. Tak sanggup abang nak dengar lagi.” Pipi aku pula yang menjadi mangsa. Hiss tangan dia ni nak kena bedung ni. Gatal sangat.
            “Abang awak bab nak bagi surprise dekat orang dia memang terer.” Terus perutnya aku cubit. Automatik tangannya yang melingkar dibahu aku memengang perut. Rasakan cubitan aku. Ada berani yer nak landing tangan kat bahu aku.
            “Thanks akak. Aulia tak sangka selama ni abang Lia yang macam heartless ni mampu dicairkan akak. Lia rasa happy al last we both akan jadi family.” Tersedak aku. Aulia ni buat aku malu je. Walaupun aku hanya berlakon terasalah juga malu bila disakat macam tu.
            “Hai korang ni nak meeting kat sini berapa lama. Lama pula nenek tunggu kita. Nanti kena pula kita tadah telinga dengar nenek membebel. Amley berjalan ke keretanya. Boss aku juga sama. Kami sama-sama bergerak kesebuah rumah agam di hujung bendang. Cantik kawasannya. Jalan masuk yang berturap kehiasi pagar yang diperbuat dari dahan-dahan pokok yang sebesar peha saiznya. Bunga-bungaan ditanam disekeliling jalan. Memasuki perkarangan rumah agam kelihatan lanskap yang sangat cantik berhias. Rumput karpet terbentang luas dihalaman. Kebun bunga matahari subur kekuningan. Bunganya besar-besar. Disebelah Bunga matahari kelihatan bunga ros dari pelbagai warna. Yang bergantungan di satu sudut pula orkid hutan. Dan pokok menjalar. Setelah masing-masing memberi salam kami dijemput masuk oleh Pak Chu Mat. Pak Chu Mat menurut Aulia merupakan pengurus di rumah agam ini. Hampir tiga puluh tahun dia berbakti kepada keluarga nenek Aulia.
            “Dah sampai kamu semua.” Tegur satu suara dar tingkat atas. Kelihatan seorang wanita separuh abad sedang berdiri tegak sambil berkebaya labuh. Sanggul di kepalanya nampak tengang menarik kulit wajahnya. Cermin matanya yang diikat dengan manic-manik yang berkilau masih terletak di mukanya. Aku bagai melihat jelmaan Mak Dara dari filem Ibu Mertuaku.
            “Nek… Aulia berlari mendapatkan neneknya. Diikuti En. Hariz dan Abang Amley. Aku tertinggal dibelakang. Melihatkan aku bagai seorang yang pelik dimatanya, nenek En. Hariz menyoalku.
            “Kamu anak siapa?” soalnya. Fikirnya aku ini mungkin cucunya yang tidak diingatinya.
            “Nek, ini makwe abang.” Nenek Aulia ternganga. Kemudian menepuk bahu cucu lelakinya. Sambil ketawa dia berjalan perlahan kearah kerusi rotan yang terletak di antara sofa yang tersusun diruang tamu.
            “Dah berubah hati kamu Hariz?” soal neneknya dalam nada sinis. Aku lihat wajah En. Hariz berubah.
            “Ini pilihan Hariz nek, Amyliana.” Aku bersalam dengan neneknya yang boleh aku kategorikan sebagai menakutkan. Tapak tanganku dibelek lama. Macam nak menjadi tukang tilik pula aku lihat.
            “Bagus, nenek tak harap ini sekadar planning kamu nak tutup mata nenek.” Terkejut aku. Ada ilmu ke nenek Hariz ni. Macam boleh teka je.
            “Nek, Hariz kan bawa makwe Hariz hari ni. Kenapa pula Hariz nak tipu nenek.” Boss aku dah melutut depan neneknya. Amley hanya mampu tunduk mendiamkan diri. Macam penyu masing-masing. Kepala semunya masuk kedalam cengkerang.
            “Amy, berapa lama kamu dah kenal Hariz?” soalan nenek Hariz aku biarkan bergantung dengan harapan boss aku dapat membantu sedikit sebanyak.
            “Kenal rapat dah hampir tiga bulan nek.” Jawabku. En. Hariz hanya tersenyum mendengar jawapanku. Jujur betul aku ni.
            “Sekejap tu sahaja. Cukup kenal ke dengan cucu nenek ni?” Nenek seakan tak puas hati. Semakin dalam rahsia kami dikoreknya.
            “Hariz kenal dia dah lama. Tapi tak pernah tegur sapa. Dan hampir lima tahun. Amy study lagi masa tu. Then masa dia minta kerja di syarikat kami barulah we getting closer.” Giliran aku pula tersenyum. Sah En. Hariz budak lelaki yang sama aku jumpa di Shah Alam dan di Universiti dulu.
            “Apa rancangan kamu kali ni. Nak naik pelamin sekali dengan Aulia ke?” Aku rasa macam tercekik batu. Ni kena ikut plan B ke. Takkan tak ada talian hayat.
            “Nek, boleh tak bagi Aulia dan Amley lepas dulu. Riz dan Amy masih lagi dalam proses nak kenal-kenal. Takkan lah sebab Riz, Lia dengan Am nak tunggu. Kesian diorang. Aku lihat Lia dah tersenyum sipu. Duduk pun gelisah.
            “Kamu tahu apa peraturan keluarga kita. Berani kamu nak bargin dengan nenek yer.” Nenek membetulkan cermin matanya. Nampaknya kami bakal kalah. Aulia hanya menunduk. Dia sedia maklum bahawa kami berdua tak merancang kepada perkahwinan. Aku dan abangnya hanya sekadar bercinta. Perancangan kearah perkahwinan masih belum dibuat.
            “Nek…” En. Hariz bagai mahu merengek namun tak diendahkan oleh neneknya yang berlalu ke dapur.
            “Lia, Am, korang berdua bagi abang masa bincang dulu dengan nenek.” En. Hariz berjalan kedapur mendapatkan neneknya. Entah apa yang dibualkan aku sendiri pun tak tahu. Yang pastinya En. Hariz hanya membawa muka masamnya sahaja berjumpa kami.
            “Nek, tak boleh ke kita bincang nek, Am kena station di Kanada nek. Takkan Am nak tinggal Lia dekat sini. Am ingat nak bawa Lia sekali. Please lah nek. Takkan kita nak paksa abang nikah sebab kami berdua nak menikah.” Amley mengejutkan aku dan En. Hariz. Patutlah beria sangat mereka hendak balik ke kampung.
            “Amy, kamu ada masalah ke kalau kena menikah awal?” soal nenek membuatkan aku terperangkap. “Kamu sayangkan Hariz tak?” soal nenek. Aku hanya mengangguk. Segan pula nak menjawab bila diri menjadi perhatian. “Kamu nak nikah dengan dia tak” soal nenek bertubi-tubi. Macam polis pencen.
            “Amy serah dekat boss nek.” Jalan selamat. Pulangkan balik bola smash pada boss. Biar dia menjawab.
            “Ha…apa jawapan kamu Hariz, berapa lama pulak kali ni kamu nak tunggu.” Aku melihat En. Hariz melurut rambutnya kebelakang. Sedih pula aku melihatnya sekarang. Macam kena telan racun je muka dia tu.
            “Amy, sure you tak ada problem kalau kita nikah awal?” soal Hariz buat aku serba salah nak jawab. Wei aku ni anak mak abah aku. Mana boleh main tanya je. Tanya mak abah aku lah.
            “Abang kena jumpa mak dan abah. Bab ni Amy takut nak jawab.” Aku lihat wajah nenek puas. Sure menang besar dia dalam misi menundukkan En. Hariz. Semua mata termasuk Pak Chu tertumpu kearah En. Hariz. Hanya dia yang boleh memberi jawapan saat ini.
            “Okey, next week kita jumpa parent Amy.” Tapi nenek kena tolong satu benda. Hariz merapati neneknya. Berbisik sesuatu kemudian disambut dengan hilai tawa neneknya.
            “Betul kamu tak mahu fikir lagi. Muktamat keputusan kamu.?”soal nenek En. Hariz. Ketawanya masih berbaki. Amley dan Aulia sudah keriangan. Maklumlah pasangan depan mata aku ni akan menikah jika semuanya berjalan lancer. Tapi sekejap, aku kena fikir semula. Aulia dan Amley hanya akan berkahwin jika En. Hariz berkahwin. En. Hariz secara terang-terangan tadi telah menyatakan bahawa aku kena kahwin dengan dia. Adakah ini bermaksud aku akan sama-sama naik pelamin dengan Aulia. Aku mencubit lengan kiriku. Rasa sakit dan ini bermakna aku bukan bermimpi.
            “Tahulah aku nak menguruskan mama kamu tu. Bila semuanya dah selesai antara kamu dan Amy, inform nenek. Nenek sendiri akan bawa rombongan merisik dan bertunang ke rumah Amy.”  Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku kan dah berjanji dengan boss aku tadi.

No comments:

Post a Comment