aa

aa

Thursday 15 March 2012

Amy Books of Life- Part 27

First Step

"Assalamualaikum mak, abah mana?"
"Waalaikumussalam. Entah mak pun tak tahu. Belakang rumah agaknya. Ni kenapa balik tak bagi tahu ni. Kereta mana?" Kelam kabut mak mencari selipar Jepunnya. Terkejut agaknya sebab aku tiba-tiba jer terpacak macam tunggul kayu depan dia
"Mak, orang bawa kawan balik." aku berbisik ketelinganya. Matanya terus mencari-cari kelibat 'Kawan' yang aku maksudkan. Senyuman terukir dibibir mak. Sampai ketelinga bila nampak boss aku. Cepat-cepat dia ke kereta En. Hariz.
"Hariz dah sampai. Kenapa balik tak bagi tahu mak?" terkejut aku. Ni komplot apa plak ni. bila aku rewind balik ayat mak aku tadi macam diorang berdua ni dah kenal sangat plak.
"Mak kenal ke boss orang." Aku tarik tangan mak. Hiss tak puas hati kalau macam ni.
" Mak...." belum sempat mak nak buka mulut En. Hariz dah datang nak pasang telinga.
" Mak, abah mana? Hariz tak nampak pun." En. Hariz ni, ayah aku pun dia kenal?
" Jom naik Hariz, sekejap lagi abah balik lah tu." Mak mempelawa Boss. Habis lah, mak dah tak nampak aku lagi bila boss aku yang ber kaki panjang ni ada depan dia. Ni mesti terlebih tengok drama ni.
" Eh, Kamu angkat semua beg tu. Takkan ak suruh Hariz bawa kot. Dia tu tetamu." Hati aku dah macam nak meletup dah. Mak......"
Hariz naik bersama mak keruang tamu. aku yang terkial-kial mengangkat beg. Entah bila muncul pulak hero malaya mak aku ni depan mata. Nak tunjuk belas kasihan lah tu.
" Yang," panggilnya.
"Hmm..." jawab aku action.
"Jangan lupa angakat briefcase i sekali"
Gulp.....Jahatnya.........bukan nak tolong. Lagi nak dera kita.

Mak berbual mesra dengan bakal menantunya tu. Sure, aku confirm Boss aku ni dah pernah datang ke sini dan berkenal-kenalan dengan family aku. Sampai hati dia buat aku macam ni.
Tiba-tiba abah muncul didepan pintu. Belum aku sempat buka mulut abah dah memeluk sakan bakal menantu dia tu. Rasa terpinggir aku ni.

"Family datang bila?" abah bersuara membuatkan En. Hariz malu-malu.
" Mama dan nenek akan datang minggu depan. Kalau boleh bertunang sekali yer abah. Senang sikit." Aku dah ternganga. Mak tu tersipu-sipu malu pulak. Macam lah dia yang kena pinang.
" Ok juga tu. nanti mak siapkan apa patut." Aku hanya menyumbangkan pandangan kosong sahaja. Rasanya mereka semua ni dah sepakat. tak adalah gayanya aku ni nak mencelah.

Aku terus angkat kaki. Baik aku senduk lauk dan isi perut  yang kosong ni dari melayan diorang anak beranak. Sedihnya. Kalau ada Kiki ni mesti dah bernanah Kiki dengar aku membebel.


Aku duduk di buaian yang berada di halaman rumah. Angin malam yang sejuk sebegini memang nyaman sekali. Aku dari siang tadi dah buat boikot besar-besaran dengan mereka bertiga.